Tuesday, December 31, 2013

Bila la nak dewasa kalau gini...?

11:35:00 PM 30 Comments
Jam bergerak menghampiri jam 12...mungkin ramai yg menunggu nak sambut tahun baru...sepatutnya malam ni sally keluar untuk BBQ dengan kawan sekelas...tapi tetiba hati rasa macam tak selamat je nak keluar malam-malam...pastu dengan keadaan Malaysia yg makin lama makin aman ni kan...rasanya baik duduk rumah je kot...blogwalking...hahahaha...

So, sebelum hadiah birthday sally ni basi sebab lagi 30 minit nak masuk tahun baru kan...baik sally update secepat mungkin! hahaha...even selang sehari...tapi still dah masuk tahun baru kan...

Sepatutnya hadiah ni sampai ke tangan sally masa Jumaat lepas, tapi sebab sally terlupa nak g ambil kat receptionist...so, hari ni la baru ambik...nasib baik tak hilang...well, ni hadiah belated birthday sally sebenarnya...ye...semua org suka bg sally barangan doraemon...hahaha



Hehehe...kawan office sally yang baik hati namanya Adawiyah...tapi dia ada kat site...sebab...err dia junior site supervisor...jadinya dia mmg kat site la...buat ape sitesupervisor nak duduk office...so, dalam plastik tu ada botol air dan jugak kad ucapan yg bagi sally super cute! mmg rare...lain daripada yg lain punya kad...

but still sally menunggu satu lagi hadiah...tumbler kaca yang ada doraemon...sudah semestinya...yang tu nanti kalau dah dapat la baru update..okay..??

p/s : masih mengharap nak anak patung doraeomon yg KFC tu...takde sape sudi bagi kat kita :(

Ranking Alexa [1]

8:22:00 PM 28 Comments
Orang bila menghampiri tahun 2014 ni, banyak yang bercerita pasal azam....sally tak nak la ikut trend..hahaha...so, sally nak cerita pasal pencapaian blog sally...well, even blog ni masih belum dapat pape anugerah jauh sekali diiktiraf...tapi sally sayang dia...

sebab apa...? sebab dia selalu ada untuk sally meluah perasaan...walaupun pada hakikatnya korang yang kena baca dan komen, tapi at least kita ada peneman bila kita rasa nak berbual tapi takde yang nak respon kat kita...hihihi


Buat masa ni...inilah ranking sally ... Globally dan ranking dalam Malaysia...jauh...masih jauh...sally teringin nak jadi macam kak +Mia Liana, kak +Farah Waheda Wahid  dan abang +Eraz Fadli yang masing-masing hanya menulis blog personal...tapi dah kukuh kedudukan mereka...hehehe...ye, sally mmg tgh bodek dorang ni...mintak tunjuk ajar..hahaha....

Sumber : Alexa Sally

eh, kalau korang rasa nak tengok ranking blog korang...boleh la tengok kat SINI...okay..? masuk je URL blog nanti dorang tolong kira kan...

p/s : Sally takkan ada kat takuk ni kalau korang tak datang singgah...entry terima kasih ni untuk korang! 

Sape nak cari JODOH, mari dekat!

4:55:00 PM 43 Comments

Amboi Sally! 

Hahahaha...mohon paham yang sally takde bukak agensi cari jodoh, mahupun jadi match maker untuk orang cari jodoh...sebab sally dah confirm kawen dengan Yonghwa...

dang! 

*eh, ibu baling periuk...larikkkk

erk...hahaha...baik mengaku! sape yang search jodoh kat blog sally ni..? banyak kali hit pulak tu...meh nak babap tangan dia...hahahaha....

Meh sally kongsi tips sikit...even masih belum jadi kat sally..hahaha...tapi tak salah kita cuba kan...??

  1. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam atau lebih baik setiap kali lepas solat. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
err...sebenarnya satu tips je yang sally ada..hahaha...pastu boleh la cuba amalkan doa ni...tapi yang sally jumpa utk perempuan je...maaf la lelaki-lelaki sekalian :P


p/s : Azam 2014, nak g Korea masuk meminang Yonghwa....hahahahahaha....sape nak kasi pinjam 178 billion macam annual income CNBLUE tahun 2013 kat sally..?

p/s/s/s : larikkkkk...kena kejar dgn ibu pakai parang...hahahahaha

Master's Sun & The Heirs Parody @ SBS Gayo Daejeon

4:00:00 PM 20 Comments
Okay, peringatan...ni entry Kpop ye...kepada yang faham...korang akan gelak guling-guling even takde subtitle..hahaha...kalau yg tak paham sila, senyum...

Firstly, SBS Gayo Daejeon was a major annual end-of-the-year music program broadcast on 29 December by Seoul Broadcasting System (SBS). It was started in 1997, and awards were given to entertainers until 2007. In the 2010 program,Super Junior’s Heechul, Jung Yong-hwa, Jo Kwon from 2AM and actress Hwang Jung-eum hosted.

