Matrix Concepts Umumkan Projek Perumahan Teres Terakhir di Tiara Sendayan.

Sebut sahaja Tiara Sendayan mesti terbayang sebuah bandar serba lengkap yang digabungkan ke dalam harta tanah pegangan bebas kelas pertama terletak di sebelah 6,272 ekar Bandar Sri Sendayan.



Projek perumahan teres ini sangat hampir dengan segala-galanya yang memenuhi keperluan penduduk, termasuk pelbagai kemudahan runcit, hab pendidikan, pusat rekreasi luar, d’Tempat Country Club, X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan, Stesen Minyak, dan banyak lagi. Semua perkhidmatan ini sudah tersedia dan bakal memudahkan penduduk yang membeli hartanah di Tiara Sendayan.

Ini dapat dipastikan dengan bukti projek kediaman Matrix Concepts fasa sebelumnya, Tiara Sendayan telah habis dijual sepenuhnya semenjak 2018. Terbaru, projek perumahan teres terakhir, Matrix Concepts memperkenalkan kediaman dengan tanah yang luas serta landskap yang menarik. Ini ada peluang terakhir untuk menyertai komuniti Tiara Sendayan yang akan berada di Presint 14C3-A&B.



Kenapa harus memilih Tiara Sendayan fasa terakhir ini?
▪️ Tiada lagi kediaman teres satu atau dua tingkat akan dibina pada masa hadapan.
▪️ Ini peluang terakhir untuk memiliki Tiara Homes.
▪️ Kawasan presint mempunyai ruang hijau yang cukup besar di dalam dan di luar presint.
▪️ Sebuah kawasan kediaman yang sesuai untuk kehidupan seharian



Projek kediaman ini bakal mempunyai 336 kediaman dengan hartanah pegangan bebas. Kediaman teres ini dibina dengan keluasan lot antara 20' x 65' hingga 20' x 75', teres setingkat bermula pada saiz 1,056 kaki persegi dan dua tingkat bermula pada saiz 1,576 kaki persegi. Kediaman ini sangat sesuai untuk pembeli pembeli rumah kali pertama dan mereka yang mencari hartanah untuk pelaburan.

KEDIAMAN TERES TIARA SENDAYAN
- Terbahagi kepada Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan
- Saiz lot 20’ x 65’ (Setingkat), 20’ x 70 – 75’ (Dua Tingkat)
- Binaan dari 1,056 kaki persegi (Setingkat), 1,576 kaki persegi (Dua Tingkat)
- 336 unit dengan keluasan keseluruhan 20.54 ekar
- Lengkap dengan 3 Bilik + 2 Bilik Mandi (Setingkat), 4 Bilik + 3 Bilik Mandi (Dua Tingkat)
- Harga bermula dari RM225K (Setingkat), RM360K (Dua Tingkat)



ANTARA KEMUDAHAN YANG ADA DI TIARA SENDAYAN
  1. Central Park seluas 12 ekar yang menampilkan tasik yang indah, dengan kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuklah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gim, stesen parcourse, kawasan majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi.
  2. Semua pembeli Calia & Elara akan mendapat keahlian kelab percuma dari 2-5 penggal di d’Tempat Country Club yang mempunyai kolam renang saiz Olimpik, gimnasium, boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuash, dewan bankuet, bilik mesyuarat, spa, bar dan kafe.
  3. Sekolah Global Matrix yang dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara. Ianya terdiri daripada Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School.
  4. X-Park Sendayan yang merupakan tempat aktiviti terbesar di NS dengan 34 ekar menawarkan tarikan menarik untuk aktiviti bersama keluarga & rakan.
  5. Merchant Square, yang mempunyai 163 unit kedai dan pejabat dalam kawasan Carnelian Park. Ia juga turut dibina sebuah taman awam yang ditubuhkan oleh pemaju dengan 6.4 ekar tanah untuk beriadah dan pada masa hadapan, pusat membeli-belah akan dibina.
Untuk maklumat lanjut tentang Tiara Sendayan boleh layari lawan sesawang www.tiarasendayan.com.

Post a Comment

8 Comments

  1. Yeah!!! Bandar Sendayan memang awesome sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Bila la nak beli satu rumah kat sini. Best tu

    ReplyDelete
  3. Project baru ke ni?
    Berbaloi jugak projek ni, harap2 are promosi yg hebat2

    ReplyDelete
  4. Bila nak beli rumah ni.. Rumah dah cantik menarik dan dan saiz besar bagua tuk yg dah bekeluarga besar...

    ReplyDelete
  5. Cantik rumah kat sini, selesa dan banyak kemudahan ada kat sini. Memang berbaloi kalau sapa beli kan Sally..

    ReplyDelete
  6. kak ana pernah sampai area ni, memang cantik, tenang je kalau kadi penghuni Tiara Sendayan ni, kemudahan pun semua dah lengkap

    ReplyDelete
  7. Cantik cantik design rumah dekat Tiara Sendayan ni. Facilities pun banyak, Sesuai sangat untuk yg da bekeluarga nak rumah yang besar n selesa pada harga berpatutan

    ReplyDelete
  8. Cantik cantik rumah kat sini. Banyak pula tu kemudahan ditawarkan. Untuk penduduk Tiara Sendayan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!