Sally benci politik! serius...walaupun tu la jugak tunjak utama dalam sesebuah negara...sally benci bila politik dipolitikkan oleh org yang tak berapa bijak tapi berlagak bijak...
Yes, I'm a bit emotional here.
Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang 2014. Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, beliau "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.
"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata beliau dalam laman Facebook rasminya.
Ekoran daripada posting berkenaan, beberapa individu kemudiannya membalas dengan luahan berkaitan peningkatan kos sara hidup. Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Joseph Gasis berkata, beliau tidak pasti sama ada masih mampu tersenyum atau tidak pada tahun 2014.
"Saya baru belanjakan RM600 untuk uniform sekolah anak saya, kasut, beg sekolah, dan alat tulis. Tambang bas akan menjadi RM300 sebulan. Saya tidak bekerja sejak Jun 2013. Simpanan saya tidak akan mampu bertahan dengan kenaikan kos sara hidup umpama puting beliung," katanya.
Shahrul Bahaman pula hanya menulis "Tahun Baru yang menyedihkan".
Sementara itu, posting yang menerima 5,108 "Like" itu turut memaparkan kenyataan pengguna dikenali sebagai Norie Noriah yang berkata tahun 2014 bukanlah tahun untuk rakyat bergembira, dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam menangani peningkatan kos sara hidup sebelum rakyat beralih arah.
"Rakyat tiada masa untuk bergembira menyambut tahun baru 2014..nak beli keperluan anak-anak pun tak mampu lagi. Tolong-tolonglah buat apa yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat tidak beralih arah. Ekonomi makin teruk," kata Norie.
Muhamad Fahmi Lee pula menyampaikan ucapan "Selamat menyambut tahun barang naik Datuk'… p/s: bila dato' nk turun?"
Kenaikan kos sara hidup berdasarkan hasil kajian Pusat Kajian Demokrasai dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bakal memberi kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018. Kajian berkenaan turut mendapati, kenaikan kos bahan api, tarif elektrik dan harga barangan adalah tiga perkara pokok yang menjadi perhatian masyarakat umum. Justeru, UMCEDEL menasihati Putrajaya agar melakukan sesuatu tindakan ekoran peningkatan kos sara hidup dalam masa terdekat sekiranya terus mahukan kuasa memerintah.
Pada September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan. Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014. Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Terkini, Persatuan Pembuat Kiub Ais Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengatakan akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.
Ambik haa, tak pasal-pasal harga ais pun naik jugak...aduyai...stress tau tak...bukan nak menyalahkan BN...jauh sekali nak menangkan PKR...tapi sally rasa kenaikkan harga yang terlalu mendadak diketika orang semua tgh berkira tentang kehidupan...macam tak munasabah..mungkin ada baiknya kenaikkan, tapi jangan la sampai membebankan rakyat...sekarang ni kalau gaji RM1,000-RM2,000, tak dapat la nak hidup...serius! tapi tu la hakikat gaji golongan di Malaysia.
Korang rasa camne...??
48 Comments
Apa lah nak jadi dengan pendapatan yg bersumber rendah...kasihan pasti susah nak survive..
ReplyDeletemmg pun...sally la antaranya...sampai tahap nak gila dah :)
Deletebila gaji naik, barang pun akan naik sekali. sama je macam tak naik gaji. xde perbezaan langsung
ReplyDeletealhamdulillah jugak kalau gaji naik, yg swasta ni mana ad anaiknya :(
Deletehappy new year sally!
ReplyDeletehappy new year for you too kak NinaAz!
Deleteemm betul la..semua naik..masuk thn baru nk hidup pun kn cut cost..berkira2 nk berbelanja..yela gaji bkn byk pun..
ReplyDeletebetul tu Mime...sally pun rasa tempiasnya :(
Deletemcm2kan sekrg...mmg btul kalau pndptan rm1000-2000 nk survive pun susah..nak2 bila yg tinggl kat bnda...ddk kt kmpung pun ssh inikn pula bndr kn...xthu nk kata apa..
ReplyDeletesally sokong ikhwan...kalau duduk kat KL ni mmg tak mampu dah rasa :(
Deleteselalu sangat membazir sambut perayaan yg tak berfaedah...sekaranglah pengajarannya :D Apa-apa pun saya tak sokong harga barang naik.
ReplyDeletebetul tu khairil...lepas tu xde income, rakyat yg jadi mangsanya -_-'
Deletehuhuhu.. sedih dengan keadaan politik negara sekarang, kacau bilau.. tak cukup dengan kenaikan harga barang bagai..
ReplyDeletekena buat solat hajat mohon naik gaji...huwawaaaaa~ T_T
Deletesambut new yaer...dok percik2 api tu...urm...smuanye pembaziran duit!barang naik....xmunasabah...urmm....
