Kieslect Lady Calling Watch Lora; Smartwatch Terbaik Untuk Wanita.

Melengkapkan telefon pintar, sekarang ini ramai yang memilih untuk menggunakan jam tangan pintar (smartwatch). Sejujurnya Sally sendiri lebih selesa dengan smartwatch sebab selain daripada fungsinya yang pelbagai, smartwatch juga memudahkan kerja seharian contohnya untuk membaca SMS, mendengar muzik, dan macam-macam lagi termasuklah dalam pengurusan kesihatan juga.

Beberapa minggu lepas, Sally ternampak satu jenama smartwatch yang pada Sally sangat menarik sebab selain daripada rupa bentuk yang agak feminin, ianya juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik dan menjadikan mudah untuk kita mengendalikan semua keperluan, hanya dengan menggunakan jam tangan.



Dengan lebih 5,000 lokasi runcit di lebih 60 negara, jenama Kieslect memang antara jenama smartwatch yang boleh dipercayai. Sejak penubuhannya sekitar tahun 2017, Kieslect telah bekerjasama dengan pembekal teknologi terkemuka supaya dapat menyediakan produk yang berkualiti. Kieslect mempunyai lebih daripada 600 orang pekerja di seluruh dunia, dan semua produknya diperakui dengan pensijilan CE, RoHS, FCC, dan UKCA, membuktikan kebolehpercayaan jenama ini dan kualitinya.

Sepanjang wujudnya Kieslect, daya kreativiti mereka dengan menggabungkan teknologi wayarles termaju dengan estetika yang bergaya dan pemahaman yang mendalam tentang permintaan pasaran, mereka pernah memenangi pelbagai anugerah antaranya Red Dot Design Award, iF Design Award, dan German Design Award.



Kieslect mempunyai pelbagai siri jam tangan pintar yang mempunyai ciri dan reka bentuk tersendiri yang disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup dan trend fesyen. Disebabkan Sally dah ada jam tangan pintar yang agak sporty sebelum ini, Sally beli Kieslect Lady Calling Watch Lora.

Menariknya Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan dalam 3 pilihan warna pastel yang sangat feminin; Merah Jambu, Emas dan Ungu, yang lebih mesra pengguna untuk pengguna wanita. Untuk keluar daripada warna kebiasaan, Sally pilih ungu. Sally suka sangat dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora sebab tali dia magnetik, jadi mudah untuk digunakan dan disertakan dengan sepasang tali berona merah jambu secara percuma. Jadi Sally boleh tukar-tukar tali mengikut kepada keadaan dan majlis.



Kieslect Lady Calling Watch Lora mempunyai mikrofon dan pembesar suara untuk panggilan telefon yang jelas, serta sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil untuk sambungan yang lebih kuat. Skrinnya pula merupakan skrin 3D Full View Colorful Display, lebih besar dan lebih terang, seperti melihat menggunakan kaca pembesar. Kieslect Lady Calling Watch Lora menggunakan Sarung Aluminium Tanpa Pudar menampilkan rupa yang bergaya selain diperbuat daripada aloi aluminium tahan pudar.

Untuk mereka yang suka bersenam dan mendengar muzik, dengan sambungan High Definition Music Playlist on Wrist, kita boleh dengar muzik kegemaran hanya daripada jam tangan kita. Bukan itu sahaja, Kieslect Lady Calling Watch Lora dilengkapi dengan lebih daripada 70 mod sukan, termasuk kiraan kalori dan langkah.

Kieslect Lady Calling Watch Lora juga ada AI Voice Assistant tau, kalau Apple ada Siri, Kieslect Lady Calling Watch Lora juga ada fungsi yang sama, jadi kita boleh sebut sahaja untuk navigasikan jam tangan kita, menarik kan?

Kieslect Lady Calling Watch Lora juga dilengkapi dengan Pemantauan Kadar Jantung, SPO2, Analisa Paten Tidur, kiraan kalori dan Peringatan Mengenai Haid. Pendek kata Kieslect Lady Calling Watch Lora memang kawan baik semua wanita la!