The 2012 SBS Gayo Daejeon aired live from Korea University with performances from TVXQ, Super Junior, Big Bang, Dynamic Duo, Epik High, f(x), SHINee, Ailee, B1A4, 2NE1,Secret, B.A.P, SISTAR, T-ara, GLAM, Teen Top, CNBLUE, EXO, FT Island, Miss A,MBLAQ, A Pink, Infinite, 4minute, 2AM, After School, B2ST, and Kara.

Under the theme "The Color of K-Pop", some of the biggest groups create four super idol groups, recorded a new single, and performed it together on stage. There were four teams consisting of members of different idols groups labeled under the names of Mystic White, Dramatic Blue, Dynamic Black, and Dazzling Red, who sang songs created by the hottest producers of 2012. The MC's were Miss A’s Suzy, IU, and actor Jung Gyu Woon.

SBS Gayo Daejeon untuk 2013, berlangsung pada 29 December 2013 yang lepas...so, sally tak nak share pasal CNBLUE dalam ni...kang korang kata pilih kasih pulak...hehehe...so, meh tengok Parody yang melakonkan babak dalam drama korea "The Master's Sun" dan jugak drama yg baru tamat, "The Heirs"...



Part One

Part Two

Mohon jangan bandingkan cast dia yang ori dengan yang parody ni...okay..? hehehe...ye...ye...sally tau Lee Min Ho tu handsome :P 

Facebook Datuk Seri Najib kena serang..?

11:46:00 AM 48 Comments
Sally benci politik! serius...walaupun tu la jugak tunjak utama dalam sesebuah negara...sally benci bila politik dipolitikkan oleh org yang tak berapa bijak tapi berlagak bijak...
 

Yes, I'm a bit emotional here.

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang 2014. Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, beliau "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.

"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang',"
kata beliau dalam laman Facebook rasminya.

Ekoran daripada posting berkenaan, beberapa individu kemudiannya membalas dengan luahan berkaitan peningkatan kos sara hidup. Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Joseph Gasis berkata, beliau tidak pasti sama ada masih mampu tersenyum atau tidak pada tahun 2014.

"Saya baru belanjakan RM600 untuk uniform sekolah anak saya, kasut, beg sekolah, dan alat tulis. Tambang bas akan menjadi RM300 sebulan. Saya tidak bekerja sejak Jun 2013. Simpanan saya tidak akan mampu bertahan dengan kenaikan kos sara hidup umpama puting beliung," katanya.

Shahrul Bahaman pula hanya menulis "Tahun Baru yang menyedihkan".

Sementara itu, posting yang menerima 5,108 "Like" itu turut memaparkan kenyataan pengguna dikenali sebagai Norie Noriah yang berkata tahun 2014 bukanlah tahun untuk rakyat bergembira, dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam menangani peningkatan kos sara hidup sebelum rakyat beralih arah.

"Rakyat tiada masa untuk bergembira menyambut tahun baru 2014..nak beli keperluan anak-anak pun tak mampu lagi. Tolong-tolonglah buat apa yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat tidak beralih arah. Ekonomi makin teruk,"
kata Norie.

Muhamad Fahmi Lee pula menyampaikan ucapan "Selamat menyambut tahun barang naik Datuk'… p/s: bila dato' nk turun?"

Kenaikan kos sara hidup berdasarkan hasil kajian Pusat Kajian Demokrasai dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bakal memberi kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018. Kajian berkenaan turut mendapati, kenaikan kos bahan api, tarif elektrik dan harga barangan adalah tiga perkara pokok yang menjadi perhatian masyarakat umum. Justeru, UMCEDEL menasihati Putrajaya agar melakukan sesuatu tindakan ekoran peningkatan kos sara hidup dalam masa terdekat sekiranya terus mahukan kuasa memerintah.

Pada September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan. Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014. Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Terkini, Persatuan Pembuat Kiub Ais Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengatakan akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.
 

Ambik haa, tak pasal-pasal harga ais pun naik jugak...aduyai...stress tau tak...bukan nak menyalahkan BN...jauh sekali nak menangkan PKR...tapi sally rasa kenaikkan harga yang terlalu mendadak diketika orang semua tgh berkira tentang kehidupan...macam tak munasabah..mungkin ada baiknya kenaikkan, tapi jangan la sampai membebankan rakyat...sekarang ni kalau gaji RM1,000-RM2,000, tak dapat la nak hidup...serius! tapi tu la hakikat gaji golongan di Malaysia.

Korang rasa camne...??

Monday, December 30, 2013

Sunday, December 29, 2013

"Maaf, jangan ganggu dia!"

