Beli telekung di Sistergojes Empire sempena Ramadan, boleh didapati di AEON.

Sejak PKP memang dah menjadi rutin Sally, bila nak menjengah Ramadan, Sally akan beli sepasang dua telekung baru. Bukan untuk menunjuk semasa Terawih ke apa tapi pada Sally, masa Ramadan biasanya kita LEBIH sikit semasa beribadah, jadi supaya tak kotor atau berbau, Sally pastikan ada extra telekung. Masa kerja kita tak pakai telekung yang sama 5 kali sehari, tapi bila ada di rumah, memang sepanjang masa guna telekung sama.

Telekung bila kita dah pakai lama, biasanya mula lusuh, kain dah tak boleh nak ikat, getah dah renggang dan macam-macam lagi sebab itu Sally selalu beli telekung setahun sekali supaya sepanjang tahun ada beberapa pasang untuk ditukar-tukar. Lagipun nak jumpa dengan Pencipta kita, apa salahnya kalau pakai "cantik-cantik" sikit kan?





Kebetulan semasa Sally mencari baju bayi untuk kawan Sally yang baru selamat melahirkan, Sally ternampak koleksi Telekung daripada SisterGojes. Memang panjang langkah Sally terus la tengok-tengok mana tahu ada yang berkenan, boleh beli terus. Bukan tak boleh beli secara online, tapi bila beli secara terus seronok sikit sebab mudah nak belek satu-satu material, pilih yang mana sesuai.



SisterGojes bukan sahaja ada telekung, tetapi ada juga menjual pelbagai produk seperti jubah, inner tudung dan juga sarung tangan (hand socks). Daripada yang Sally baca, mereka memfokuskan telekung yang diambil dari Vietnam dan Indonesia.

Yang paling Sally kagum sebab produk mereka boleh didapati di AEON, bukan hanya terhad di platform atas talian seperti Shopee (https://shope.ee/6f9GYVzKID). Telekung mereka pun tidak terhad kepada telekung dewasa, tetapi ada juga pilihan untuk kanak-kanak. Harga pun sangat la berbaloi dengan kualiti yang mereka berikan.





Selepas puas pilih, satu persatu Sally cuba, akhirnya yang warna kelabu ini yang menjadi idaman kalbu. Kain dia tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Bahagian muka pun sangat sesuai dengan wajah Sally, memang elok terletak. Corak pun cantik dan tidak keterlaluan. Walaupun belum Ramadan, Sally dah rasmikan dulu dah, tak tahan nak tunggu sampai Ramadan.





Telekung-telekung mereka menjadi pilihan ramai kerana berkualiti tinggi, harga mampu milik dan selesa dipakai. Menariknya, pemilihan telekung dibuat berdasarkan corak, warna dan kualiti yang tinggi supaya dapat memuaskan hati pembeli dan menarik minat serta kepercayaan kepada produk Sistergojes Empire.

Kurang daripada sebulan lagi kita dah nak berjumpa dengan Ramadan, jadi kalau korang mencari telekung yang premium tetapi dengan harga yang berbaloi, bolehlah cuba riki-riki telekung di AEON ataupun Shopee. Senarai outlet AEON ada Sally letak di bawah:

AEON Tebrau
AEON Permas
AEON Bandar Dato Onn
AEON Taman Universiti
AEON Taiping
AEON Nilai
AEON Shah Alam
AEON Wangsa Maju
AEON Taman Maluri
AEON Kuching Sentral
AEON Cheras Selatan

Istimewa sehingga 31 Mac 2023, pihak SisterGojes Empire mengadakan kempen Gojes Premium Bonnanza Lagi Onzzz yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM9999 tau! Cara nak sertai pun mudah sangat;

❤ Beli mana-mana produk premium SisterGojes dengan menggunakan kad debit atau kredit, kemudian perhatikan Approval Code pada resit.
❤ 2 digit atau 3 digit nombor terakhir yang sama bakal melayakkan korang memenangi wang tunai! Sebagai contoh (APcode R72111, 3 digit akhir sama bersamaan RM111)
❤ Sah di semua premis pempamer SisterGojes di AEON Kuala Lumpur, Nilai, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru dan Kuching.
❤ Jangan lupa 'Like & Follow' laman rasmi Facebook dan Instagram serta simpan resit pembelian jika menang.

Instagram ➤ https://www.instagram.com/gojesmy_premium/
Facebook ➤ https://www.facebook.com/telekungpremiumsg
Shopee ➤ https://shope.ee/6f9GYVzKID

#gojesmy #sistergojes #sistergojesempire #telekung #telekungpremium #telekungumrah #telekunggojesmy #thepowerofpreminumness #terrrgojes

Post a Comment

4 Comments

  1. ammi kalau telekung pun mmg pilih warna yang lembut2 je..risau nak pakai yg bright sangat...takut mengganggu pendangan jemaah lain.

    ReplyDelete
  2. Cantik banget yang lace tu. Nak tengokla nanti dekat Aeon

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan telekung dan design yang ada.. nanti boleh tengok2 dekat shopee

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!