Bufet Ramadan 2023 | The Venue Shah Alam..Sangat Berbaloi.

Warga Shah Alam yang sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa, Sally nak cadangkan satu lokasi menarik yang menyajikan pelbagai jenis juadah yang semestinya sesuai untuk semua lapisan umur.


Untuk Ramadan 1444H, The Venue kembali dengan Bufet Ramadan yang diadakan di Astana Wedding Place & Fuction Space. Lokasinya yang strategik di Seksyen 14 sangat memudahkan untuk diakses pada waktu berbuka puasa dan mempunyai ruang parkir yang banyak.

Bertemakan Sparkle Journey of Ramadan, The Venue Shah Alam ingin mengimbau kenangan manis kampung halaman dengan hidangan istimewa. Mereka membawakan menu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia dan semestinya sesuai untuk pelbagai bangsa.





Bufet Ramadan The Venue Shah Alam menawarkan lebih daripada 80 menu untuk dinikmati selain menyediakan beberapa stall yang terdiri daripada:
Portugese Seafood Grilled
Baa baa black Sheep - Grilled Lamb
Little India - Chicken Dum Beriani
Mek Kelate Corner
Pasta Live Cook
Aroi Thai - Mee Celup, Tom Yam & Kerabu Maggi



Bakar bakar - Satay



Apam Balik Tok Ri



Fresh Brew Coffee Latte

Lauk pauk seperti Daging Masak Lemak Cili Padi, Lala Masak Pedas, Ayam Percik Bali, Daging Kerutuk, Ayam Masak Cabai, Kerabu Mangga dan Terung Berlado bakal dihidangkan setiap hari untuk semua pengunjung.

BERITA BAIK BUAT SEMUA PELANGGAN! The Venue juga bukan sahaja menyajikan makanan yang pelbagai, tetapi pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah Motosikal Modenas & pelbagai hadiah menarik!



BUTIRAN BUFET RAMADAN THE VENUE SHAH ALAM

Harga: RM75/pax (Dewasa), RM60/pax (Warga Emas), RM48/pax (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)
RM700/meja (untuk 10 orang dewasa).

Tarikh: 23 Mac - 20 April 2023
Lokasi: Astana Wedding Place, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Masa: 6.00pm - 9.30pm


Tahun ini juga sekali lagi The Venue Shah Alam membuka slot infak kepada mereka yang mahu berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan. Terdapat 2 pilihan infak sama ada tempahan untuk 10 penerima, atau 5 penerima. The Venue Shah Alam akan menyalurkan infak kepada asnaf, pelajar tahfiz, anak yatim dan mereka yang memerlukan untuk memenuhi jemputan di bufet The Venue Shah Alam. Link tempahan untuk tajaan dan infak : https://buffetramadantvsa.wasap.my/



Secara peribadi, Sally sangat suka dengan makanan yang disajikan The Venue Shah Alam terutamanya lauk pauk berkonsepkan masakan kampung, menu-menu Thai di stall Aroi Thai macam Mee Celup, Tom Yam & Kerabu Maggi, dan paling gembira mestilah sebab ada Fresh Brew Coffee Latte.

Kuih muih yang ada pun memang sedap, kek dia pun sama. Kat sini pun ada Nasi Kerabu, Nasi Beriani selain daripada nasi putih dengan lauk pauk yang pelbagai. Pendek kata dengan hampir 80 jenis menu, memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam untuk maklumat lanjut dan untuk tempahan, boleh hubungi mereka di https://buffetramadantvsa.wasap.my/

Post a Comment

1 Comments

  1. Berbaloi sungguh bawa keluarga makan kat sini kan.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!