10:38:00 PM 33 Comments

eh, sesuka hati je...hahaha...okay, sally gurau je...saje nak tepek gambar Yonghwa...dah takde idea nak tepek gambar sape...kang letak gambar tuan blog orang tak nak tgk...kan..? kan..?

tuu dia..betul punya merendah diri..! hahaha...Sekarang sally dalam proses nak buat final revision untuk exam pukul 9am pagi esok...mohon korang semua doakan sally dapat jawab soalan dengan tenteram, dapat ingat semua formula yang gila punya banyak...hehehe...insyaAllah...semoga korang dilimpahi nikmat dunia dan akhirat...

Sally mintak maaf kalau sepanjang sally berblog ni ada yang terkecik hati, sakit hati or terasa hati...InsyaAllah lepas habis paper sally akan jenguk korang kembali...Sally jugak mintak maaf kalau malam ni ada 2-3 orang blogger je yg sally sempat kunjungi...

ohh! lupa..! Last word!

"I love you'll..!"

-Auto Publish-

14 tanda-tanda korang gila travel...!

7:47:00 PM 30 Comments

Traveling bagi sesetengah orang macam satu cara untuk menghabiskan duit...hahaha...ada yang suka travel sebab nak belajar pasal culture negara orang, ada yang travel untuk sambung belajar dan tak kurang jugak yang memilih travel untuk menghilangkan tekanan dalam hidup...dalam ayat mudah, bercuti...tapi atau tak apa tanda-tanda yang korang ni suka travel @ melancong..? bawah ni sally senaraikan 15 tanda-tanda yang korang ni gila travel...hihihi...

1. Korang dah tengok hampir semua episod dalam "House Hunters International" dan korang terfikir dalam kepala, kalau la korang dapat join...kemana korang akan pergi....

2. Korang lagi excited pasal traveling lebih daripada cuti Hari Raya @ Krismas @ Chinese New Year @ Deepavali...hehe

3. Semua ahli keluarga atau kawan korang tau yang "most wanted wishlist" korang masa birthday ialah 'Voucher penginapan bla bla bla untuk 3 hari 2 malam' atau yg sama waktu dengannya...hahaha
Korang ada tabung travel macam Tabung Korea Sally (Mohon klik selalu)

4. Bila korang nampak peta, korang tengok macam tengok masterpiece Mona Lisa yang berharga 15 billion tu...

5. Korang dapat merasakan yang pusing keliling dunia takkan pernah bosan malah makin menambah keinginan untuk sentiasa pergi berjalan lagi....

6. Korang rasa pergi travel tu macam tengah sambung ambik degree @ master dekat luar negara...kan orang kata pergilah menimba ilmu sampai ke negara China...hahaha...

7. Korang percaya yang korang takkan pernah "sesat" kat negara org...dalam ayat mudah, "Bukan sesat...jalan-jalan cari pengalaman" walaupun masa tu korang mmg sesat.

8. Korang rasa macam membuang masa kalau tak pergi travel..Travel is like your "life routine"

9. Korang tak kisah pun kalau orang lain tanya, "Kau reti ke speaking English @ Korea @ Jepun??"

10. Salah satu matlamat hidup korang ialah "TRAVEL"

11. Korang rasa travel ni umpama buku siri Harry Potter yang banyak sirinya...

12. Korang sentiasa bermonolog sendirian, "Kan best kalau aku ada kat satu tempat yg org tak kenal aku..."

13. Korang habiskan masa sekurang-kurangnya sejam dengan melayari blog atau tengok gambar negara-negara yang korang nak lawat.

14. Dan yang terakhir, yang paling kronik, bila mana korang rasa nak gila dan akan mati akal kalau korang tak keluar langsung daripada tempat yang korang stay sekarang...tak kisah la keluar negara atau ke luar negeri sekali pun...

Hehehehe...yang ni apa yang sally rasa...setiap tahun at least sally akan melancong ke luar daripada Malaysia ataupun keluar daripada KL...sebab bagi sally, masa muda ni masa untuk kita berjalan, cari pengalaman dan jugak cari erti hidup sambil terkenang dalam fikiran.....

"Terlalu besar dunia ni...terlalu banyak yang nak tengok...sesungguhnya kekuasaan Allah tu tiada tandingannya...sebab hanya DIA yang mampu menyediakan dunia yang indah ni dan ruginya kalau kita tak cuba hayati keindahan alam ni..."

Saturday, December 28, 2013

Hurmmmm ~

7:59:00 PM 34 Comments

memang la orang kata...bila kita marah, syaitan tu suka sangat dekat dengan kita...sampai satu tahap kita tak sedar apa yang kita dah buat...apa yang kita dah cakap...bukan semua kemarahan tu harus dilempiaskan...mungkin ada sebab kenapa kita marah tapi kemarahan tu adalah kelebihan syaitan...

