Travelogue Taiwan - Perjalanan mencabar ke bandar Taichung

8:00:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Semalam ada dekat Masjid Kaohsiung.

Pagi tuu kami dah nak berangkat ke Taichung pulak...Memang rancang sehari je di Kaohsiung, sebabnya semua attraction dia sangat jauh dan memerlukan kenderaan untuk kesana...hmmm...rugi sehari masa kat Taiwan ni haaa...so, seawal 8.30 pagi dah siap-siap, breakfast dulu makanan yang ada sebelum nak ke Taichung...

Daripada Kaohsing nak ke Taichung, Kak Nadia suggest kami gunakan tren...sebab ambil masa hampir 2 jam jugak nak sampai kesana...Daripada hotel, terus la ke TRA Station...TRA Station ni ada persamaan dengan train KTM kita untuk perjalanan ke Ipoh, Kelantan dan lain-lain tuu sebabnya kena beli tiket secara advance...


Tapi disebabkan kami ni tak tahu...Jadinya, dengan penuh yakin pergi kat kaunter...beli 4 tiket...sekali check, semuanya kena duduk di gerabak yg berlainan...ada 2 tiket dapat duduk sehingga certain station, ada 1 tiket yang dapat duduk sehingga Taichung dan lagi satu tiket kena berdiri selama 2 jam sampai la ke Taichung...

Terus panik sekejap...dan Sally suggest untuk tanya kepada Information desk mereka...Nasib jugak la ada yang paham English...mereka kata mmg takde cara lain selain daripada duduk je ikut tiket yang dibeli...melainkan kalau kami nak duduk di gerabak 12...

Bila Sally cakap duduk...kami mmg betul-betul duduk..!



Yerr...

Mmg kami kena duduk kat lantai besi tu untuk masa 2 jam...Allahu...dah namanya nak sama-sama susah dan senang kan...tuu yang jadi macam ni...Sebenarnya gerabak 12 merupakan gerabak untuk simpan barangan, basikal, motorsikal dan lain-lain yang besar...Awalnuya ingatkan kami je yang ada...rupa-rupanya ada ramai yang takde tempat duduk yang kena bertafakur kat lantai gerabak 12..hahaha...


Selama 2 jam ni...macam-macam la kami buat...makan biskut, makan coklat...minum air, berdiri sekejap sebab kaki kebas dan ambil gambar...what else there to do kan..? Hahahaha...overall...kami bersyukur sebab selamat sampai ke bandar Taichung dengan selamat...

Website : Taiwan Railways Administration.MOTC


You Might Also Like

6 comments:

  1. Pengalaman menyeronokkan... best arr Sally ! Tengah tunggu edisi makan2 ni... haha

    ReplyDelete
  2. seronoknya... nak lagi diari pi taiwan tu

    ReplyDelete
  3. wahhh betul2 susah senang bersama!
    penat tapi kelakar tapi best kan the feels <3 huhuw!

    ReplyDelete
  4. kaksally bestnyaaaa, carl nak ikut.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, bestnya travel ke Taiwan.

    ReplyDelete
  6. Dahsyat juga ya. Tak sangka Taiwan pun ada train yang macam ni juga. lol

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!