ReplyDeletebunga api tu la yg paling mahal sbnrnya -_-'
DeleteYa allah iye kak sally :(
ReplyDeleteSedih tengok umi bayar duit semua tu T_T
Jgn lah mendadak and serentak aduh :/
Qila yg masih sekolah cuma rasa tempias...
Deleteyang bekerja ni nak tanggung, rasa sesak nafas...
so, belajar rajin-rajin okay syg..?
Seriously tak suka bila harga barang naik. Yg pelik bila gaji penjawat awam naik je, dorg peniaga ni dah sibuk naikkan harga brg. bagi alasan kos tinggi. Ni nak naik harga lagi memang pengsan. Gaji kecik macam kita ni, nak menyimpan pun semput.
ReplyDeleteKerajaan kena ada mekanisme untuk mengawal harga barang yg naik ni. Janganlah bagi muka sangat kat para peniaga yg suka2 hati nak naikkan harga barang. Kerajaan kan pemerintah, dorg lah yg kena ketatkan arahan utk turunkan balik harga barang. adoi
yg naik gaji tu masih boleh bersyukur,
Deleteyang tak naik gaji sampai sudah ni ... botak kepala nak fikir :(
naik naik naik.. errrmmmm...
ReplyDeleteyg turun hujan je abg eraz :')
Deleterasa apa?
ReplyDeletehmm. makin stress.
well, same here aisya -_-'
Deleteerrmm.. ntah lah,.. naik ke tak, mama begitu jugak..
ReplyDeleteBoleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com
mgkn kurang effect kat mama kot...huhu ^_^
DeleteYe..mmg terasa gn semua kenaikan ni sally..mkn nasik kosong spdgn air kosong je la nnti..huhu
ReplyDeleterisau nak beli nasi pun takde duit nanti -_-'
Deleteemm stress..sabar je la
ReplyDeletesally pun sama stress asha :D
Deletemereka dan kita stress. tu yg jadi mcm tu... hurmm, luahkan pendapat je. tak salah. inikan negara demokrasi lah sangat...
ReplyDeletehuhuhu...amboi ayat! tersirat sangat!! ^_^
DeleteTak campur apa-apa keh keh keh ..
ReplyDeletebudak tecik mmg tak risau..hihihi ^_^
DeleteTerbeban!!
ReplyDeletesangat! tersangat beban -_-'
Deletesangat terasa kenaikan itu sally.. dengan rm10 apa saja barang yang mampu kita beli sekarang? semoga kerajaan buat sesuatu.. jangan biarkan rakyat terus menderita..
ReplyDeletejgn cakap rm10 kak...rm50 pun laju je gerak dia...macam air yg lupa tutup kepala pili... :(
Deletebetol tu sally..taraf hidup tak naik2 juga.. lagilah terasa pd mereka yg hanya bekerja kampung. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. hmm..
ReplyDeleteyang kat bandor ni...kais-kais tanah nak cari makanan -_-'
Deletebiarkan kena "serang" tu..sebab at least someone or ramai yang akan aware dengan realiti kehidupan sebenar rakyat di malaysia..tak boleh juga nak suka2 naikkan itu ini...lepas tu bila orang ramai kritik sedap je suruh pi duduk negara lain..amboii3..ahahaha
ReplyDeletepada ika, just be rational laa...bukan semua orang dalam malaysia ni orang senang...kalau semua benda nak naik...and gaji pun naik MENDADAK..itu logik laa...ada sesiapa nak naikkan gaji mendadak? fikir2 laa kan...yang ada kelulusan pun ada yang masih menganggur...benda macam tu fikir laa...susah juga kalau nak buat satu keputusan tanpa fikir kesan secara menyeluruh...nak fokus kat majukan ekonomi negara je payah juga...
betul...patutu kerajaan kena tau yg rakyat ni jugak la pemangkin kemajuan ekonomi...duit kita jugak yg buat bayar tax...huhuhu...entah laa...xtau nak kata apa....sedih! sadis!
DeleteSemua naik lahhh.. adoiii...
ReplyDeletejgn sally darah naik sudah -_-'
Deleteno komen kak sally. nie haa ada perhimpunan rakyat tp dikatakan perhimpunan haram. tak faham. kalau semua benda naik apa yang tinggal utk rakyat?
ReplyDeletetak boleh nak marah menteri ni...sbb tahap "bijak" dorang ZERO!
DeleteJom Sally! Keje part time dengan akak. Komisen RM3000-RM5000 sebulan!=) wasapp/sms 016-9561764
ReplyDeleteMacam best je kak Aimi...hehehe...
DeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!