Marah kalau berpanjangan...membawa binasa kepada diri kita dan orang sekeliling kita...mungkin kita tak sedar apa yang kita buat, apa yang kita cakap akan menghantui orang disekeliling kita...mungkin juga sebab bahasa kita yang "indah" dengan memaki orang, membuatkan ahli keluarga kita di pandang hina...

Marah tu kalau di lempiaskan dengan cara ambil wuduk dan solat, insyaAllah perasaan tu akan bertukar menjadi kekuatan iman dalam diri kita...

Bersabar kan sebahagian dari iman..! ^_^

'Dulang' Girls dah nak start bekerja.

12:18:00 PM 38 Comments
Walaupun dalam kesibukkan nak exam...tetap la kena tunaikan janji...eh, lupa ek..? boleh baca entry 'Dulang' Girls.. dulu...untuk kasi ingat....hehehe....

So, hari ni merupakan hari kejadian..hehe...eh, nak tengok camne kain pink tu bila dah jadi baju...? taraaa~


Yea...mmg model tu gitu je bentuk dia...mmg comel...kan..? mesti korang sokong sally comel kan..?? -_-'

Hahahaha...nanti sally update lagi pasal majlis ye...sekarang nak kena bersiap...jap lagi majlis nikah pastu terus kenduri...tak boleh nak happy sangat bila terkenangkan paper pertama lusa...

stress!!

Friday, December 27, 2013

Bas oh bas.

8:12:00 PM 40 Comments
Tau tak perasaan orang yang nampak bas dia dari jauh, lagi berapa step nak naik...suddenly bas tu jalan... I was like....

''weh bas! Tak nampak ke saya berlari anak nak kejar awak..?''

Okay, I'm so pathetic.


Fast & Furious 7 bakal ditayangkan pada April 2015

1:34:00 PM 44 Comments

Sally ada pos satu gambar yang menunjukkan tarikh FF7 bakal ditayangkan....sebelum ni pun Sally ada jugak cerita pasal perkembangan filem ni dalam entry Justin Wan arah filem "Fast 7" ..

Sally mmg ikut perkembangan Fast Furious daripada sejak pertama kali dia release beberapa tahun lepas....Teka-teki tarikh tayangan filem "Fast & Furious 7" akhirnya terjawab selepas produksi filem ini yang telah dihentikan buat sementara waktu kerana salah seorang pelakon utamanya, Paul Walker maut akibat nahas jalan raya pada November lalu. Berita ini diumumkan oleh pelakon utama Vin Diesel menerusi laman sosial Facebook miliknya dengan memuat naik sekeping foto bersama Walker ketika penggambaran babak terakhir mereka.

 

"Fast & Furious 7" akan ditayangkan pada..... 10 April 2015!" - Vin Diesel

Filem ketujuh daripada siri popular yang sebelum ni diarahkan oleh James Wan, dan yang kini bakal diarahkan buat pertama kali oleh pengarah Justin Wan yang mengisahkan perlumbaan kereta ini pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 11 Julai 2014 namun tergendala apabila Paul Walker, 40, watak utama yang memegang watak sebagai Brian O'Conner dalam filem ini telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Selepas nahas tersebut, Universal Pictures telah menangguhkan produksi filem tersebut dan akhirnya kembali disambung dengan kehadiran adik kepada Paul Walker, Cody Walker yang telah diberi kepercayaan untuk menggantikan watak abangnya sebagai Brian O'Conner...

Walaupun masih terkejut dengan kematian Paul Walker, tapi sally still happy sebab penggambaran filem ni dah kembali disambung...mau tak nya, masa FF6 keluar, sanggup sally g tengok wayang sorang sebab tak nak ketinggalan...hehe... so, I'm really counting days!

Bangun pagi,baca buku.

6:31:00 AM 35 Comments
Huhu...saja update entry sekejap..penat mata nak hadap QMT ni..huhu..mmg kebiasaan sally bangun pagi instead of berjaga malam...kalau nak study malam..? Baru bukak buku mata dah layu...bangun awal pagi atleast kita menunggu Subuh kan..? So, takdela rasa nak tido balik...well even mmg ada rasa mengantuk...tapi org kata waktu pagi ni otak tgh fresh...membaca ke mengingat tu senang je masuk...InsyaAllah...

Okay..nak Subuh kejap, before sambung study pastu nak siap g kerja..huhu...


Thursday, December 26, 2013

Ok, rasanya ni yang terakhir.

5:06:00 PM 51 Comments

Yeay! setelah puas menggodek beberapa minggu..hehe...amboi...sampai berminggu...sally rasa ni la yang terakhir...yang sally akan cuba kekalkan...yes I meant it! kekal! huhuhu...Walaupun sally menderhaka kepada warna biru...sally tetap masukkan sikit biru...so, tema kita purple blue la...okay tak...??

