BFF outing!

12:04:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


Ada sesetengah orang selalu dapat bersama dengan kawan baik dia...tapi kalau Sally ni...nak kumpul 4 orang sekali bukan main payah...Sally pernah cerita pasal dorang masa Sally belanja dorang makan-makan kat Sakae Sushi...Orang yang sama juga tapi Dayah takde...hmm...sedih jugak tapi nak tunggu 4 orang mmg susah...


Entah kenapa Sally ajak ke Paradigm Mall...hahaha...padahal bukannya ada ape kat situ tapi mungkin sebab dah lama tak kesana kan...tuu yang seret sama dorang kesana sekali...Ajak lepak kat Franco sebab mengidam nak makan AZUKI RED BEAN & JELLY...Franco ni sebenarnya sebuah restoran yang berkonsepkan Perancis-Jepun...dan menu-menu dia kat sini semuanya best tau...tapi mahal sikit laaa..hihihi


Sally pernah cuba Squid Ink Pasta ni dulu...so, Sally suggest la kat dorang untuk cuba...mungkin korang agak rasa macam geli sikit nak makan sebab nampak hitam...tapi rasa dia sedap...ini serius eh...tapi kalau yang tak suka makan bawang putih tuu mungkin laa takkan minat dengan pasta ni...tapi kalau nak cuba sesuatu yang baru...boleh laa cuba!


AZUKI RED BEAN & JELLY

Menu ni sebenarnya mmg favorite Sally kalau ke Franco...Matcha Soufflé dia yang buatkan kita rindu...kalau korang sukakan benda yang manis, dessert ni mmg tak sesuai dengan korang...hahahaha...sebab even Matcha ice cream tu pun tidak semanis aiskrim yang sedia ada dalam Malaysia ni...pahit okay pahit..hihihi

Lepas lepak, terus pi layan Dilwale untuk kali yang kedua...hahahaha...cerita ni biasa je sebenarnya tapi lagu dia tuu yang berhantuu...Syifa' siap "humming" lagu Janam Janam masa tgh jawab exam yang lepas...sabar jela...musibah betul..hahahaha

Overall, I just missed them so much and alhamdulillah for the opportunity that Allah gives to us!

You Might Also Like

5 comments:

  1. wahhhh bestnyaaa kak sally! dapat keluar dgn bff mmg seronok kan. sy ni dah nak tido tapi nengok gambo makanan kak sally terus lapo pulak. waduh mana nak carik pasta kat celah kampung ni hahahaha

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaaa sally dah ber"Dilwale"...hihi...

    ReplyDelete
  3. pasta hitam tu nampak pelik..tapi ironinya banyak bawang putih..hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak pelik jer pasta hijau tu dik sally...nak try juga ni...tapi kat mana nak cari di sandakan ni sebab tak pernah nak kat sandakan lagi...hihi

    ReplyDelete
  5. Squid Ink Pasta tu saya selalu jumpa dekat sini tapi tak pernah lagi nak cuba. hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!