Busana Raya daripada Chenta Lunar Serikan Aidilfitri.

Butik Chenta Lunar, Seksyen 7, Shah Alam | Ramadan 1444H sudah pun menjengah kita, dalam kita mengejar pahala, tidak salah rasanya kalau kita luangkan sedikit masa untuk mencari kelengkapan Aidilfitri. Bukannya ingin terlalu bersedia, tapi kalau buat persiapan awal banyak faedahnya, terutama sekali saiz baju masih banyak dan boleh buat pilihan!



Seksyen 7, Shah Alam sangat sinonim dengan kawasan butik-butik dalam talian membuka kedai fizikal mereka untuk memberikan pengalaman membeli belah yang lebih dekat dengan pelanggan. Tidak terkecuali, Butik Chenta Lunar juga telah membuka butik mereka di Seksyen 7, Shah Alam, betul-betul berhadapan dengan JAKEL dan juga ZUS Coffee.

Istimewanya di Chenta Lunar, mereka menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua. Celestial membawa maksud cakerawala atau syurgawi, metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman. Untuk wanita dan ibu-ibu yang mencari pakaian baru sempena Hari Lebaran, wajib datang sini.



Butik Chenta Lunar mula beroperasi sekitar Oktober 2022, diinspirasikan oleh seorang wanita yang bersemangat dalam usaha untuk bangkit selepas pandemik, di samping mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar mudah menarik perhatian orang ramai.



VARIASI BUSANA SEMPENA AIDILFITRI

Di Butik Chenta Lunar, mereka membawakan variasi busana untuk Aidilfitri seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Bukan setakar baju untuk raya tau, kalau nak cari baju korporat atau baju kasual seperti dress labuh, pakaian untuk ke pejabat, kardigan, atau jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif untuk lelaki turut dijual. Kira macam pusat sehenti untuk mencari pakaian Raya bagi sekeluarga.



Selain itu, Chenta Lunar turut mengambil tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju pengiring pengantin perempuan, baju graduasi dan baju korporat. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah.

PROMOSI HARI RAYA

Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023, baju raya Ibu & Anak dengan harga RM150 ke bawah telah dilancarkan. Haaaa masa inilah nak rebut peluang untuk berjimat namun mampu bergaya dengan konsep “Mother Daughter Type”. Senang kan bila nak pilih yang sedondon bila segalanya di bawah satu bumbung.



Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya turut disediakan. Perkhidmatan yang jarang-jarang ditawarkan oleh butik lain, memberikan kelainan kepada Butik Chenta Lunar.

Tambahan lagi, istimewa untuk pelanggan yang berbelanja melebihi RM150 dan keatas, boleh dapat percuma scrunchies yang dijahit sendiri oleh Butik Chenta Lunar.



Tidak terhad kepada baju raya, kalau ada yang mencari kuih raya atau hamper Hari Raya, boleh juga menempah dengan Butik Chenta Lunar.



Di Butik Chenta Lunar juga tersedia tudung, shawl serta aksesori yang boleh melengkapkan penampilan kita. Psssst, beg-beg dia semua cantik tau!



Terletak bersebelahan dengan PKNS Biz Point, Butik Chenta Lunar beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam (Isnin tutup). Sepanjang Ramadan, butik akan dibuka daripada jam 11.00 pagi sehingga jam 10.30 malam. Untuk maklumat lanjut serta promosi terbaru Chenta Lunar, boleh hubungi 019-7542705.



Alamat: 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam
Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar
Instagram: www.instagram.com/chentalunar
Tiktok: www.tiktok.com/@chentalunar

#BCL #ChentaLunar #ChentaRaya2023 #BajuRaya2023 #BajuKurung

@sally.jung Tgh cari baju Raya ke tuu? 👗👜 Haaa...kalau korang ada di sekitar Seksyen 7, Shah Alam yg sgt sinonim dengan kawasan butik-butik dalam talian membuka kedai fizikal mereka, korang wajiblah terjah butik @chentalunar. Lokasi dia sgt strategik, betul-betul berhadapan dengan JAKEL dan juga ZUS Coffee. Dekat sini baju semuanya up-to-date, plus dah macam one stop center sbb ada baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan ada kurta utk lelaki pun. Best kan pergi satu tempat ada semuanya! Mula Ramadan, ada promosi utk baju sedondon ibu dan anak serendah RM150, ada baju sepasang yg berharga RM100 dan yg best kalau shopping RM150 keatas, boleh dapat hadiah istimewa. Kat sini pun ada kuih Raya dan hamper Raya juga. Boleh tempah awal kalau berminat! Butik Chenta Lunar beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam (Isnin tutup). Sepanjang Ramadan, butik akan dibuka daripada jam 11.00 pagi sehingga jam 10.30 malam. Untuk maklumat lanjut serta promosi terbaru Chenta Lunar, boleh hubungi 019-7542705. 📌 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam #BCL #ChentaLunar #ChentaRaya2023 #BajuRaya2023 #BajuKurung ♬ Bersama Di Hari Raya - Cenderawasih

Post a Comment

2 Comments

  1. Lawa and trendy baju baju kat situ. Senang nak cari baju sedondon

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahhh...comel gila kot baju budak...ishhh gewammm

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!