Kieslect Lady Calling Watch Lora menggunakan cip panggilan Teras 2-dalam-1, lebih kurang sama dengan Apple dan Samsung. Ini meningkatkan hayat bateri 30% lebih baik daripada dual chip, jadi ianya lebih cekap tenaga dan boleh tahan lama. Kieslect Lady Calling Watch Lora turut dilengkapi dengan rintangan air IP68 (kalis air tapi tidak boleh digunakan untuk berenang, mandi, luncur air), penggera, kalkulator, lampu suluh dan butang SOS. Ini hanya sebahagian daripada ciri-ciri tambahan yang kadangkala kita tak terfikir ada di dalam smartwatch kita.



Kepada kaum lelaki, jangan risau, walaupun Sally memang suka dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora, Kieslect turut hadir dalam model Kieslect Calling Watch Ks, dengan 100 mod sukan, dan Ujian Tekanan serta Ujian Emosi serta model Kieslect Calling Watch Kr Pro dengan 70 mod sukan.

Jangan risau kalau ada masalah dengan jam tangan kita sebab *KIESLECT menawarkan perlindungan jaminan gantian selama setahun. Pemilik jam boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dalam tempoh setahun selepas pembelian dengan produk yang serba baharu. Walau bagaimanapun, KIESLECT mempunyai hak untuk menolak untuk menggantikan produk jika kerosakan disebabkan oleh kesilapan manusia.

Sebagai seseorang yang mementingkan gaya hidup, Sally memang suka sangat dengan prestasi Kieslect Lady Calling Watch Lora, walaupun saiz dia agak besar dengan tangan Sally yang agak gebu kecil ini, tapi skrin paparan dia memang sangat memuaskan hati selain daripada Sally dapat warna ungu pastel yang lain daripada yang lain, umum tahu smartwatch selalu warna hitam atau putih sahaja kan. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi jika kita nak dapatkan jam tangan pintar yang dengan budget yang sederhana.

@sally.jung Jam cantik macam tuan dia 😆 Sally mmg pengguna smartwatch yg tegar. Beberapa minggu lepas, Sally ternampak satu jenama smartwatch yang pada Sally sangat menarik sebab selain daripada rupa bentuk yang agak feminin, ianya juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik dan menjadikannya mudah untuk kita mengendalikan semua keperluan, hanya dengan menggunakan jam tangan. Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan dalam 3 pilihan warna pastel yang sangat feminin; Merah Jambu, Emas dan Ungu, yang lebih mesra pengguna untuk pengguna wanita. Sally suka sangat dengan Lora sebab tali dia magnet, jadi mudah untuk digunakan dan disertakan dengan sepasang tali berona merah jambu secara percuma. Jadi Sally boleh tukar-tukar tali mengikut kepada keadaan dan majlis. Lora ada byk sangat features yg menarik antaranya mikrofon dan pembesar suara untuk panggilan telefon yang jelas, sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil, skrin 3D Full View Colorful Display, High Definition Music Playlist on Wrist, dan dilengkapi dengan lebih daripada 70 mod sukan, termasuk kiraan kalori dan langkah. Ada lagi byk features Lora korang boleh baca dekat blog, link ada pada bio Sally ok? (Ada kod diskaun untuk pembelian dalam blog 😋). Pendek kata Lora memang kawan baik semua wanita, rugi kalau tak dapatkan! #kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness ♬ original sound - 샐리 | Sally 💕

Kalau korang berminat juga, boleh dapatkan jam tangan pintar Kieslect daripada laman e-dagang rasmi Shopee (https://shopee.com.my/kieslect.os). Istimewa untuk yang membaca ini, ada diskaun kalau guna kod;

KIESLORA - Diskaun RM5 untuk Kieslect Lady Calling Watch Lora
KIESKS - Diskaun RM10 untuk Kieslect Calling Watch Ks
**Kod ini hanya boleh digunakan di Shopee sahaja

LAMAN SOSIAL RASMI KIESLECT
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia

#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia
#smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness

Post a Comment

1 Comments

  1. Cantik kan Cik Lora warna purple ni. iena suka design dia. Paling best magnetic strap. senang nak pakai n bukak :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!