GKB Bantu Bekalkan Faedah Probiotik untuk Kesihatan.

Memasuki umur 30-an, Sally mula rasa yang kadar metabolisma badan semakin berkurang dan susah untuk mengekalkan tahap kesihatan pada tahap yang maksimum. Benda yang paling Sally risaukan ialah timbul pelbagai jenis penyakit jika tahap kesihatan Sally tidak terlalu baik.

Baru-baru ini Sally ternampak satu produk yang viral di TikTok yang mana Sally sebenarnya pernah makan beberapa bulan yang lepas. Masa awal-awal tu rasa macam tak ada kesan sebab Sally makan hanya sekadar makan tanpa pengetahuan yang baik tentang produk tersebut.

Bila Sally mula kenal dengan jenama GKB, yang mana produknya memfokuskan kepada faedah probiotik seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan Vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita, barulah rasa bersemangat nak konsisten.



Kepada yang pertama kali dengar tentang GKB, GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) mula ditubuhkan pada tahun 2018 yang merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. GKB ingin mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan, namun pada harga yang mampu milik.

Di GKB mereka menawarkan kebaikkan kultur probiotik dan cendawan, yang mana penemuan ini telah dikembangkan oleh 145 orang penyelidik. GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan.

Bakteria baik ini dapat meningkatkan fungsi fisiologi dan membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan, jadinya kepada mereka yang ada masalah dengan metabolisme dan imuniti, sembelit dan cirit-birit memang sangat disarankan untuk mencuba amalkan produk keluaran GKB.



GKB sentiasa memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, 1S022000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk mereka sentiasa pada tahap yang tertinggi. Sally nak kongsikan 5 produk yang Sally gunakan, termasuklah produk yang Sally kongsikan dengan ibu.

↪ GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 (Untuk pengurusan berat badan)

Kalau korang perasan, inilah produk yang Sally pernah makan sebelum ianya viral baru-baru ini. Sebagai seorang food reviewer, berat badan naik memang menjadi kebimbangan Sally, lagi-lagi bila Sally ada arthritis ni, bila naik badan mendadak mula la lutut sakit.



Kalau korang nak tau, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 merupakan satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol, trigliserida).

Secara mudahnya, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 memang sangat membantu dalam pengurangan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisma badan, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing, serta meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.



Sally baru makan hampir sebotol, rata-rata orang komen yang nampak Sally sedikit susut. Walaupun la baru 2kg sahaja hilang, tapi boleh rasa perbezaan sebab rasa lebih bertenaga semasa lakukan aktiviti seperti biasa.

Walaupun kesan pada Sally agak ketara, tapi hasil mungkin berbeza mengikut tahap metabolisma badan kita dan juga gaya hidup kita. Jadinya kepada korang yang mencari alternatif untuk menurunkan berat badan, tanpa perlu berlapar, boleh la amalkan.

↪ GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus (Untuk kesihatan kulit)



Produk kedua yang paling Sally suka ialah Lactobacillus Rhamnosus Plus, sebab sebelum ini Sally ada masalah kencing kotor dan juga batu karang dalam buah pinggang. Sampai masuk wad la tahun lepas selepas kena sepsis di paru-paru dan juga saluran kencing. Kesan daripada itu, muka Sally pun timbul banyak jerawat yang mencacatkan penampilan.

Lactobacillus Rhamnosus Plus memang sangat disarankan untuk wanita sebab boleh membantu mencegah masalah jangkitan kuman seperti UTI, sejenis jangkitan pada bahagian saluran kencing, meningkatkan imuniti badan dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Sally memang tak tinggal langsung dan sentiasa pastikan ada satu dua sachet dalam beg. Walaupun belum nampak kesan terhadap jerawat, tapi memang terus konsisten.

↪ GKB Probizymes (Untuk Mengurangkan Gastritis, Masalah Penghadaman, Pencernaan)




Kepada yang ada masalah gastritis, eloklah amalkan Probizymes. Ini produk ketiga yang Sally amalkan sebab Sally memang dah ada GERD sejak 5 tahun lepas. GERD adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus. Sally bila terkena GERD atau asid refluks, memang akan terbaring seharian selagi tak dapat muntahkan segalanya.

Dengan amalkan Probizymes, Sally dapat menangani masalah kembung perut, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan. Orang tua kata rasa ringan sebab tak ada angin terkumpul dalam badan. Probizymes diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak.


