PPZ-MAIWP Lancarkan Kempen Ramadan Anugerah Terindah.

Ramadan dan zakat sentiasa menjadi antara intipati penting kepada umat Islam, ada yang menggunakan Ramadan sebagai haul untuk mengira bulan bagi membayar zakat (selain daripada zakat fitrah) kerana sinonimnya bulan suci Ramadan dengan rukun Islam ke-4 itu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) turut melancarkan Kempen Ramadan Anugerah Terindah yang akan berlangsung sepanjang Ramadan 1444H. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman dan turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan.



PPZ-MAIWP Lancarkan Kempen Ramadan Anugerah Terindah

Tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk memberi galakan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah zakat di bulan Ramadan selain menguar-uarkan perkhidmatan dan saluran bayaran serta program-program menarik anjuran PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan tahun ini.

Bertemakan “Ramadan Anugerah Terindah”, PPZ-MAIWP ingin menarik minat pembayar zakat dan asnaf menjadikan Ramadan pada tahun ini paling indah dengan ketakwaan dan kasih sayang sesama insan melalui berkongsi rezeki dan meringankan beban mereka yang memerlukan.



Istimewa kempen kali ini, PPZ-MAIWP menyediakan saluran bayaran untuk orang ramai berwakaf. Untuk makluman, bermula Disember 2022, PPZ-MAIWP telah diberi kuasa untuk mengutip wakaf di Wilayah Persekutuan.

Pembayaran Wakaf Tunai boleh dilaksanakan melalui:
➔ Portal - https://wakafppz.com.my
➔ Kaunter Zakat dan Wakaf Bergerak

Sebagai galakan, PPZ-MAIWP turut menawarkan lebih 1,000 hadiah menarik khas buat pembayar zakat yang menunaikan zakat harta, fitrah dan wakaf tunai di PPZ-MAIWP melalui saluran bayaran yang disediakan. Antara hadiah yang ditawarkan antaranya Pakej Umrah, Set Solat Eksklusif, Jam Buruj, Telefon Pintar Berjenama, iPad, baucar makanan dan banyak lagi.



PPZ-MAIWP turut menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang ramadan seperti Vibe Ramadan Tadabbur Al-Quran, Bual Bicara, Program Turun Padang, Doa Senjata Mukmin dan Kuiz Interaktif Zakat serta banyak lagi pengisian ilmiah. Boleh layari dan ikuti laman sosial rasmi Facebook, Instagram, serta TikTok Pusat Pungutan Zakat bagi mengikuti perkembangan terkini dan informasi menarik.

Saluran Pembayaran Zakat PPZ-MAIWP

Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu "Memudahkan Anda Bezakat” pelbagai saluran disediakan bagi memudahkan urusan bayaran zakat. Antara perkhidmatan dan saluran bayaran sepanjang Ramadan:

➔ Portal PPZ-MAIWP - fitrah.zakat.com.my

➔ Amil Fitrah
- 921 penolong amil fitrah di seluruh Wilayah Persekutuan
- 10 kaunter PPZ-MAIWP, masjid-masjid, surau-surau dan pasaraya

➔ Ejen-ejen online kutipan PPZ-MAIWP
- 15 perbankan internet
- E-Wallet - Boost, Shopee, Tulus, GoPayz, The Noor, Raiz
- Online Portal — senangPay, MyEG, PayHalal, MyPay, Elzar Shariah, AI Amin dan MyVerify.

➔ Kaunter PPZ-MAIWP
Untuk makluman, kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari dibulan Ramadan (termasuk cuti umum). Waktu urusan kaunter: 8.15 pagi - 4.30 petang (Sepanjang Ramadan) | 8.15 pagi - 12.30 tengahari (Hari Terakhir Ramadan)



➔ Portal - zakat.com.my (kira, bayar, semak)

➔ Aplikasi MyZakat

➔ Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB)

➔ Door To Door (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital - Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal & tidak ada masa ke kaunter.Tempahan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my

➔ Ejen-ejen Kutipan Zakat - Perbankan Internet, Kaunter Bank, Pos, E-Wallet, Firma-firma & Lain-lain

PPZ-MAIWP menyeru semua masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita ini agar asnaf-asnaf ini dapat disantuni dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri seperti umat Islam yang Iain.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.zakat.com.my/ramadan2023 atau hubungi di talian 1300 88 5757 atau emel kepada info@zakat.com.my

Post a Comment

6 Comments

  1. Marilah tunaikan kewajipan 👍😁

    ReplyDelete
  2. Yang berkemampuan wajib tunaikan zakat tau!

    ReplyDelete
  3. Terbaik PPZ.. Banyak kempen sempena Ramadan ni..

    ReplyDelete
  4. Bagus adanya kempen macam ni 👍🏼

    ReplyDelete
  5. Bagus PPZ. Jom gandakan pahala. Mana tahu ada rezeki menang salah satu hadiah kan 😊

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!