Bibir Mungil Dan Sihat dengan HER BEAUTY 'Fire & Ice Lip Booster Serum'.

Bila tengok bibir Angelina Jolie, terus rasa cemburu, dah la elok terletak, mungil dan sihat pula tu. Dengan keinginan yang sama, selebriti Nynaa Harizal meneroka pasaran kosmetik Malaysia dengan memperkenalkan produk inovatif ‘Lip Booster Serum’ pertama keluaran jenama ‘Her Beauty’ yang setanding jenama antarabangsa namun dengan harga mampu milik.

Fire & Ice Lip Booster Serum merupakan produk rawatan bibir yang dicipta dengan teknologi tinggi yang turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.



Di majlis pelancaran itu juga, tayangan perdana iklan televisyen komersial ‘Her Beauty’ yang diterbitkan khas sebagai strategi pemasaran bagi mempromosikan produk kosmetik Fire & Ice Lip Booster Serum turut dipertontonkan kepada barisan media secara rasminya.

Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ berkata, beliau tidak mahu mengeluarkan produk yang bersifat ‘syok’ sendiri, ini dapat dibuktikan dengan proses R&D yang telah berjalan hampir setahun (semasa beliau sedang mengandungkan anak pertamanya).



“Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik. Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa.’’



Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.

Serum Fire yang diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur akan memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat.

Manakala serum Ice pula diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan yang akan memberikan cooling effect selepas penggunaan serum Fire untuk memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah.



Dipasarkan dengan harga runcit mampu milik serendah RM44.90 sekotak, produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama.

Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi laman web rasmi di www.herbeauty.com.my atau platform media sosial Instagram @myherbeauty atau Tiktok @myherbeauty ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar. Semoga Her Beauty Fire & Ice Lip Booster Serum dapat bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!