Tekstur Lactobacillus Rhamnosus Plus, Probizymes dan Probio+

↪ GKB Probio+ (Untuk kesihatan usus setiap hari)

GKB Probio+ basically untuk mereka yang selalu ada masalah sembelit atau cirit-birit. Di dalamnya terkandung 5 jenis bakteria probiotik serta 4 jenis prebiotik, yang boleh membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Kombinasi probiotik dan prebiotik memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti.



Kelebihan utama probiotik GKB ialah teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul mereka. Kalau korang nak tahu, GKB ialah satu-satunya syarikat makanan tambahan kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya (macam angkasawan punya spacesuit), untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.

Selain itu, probiotik mereka yang dalam sachet berbentuk granul (mudah larut) juga dapat membantu mengurangkan risiko tersedak dan tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman kegemaran seperti jus buah-buahan.

↪ GKB G-Pro Gold (Untuk Mengurangkan Sembelit)

GKB G-Pro Gold memang sesuai untuk orang yang ada masalah sembelit, mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Mereka yang selalu ada masalah saluran gastrousus, contohnya macam sembelit atau cirit-birit yang teruk (sampai dehidrasi), boleh amalkan G-Pro Gold.



Sally belikan untuk ibu dan abang sebab mereka memang ada masalah sembelit, G-Pro Gold mampu meningkatkan pH dan rembesan usus, menjadikan usus lebih kuat dan mengurangkan masalah keradangan usus. Kepada yang ada masalah sakit perut atau kembung perut dan lain-lain masalah usus, elok sangat amalkan.

Selain daripada pengambilan makanan tambahan daripada GKB, adalah lebih baik untuk kekalkan juga gaya hidup sihat untuk hasil yang lebih baik. Makan suplemen bukan alasan untuk kita tidak menjaga pemakanan kita. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan?

Produk-produk GKB boleh didapati di semua cawangan farmasi besar di Malaysia seperti:
Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk senarai lokasi farmasi yang dikemaskini, boleh layari www.mygkb.com/Article/Detail/1188. Layari laman sesawang www.mygkb.com untuk maklumat berkenaan produk-produk keluaran GKB yang berada dipasaran.

Facebook: www.facebook.com/mygkb
Instagram: www.instagram.com/mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia
YouTube: https://youtube.com/@mygkb01


@sally.jung Bakteria sihat? Bakteria baik? 🦠🔬 Haaaa...Probiotik atau selalu kita gelarkan bakteria baik, ialah satu "komuniti" yg melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Sebab itu kita kena ambil probiotik supaya badan kita kekal sihat, bukan sekadar usus semata. Baru-baru ini viral tentang produk keluaran GKB yg mampu menurunkan berat badan, fuhhh..bila tengok-tengok blk rupanya ada byk jenis produk utk pelbagai jenis masalah kesihatan yg berlainan, terutamanya sembelit, gastrik, dan masalah kulit. Sally nak kongsikan 5 produk yg Sally rasa wajib korang cuba, mostly mmg utk masalah yg common; ↪ GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 (Untuk pengurusan berat badan) ↪ GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus (Untuk kesihatan kulit) ↪ GKB Probizymes (Untuk Mengurangkan Gastritis, Masalah Penghadaman, Pencernaan) ↪ GKB G-Pro Gold (Untuk Mengurangkan Sembelit) ↪ GKB Probio+ (Untuk kesihatan usus setiap hari) 5 produk ini pada Sally mmg sgt berbaloi utk diamalkan secara berterusan. Sally sendiri konsisten amalkan 3 jenis, utk masalah berat badan dan metabolisma, masalah jerawat dan kencing kotor (UTI) dan masalah angin dan Gerd. More info ada dekat blog tau! @gkbmsia #gkbinternational #gkbsoftiaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit ♬ Cupid (Twin Ver.) - FIFTY FIFTY

#gkbinternational #gkbsoftiaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit

Post a Comment

7 Comments

  1. Bagus semua product GKB ni kan. Akak pon dah amalkan yg merah tu jugak!

    ReplyDelete
  2. Wah. Nampak macam menarik. Boleh cuba nih

    ReplyDelete
  3. Yang viral tu, nad pun terjebak.. Lepas tu ambik yang lain juga untum kesihatan usus dan perut

    ReplyDelete
  4. Banyak manfaat pada setiap produk gkb ni.. mcm zaza ada sembelit boleh la consume kan

    ReplyDelete
  5. Lepaa bersalin nanti saya nak amalkan GKB Lactobacillus Plantarum juga lah. Banyak manfaat.

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar brand ni. Tapi probiotik memang bagus ambil 👍🏻

    ReplyDelete
  7. Pernah dengaq pasal GKB, tapi belum pernah try

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!