Ohh...camne sally print screen panjang camni...?? Sally belajar daripada blog kak +Mia Liana ... boleh usha tutorial kat SINI...aplikasi ni namanya Awesome Screenshot...Korang try la nanti...selari dgn nama dia, AWESOME!


by the way....saja nak kasi tau...sally dah ada fanpage dekat Facebook...kepada yang mana belum tekan like tu...boleh la tekan...hikhik...yee...yeaaa...mmg sally tgh promote diri sendiri...but who cares..?? Kalau nak follow twitter sally pun dialu-alukan...tapi sally tak aktif sangat twitter...Sally lebih aktif kepada Facebook, Twitter dan jugak Instagram..hihi...

p/s : Lepas ni kurang post sikit ye...nak fokus study...ewaahhh ~


CPUV Pertama!

3:20:00 PM 37 Comments
Bekali-kali sally tekankan dalam diri...

"Bila first time aku dapat CPUV nnt, aku tak nak buat entry...nanti semua orang gelak..!"

okay, sally buat jugak entry...hahahaha...


Dah masuk 6 hari dah CPUV ni bertapak...tapi sally baru tau...hahaha...sedihnya titew...hahaha...ni mesti sebab kita merajuk dengan Nuffnang ni..hahahaha...so, kepada yang nampak iklan ni menari-nari dalam blog sally...mohon klik ye...sape tak klik, tak nak kawan! hehehe...

Sayang korang!! ^_^

Sambut tahun baru dengan Exam!

1:20:00 PM 33 Comments


Well, seperti yang semua orang tau...Sally merupakan pelajar degree part time...so, final exam dah menghampiri...kalender CNBLUE kesayangan sally tu pon awal-awal dah kena conteng denngan jadual exam....

Paper pertama pada jari isnin depan bersamaan 30th December 2013...huwaaaa...kenapa la cepat sangat masa berlalu...dah la hujung tahun ni merupakan masa-masa yang paling banyak kerja kat office...tapi dah namanya pun student....final exam tu mana boleh nak elak kan...??

Mintak tolong korang doakan sally boleh jawab exam dengan tenteram ye...sebab subject yang pertama ni sally sangat la tak yakin...serius...sangat tak yakin....mungkin sebab terlalu banyak benda yang kena ingat...lagipun sally tak minat subjek Math...huhu...

Kalau sally tak blogwalking tu, mintak maaf ye... ^_^

Okay, rindu CNBLUE.

11:00:00 AM 34 Comments

Okay, entry ni entry rindu...huwaaa...lama rasanya takde post pape pasal jadual cnblue...lately dorang takde banyak aktiviti pun...cuma ada 2 konsert kat Japan, release album Japan (Present), aktif dalam Cheongdamdong 111...eh, korang tengok tak Cheongdamdong 111..? Cheongdamdong 111 ni macam reality show yang tunjuk kehidupan artis dibawah FNC Entertainment...dia macam reality drama la... korang boleh baca kat sini...

Tahun 2014, CNBLUE akan kembali aktif untuk world tour dorang...cuma kali ni lebih ke arah Amerika Latin, Chile...yang ke arah sana la...mungkin takde ke Asia atau spesifiknya takde Malaysia...eh, takpela...biar sally g jumpa dorang pulak kat Korea...okay tak..?

Kenaikkan Kadar Tol Mulai 2014 !!

9:10:00 AM 29 Comments
Hehehe...maaf ye...pepagi dah naikkan kadar stress korang...bukan apa...Sally hanya rasa terkejut dengan kenaikkan yang bagi sally terlalu tinggi...Sally bersyukur sebab jalan yang sally nak kena lalu sehari-hari untuk ke tempat kerja tak memerlukan sally memalui jalan yang bertol....untuk ke UiTM pun sally melalui laluan MRR2 dan hanya melalui tol KESAS...yang mana telah diturunkan kadar tolnya pada April 2013 yang lepas...


 Sally harap yang mana yang melalui tol-tol kat atas ni jangan la stress ye...anggap jela cubaan..huhu...jangan lupa mohon BR1M ye...rugi kalau tak mohon..hehehe....

p/s : Malaysia -_-'

Wednesday, December 25, 2013

Melawat Ayah Itah.

6:33:00 AM 28 Comments
Lepas balik kerja semalam...sally dengan beberapa rakan kelas singgah ke hospital untuk jenguk ayah Itah...Itah ni one of my best friend, sally kenal dia daripada darjah 2...mula rapat dengan dia masa kami form 3, time tu dia la kawan sally...makan, minum, meniru dalam kelas, g tandas...semunya...semuanya dengan dia...dia kira partner in crime la...senang cerita...

