The Indulgence Kembali Di Coolblog Dengan Perisa Baru!

Semasa zaman diploma dulu, Sally memang suka beli Coolblog, asal elaun masuk, mesti keluar Lotus's (dulu dikenali sebagai Tesco) untuk keluarkan duit di ATM lepas tu singgah beli air di CoolBlog. Kenangan betul sampai la sekarang! Kepada semua peminat Coolblog, bermula 13 April 2023, The Indulgence, antara siri minuman edisi terhad di Coolblog kini kembali!



Coolblog memang dikenali ramai dalam penghasilan pelbagai pencuci mulut dan minuman inovatif berinspirasikan citarasa tempatan dan antarabangsa untuk pelanggan, jadi tak peliklah kalau ramai yang ternanti-nanti The Indulgence untuk kembali dalam menu.

Nikmati menu terbaik The Indulgence seperti Triple Coffee Indulgence, Choctiramisu Indulgence, Lattecino Indulgence dan, menu baharu Cream & Cookies Indulgence yang dihiasi dengan sos karamel, mousse keju dan Lotus Biscoff!



Bukan itu sahaja, bersama dengan siri The Indulgence, Coolblog juga turut memperkenalkan kombo Caramelicious iaitu wafel dengan sapuan karamel masin (salted caramel) pada harga bermula RM7.90 dan popcorn karamel, yang bakal berada dipasaran tidak lama lagi. Memang gabungan yang sempurna!



Lattecino Indulgence boleh didapati pada harga bermula RM9.90 untuk 500ml, Choctiramisu Indulgence dan Cream & Cookies Indulgence pada harga bermula RM10.90 untuk 500ml, RM11.90 untuk 700ml, dan Triple Coffee Indulgence pada harga bermula RM10.90 untuk 700ml.



Secara peribadi, Sally suka dengan gabungan kopi dan sos karamel masin dalam Triple Coffee Indulgence. Rasa manis pahit yang sekata dan yang paling best sebab ada Lotus Biscoff sebagai topping. Jadi, kepada peminat-peminat Coolblog, jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri pelbagai jenis minuman dan pencuci mulut berperisa karamel bersama rakan dan keluarga ketika berbuka nanti.



Risau tidak dapat mencari Coolblog berdekatan korang? Pesan sahaja minuman kegemaran melalui perkhidmatan penghantaran makanan e-hailing seperti foodpanda, Grab Food dan Shopee Food dan tunggu sahaja ianya sampai ke depan pintu rumah kita! Jangan lupa follow Coolblog di Facebook dan Instagram untuk info terkini!

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!