Actually ayah dia masuk wad since lepas kami balik daripada wedding di Melaka...meaning that dah hampir 3 minggu ayah dia masuk wad dan kami baru datang melawat...pada awalnya nak melawat tak boleh sebab ayah dia dimasukkan ke wad ICU...so, hanya mampu tunggu dan doa dari jauh...

Sally dengan dia jarang berhubung, tapi dia akan contact sally bila dia boleh sense ada something wrong jadi kat sally atau sally tgh bersedih...rasa macam hopeless bila takde disisi dia masa dia tgh sedih camni....


Sempat lagi ambik gambar...hehe..kalau dah blogger...g memana mesti nak ambik gambar...sempoi je ayah dgn mak dia...semoga ayah itah cepat sembuh..InsyaAllah...

Tuesday, December 24, 2013

MNM - Meeting & Makan

6:00:00 PM 32 Comments
Semalam tetiba dapat memo daripada Dato' yang kata ada meeting tergempar pagi tadi...masing-masing dah cuak dah...ingat kot kenapa ada meeting...kot ada pape hal ke kan...hehehe...rupa-rupanya Dato' saja nak buat meeting akhir tahun...saje nak tau perkembangan staff...dan kerja-kerja yang sedang berjalan...

Meeting start sharp pukul 8.45am pagi dan berakhir lebih kurang pukul 10.30am...time tu lauk still belum sampai...so, masing-masing naik la ke office balik sebab meeting room kitorang ada kat tingkat bawah...so, dalam pukul 11.30 camtu caterer sampai dan masing-masing tak mampu nak tunggu sampai pukul 1pm...hahaha...



Bos kan orang pakistan, so lauk dia mmg la nasi beriyani..hehe...ada ikan goreng, nasi bukharo ayam, dalca, kari kambing, acar timun dengan nenas dan yang paling gempak sekali, KETAM! perghhh...mmg havoc gila la makan ketam...masing-masing hilang ayu nya bila makna ketam...hikhik...


So, dalam pukul 12.30pm camtu masing-masing dah habis makan...sebelum naik sambung keja...kita ambik gambar dulu...hehe...alhamdulillah...even sakit masih ada tapi still bersyukur dengan rezeki hari ni...

p/s : Hujung tahun ni takde bonus laa..hoho...sebab bonus bulan depan!! ^_^

Travelling to Busan, Korea!

3:52:00 PM 32 Comments
Yeay! kali ni bukan mimpi...kali ni real punya...tapi malangnya ni bukan la pengalaman sally ke Busan, Korea ye...ni pengalaman kak Nadia...hahaha....actually sally baru je jumpa blog dia...or in simple word...baru tau dia ada blog sebenarnya....sadis...tapi dia bukan la blogger tegar...cuma rasanya dia nak letak tips dan juga kongsi pengalaman dia kat Korea...

 

Dalam tu ada budget kalau nak ke sana without tourist guide...kalau korang jenis yang suka berjalan sendiri tanpa terikat dengan masa la...tapi kalau takut sesat atau takut tak jengah tempat yang sepatutnya singgah...better ambik la tour guide...cuma akan jadi lebih mahal skit budget korang tu....

 

Ini semua gambar dia masa kat Busan, Korea. So, sesapa yang rasa nak tau cara, budget nak ke Busan sendiri...boleh la usha blog kak Nadia : http://nadnadine.blogspot.com/ 

p/s : Tahun depan Sally akan travel keluar dari Malaysia ... 2 Negara ..  Nak cuba teka..?

Bila Asthma Menyerang.

1:09:00 PM 18 Comments
Semalam, the whole day rasa kepala berat sangat...ingatkan migraine sebab masa lunch tu tak sempat nak makan...tapi mmg sakit sangat kepala...rasa macam saluran darah kat kepala tu blocking...Mata pun rasa kabur...ingatkan sebab terlalu lama memandang komputer...

Google's

Balik dari keja mmg rasa makin sakit kepala, makin sakit dada..so, sally assume sebab penat...Sally pun tido la kejap dengan harapan rasa sakit tu kurang...tapi meleset...Sally kena asthma malam tadi...sebab dah lama tak kena asthma...nasib baik la inhaler ada kat rumah...nak kejut ibu dgn abang macam tak sampai hati...sebab masing-masing dah nyenyak tido...so, solution nya...ambik minyak angin letak banyak-banyak kat dada...pastu sedut inhaler....


Alhamdulillah dalam pukul 1am camtu boleh jugak tido even penat menahan sakit...so, bangun pagi pun agak lewat tadi...nasib sempat nak g kerja...sebab hari ni ada meeting...so, tak boleh nak MC or cuti....Ini pun baru sempat nak online...sebab baru hbs meeting....

Monday, December 23, 2013

Again.

8:30:00 PM 39 Comments

Masa jumpa dengan Ain kelmarin...dia beli benda ni...ada lanyard Doraemon dengan payung...hehehe...biasa la budak baru dapat duit PTPTN mmg gitu...hold hadiah birthday selama mungkin baru kasi...hahaha...

Masa tahun 2011 kalau tak sila sally, time still tengah study kat KPM Beranang...masa birthday sally berderet barangan Doremon sally dapat....daripada buku, bantal, keychain, payung, lanyard, plushie and entah pape lagi yang sally dapat time tu....so, skrg mmg banyak la barangan doraemon sally...hehe...alhamdulillah...walaupun kadang-kadang terasa macam dah matured and tak layak dapat benda yg comel-comel gitu....

thousand post. million thanks.

7:30:00 PM 31 Comments

Hehe..Sally baru perasan dah cecah 1000 post dah blog sally..siap berfikir...ape benda la yang sally coretkan dalam blog ni..huhu...mungkin hanya ada beberapa entry yang berguna buat pedoman...yg lain..? Entah la...


Selfie sally masa blk kerja...hari no banyak keja..hehe..tak sempat nak lunch pun...balik terus migraines sebab lapar..huhu...mau tak nya, minum coffee je pagi tadi..lepas ni nak mandi, pastu nak makan..hehe...

P/s : thanks sebab sokong blog sally..hehe..smpi seribu post dah..

Ddukbokkie.

2:18:00 PM 50 Comments

Eh, geram pulak dengan Ain ni...ada ke patut dia g makan Korean food without me..? Sepatutnya Sally ni partner in crime dia kalau bab makan..sampai hati dia..sampai hati...hihii...

Dia share kat whatsapp semalam...dia g makan dengan pakwe dia kat OU..huhu...katanya lagi sedap daripada yang selalu we olls makan kat Ampang Point...mungkin ke sedap..? nanti boleh la try g makan sekali..tapi nak ke OU tu yg malas..terasa kejauhhannya la haiii....

So, sape pernah makan ddukbokkie yang sedap..? meh share tempat meh..hihi...

Hari ni hari Isnin.

12:22:00 PM 28 Comments



Hehehe....tajuk dia macam takde orang tau hari ni Isnin...biasa la...hari Isnin je masing-masing seret kaki nak g kerja kan...? Hari ni Sally g kerja daripada KL...sebab semalam meneman seseorang kat KL...so, hari ni g kerja bukan daripada rumah...sempat lagi curi masa berlari ke Starbucks nak cari "dadah" favorite sally. Caramel Mocchiato! Mohon abaikan pakwe Sally punya gambar belakang tu...



Kakak ipar Sally suruh cuba Toffee Nut Latte yang tengah tu...katanya sedap...tapi yg ni utk limited time only...or specifically for Christmas only...serius macam sedap je...toffee tu lebih kurang je rasa dengan caramel...tapi more creamy laa...bagi sally...



Pandangan daripada dalam bas tadi..hehe...tetiba masa berhenti tu betul-betul sebelah KLCC...dah lama tak berada dekat KL masa pagi-pagi camni...kalau dulu masa kerja kat KLCC, sebelum matahari naik lagi dah bertapak kat KLCC tu...hihi...serius masa ni teringat kenangan lama masa zaman-zaman hingusan...How fast time flies...right..?

“No matter how much time passes, no matter what takes place in the interim, there are some things we can never assign to oblivion, memories we can never rub away.”
Haruki Murakami, Kafka on the Shore

Sunday, December 22, 2013

Purple!

9:23:00 PM 47 Comments
Tetiba hari ni dapat inspirasi nak keluar daripada kepompong warna biru...so, hopefully berkekalan la gamaknya...hahahha....serius nak tukar warna tadi terfikir....betul ke boleh nak hidup tanpa warna biru..? Like seriously serious...???

Hahahaha...header tu still in progress lagi...nanti kalau dah ada masa baru boleh nak buat yang vogiee the vassss punya header....ye, sila maafkan saya kerana anda akan melihat perubahan setiap kali masuk blog..hehe...

kepada +Aefa Aerisya & +Nurul Farahizzati .... sila maafkan saya kerana berpaling daripada warna biru...hahahaha...semoga anda bahagia dengan warna biru...hahahaha...tu diaaa...dah macam putus cinta dengan warna biru dah haaa...

ke nak pakai warna hijau...?


Happy Birthday Papa Zara...

1:31:00 PM 42 Comments
Hehehe....tetiba promote nama anak dia kan instead of ayah dia...Hahahaha....hari ni merupakan birthday bro Eraz Fadli yang ke berapa ..... yang tu rahsia...

hehehe...sebenarnya sally suka g jengah blog abang eraz sebab nak tengok budak Zara yang comel tu...hehehe...sorry abang Eraz...interest sekarang kat Zara je...sebab dia lagi comel!


To bro Eraz, happy birthday...may Allah bless...semoga dimurahkan rezeki...

^_^

Friday, December 20, 2013

Kahwin.

9:54:00 PM 30 Comments
Punya malas nak cari tajuk...currently ada kat rumah kawan ibu...anak dia nikah malam ni...sally dengan pengantin lelaki dan perempuan mmg kawan dr zaman kolej lagi...huhu...

Skrg tgh dgr khutbah daripada tok kadi..hehe...jemputan pun kena dgr jugak..hehe...xpela...buat pedoman jugak...nak tulis kat sini pun malas...haha...nanti sally cerita lain ek pasal majlis malam ni...



Mimpi Lagi...?

4:34:00 PM 42 Comments
Ehem...hari ni lambat sangat update...sebab sally tgh update baki cuti staff...ye semua staff yang gila ramai ni...separuh hari nak settle kan sebab dah nak bawak kedepan cuti yang mana ada, belum kira yang unpaid leave...huhu...okay, macam dah lari tajuk dah ni....

Mimpi lagi..? Sally rasa rata-rata daripada kita mesti bila tidur dimalam hari akan bermimpi, tak kisah la mimpi apa...ada yang mimpi kena kejar hantu, ada yang mimpi tetiba berlakon dalan cerita The Inheritors...tak kurang jugak yang mimpi berkahwin, mengandung dan sebagainya....

Sally pun tak lari daripada situasi diatas... Sally pernah bermimpi jadi ahli kelima Hawaii Five-0, pernah mimpi jumpa dengan Jung Yong Hwa yang mana mmg jadi kenyataan....Sally jugak pernah mimpi dapat sambung Master di luar negara....pernah jugak bermimpi pasal ular....Banyak gaya la sally mimpi...kadang tu sally update dlm blog...kadang tu tak update....tengok mood...hehe...

Sepatutnya sally cerita pasal mimpi ni semalam sebab ni mimpi kelmarin...hehe...macam lambat sangat ek..? tapi sebenarnya takde la mimpi yang hebat sangat pun...cuma mimpi sampai ke Korea...huhu...mungkin sebab dah teringin sangat nak pergi kan...tu yang gitu mimpinya....tapi serius mmg best la mimpi tu...because I've travel most of the places that I've watch in the movie or drama...nampak tak..? nak mimpi pun kena tempat yang kita tau je...hahahaha...


Takde pulak nampak kelibat Jung Yong Hwa atau kumpulan CNBLUE, jauh sekali semua cast dlm Running Man...mungkin semalam cuma Allah nak bagi kesempatan untuk gembira...gembira bila terkenangkan environment di Korea...masa tu tgh musim luruh...rasanya la sebab tak nampak macam winter pun...tetiba macam dalam dunia ni ada 2 musim je kan..?

Kak Nadia dah ajak ke Korea bulan Oktober tahun depan...nak ikut ke tak ni..?


Thursday, December 19, 2013

Cuba teka..?

10:05:00 PM 60 Comments

Beli dia masa kat pasar mlm semalam..beli sendiri ye..bukan encik zaidi yg belikan...hehe....sebab nampak dia comel...

Sape tau ni ape..?

Ohhh...baru tau....

3:15:00 PM 52 Comments
Yeay! Siapa yang dah baca entry Terdetik dan jugak Pasar Malam Semalam ..

Meh nak sambung kisah cinta dua benua ni...ehee...amboi! jauh sampai dua benua...hahaha...semalam hari Rabu...hari ke pasar malam...hari kita membeli ikan...hari kita membeli keropok lekor yg sedap dan hari untuk berjumpe kekasih gelapku...

Eh, sesuka hati panggil kekasih gelap...yela...jumpe kat pasar malam kan...so, gelap...hahaha...cuma bezanya semalam jumpa kat Speedmart...okay...kali ketiga, eh kali keempat ye jumpa...

hoooray! dia tegur Sally dulu...so, kurang sikit rasa janggal....kan...semalam cuma short conversation...sebab dia macam kejar masa....okay! dia tanya nama kita...kita suka! tapi kita cakap nama kita Siti instead of Sally...kang dia kata budak dtg dari planet mana pulak nama omputih...hahaha...eh, kita tak tipu ek...mmg nama kita ada Siti...tak caya tnya kak +Lieya Von Jay ...

Borak pasal dia tinggal mana, keja ke...bla bla...almost 10 minutes jugak sbb sambil beli barang sambil borak...tetiba dah macam kawan baik pulak kan...padahal baru je jumpe 3-4 kali...

elehh...korang nak tau nama dia kan..? ke sally sorang je yang nak tau nama dia..? -_-'

So, encik baik hati tu nama dia Zaidi...orangnya putih...dalam lingkungan umur 20-21...berpangkat adik rasanya...sebab muka dia baby faced sangat...okay, terasa diriku tua...sadis! Kita takmo jadi kakak.... -_-'