Grilled Butter Chicken Katsu Henshin TCRS Sedap Sangat!

Henshin! Laaaa apa pulak Sally merepek ini kan?

Perkataan henshin dalam bahasa Jepun (yang bermaksud transformasi) kerap digunakan oleh watak-watak anime ketika mereka ingin berubah daripada manusia biasa kepada adiwira yang hebat dan berkuasa. Budaya Jepun sudah menjadi satu budaya yang diterima oleh rakyat Malaysia, daripada keunikan lukisan anime sehinggalah makanan mereka yang menggamit selera tapi apa pula kaitan dengan The Chicken Rice Shop (TCRS)?



Haaa jangan tak tahu, The Chicken Rice Shop (TCRS), kembali dengan hidangan Grilled Butter Chicken yang diperbaharui dengan serbuk roti katsu. Kalau korang nak tahu, Grilled Butter Chicken telah diperkenalkan 15 tahun yang lalu dan kini didatangkan kembali dengan citarasa baharu yang pasti memukau. Hidangan istimewa ini boleh didapati di cawangan TCRS seluruh negara bermula 7 November 2022 sehingga 8 Januari 2023.



Jujur kata, Sally suka dengan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin baharu ini sebab lebih rangup, lebih berperisa, dan memenuhi citarasa Sally. Menu ini tersedia dalam tiga set hidangan yang berbeza untuk dinikmati. Macam yang Sally order dengan kawan-kawan ini ialah Meal C, hidangan sesuai untuk 4 orang.



Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini merupakan kombinasi terbaik antara isi ayam dan tepung roti katsu yang disempurnakan lagi dengan salutan sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah; empuk dan enak. Jangan lupa juga untuk cuba minuman edisi terhad Passion Henshin, confirm tak menyesal.



“Sejak bertahun-tahun lalu, TCRS telah memperkenalkan pelbagai hidangan yang diilhamkan oleh budaya yang berbeza untuk memenuhi permintaan pelanggan kami. Oleh sebab ramai rakyat Malaysia semakin minat akan makanan Jepun, kami bercadang untuk menambah elemen Jepun ke dalam resipi kami dan kami telah memutuskan untuk mempertingkatkan menu popular TCRS iaitu Grilled Butter Chicken dengan sentuhan dari negara matahari terbit,” kata Encik Wong Kah Yong.

Berpegang teguh pada slogan ‘Chicken Rice… and More’, TCRS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan memastikan mereka dapat menikmati pengalaman pemakanan yang luar biasa. TCRS berharap untuk mengakhiri tahun ini sejajar dengan kelazatan menu ayam lazat berkrim mereka dan mereka juga bertekad untuk meraih momentum yang positif menjelang tahun 2023.

Selain menjamu pelanggan dengan hidangan yang pasti akan menawan hati keluarga dan rakan-rakan mereka, TCRS juga akan mengadakan Cabaran #GBCKatsuHenshin di platform media sosial mereka di mana peminat berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di outlet TCRS terdekat. Memang rugi kalau korang tak cuba sendiri!



Untuk maklumat lanjut tentang Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Cabaran #GBCKatsuHenshin, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Post a Comment

8 Comments

  1. dah dekat 10 tahun tak masuk chicken rice shop rasanya

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. akak pun suka kalau ayam crunchy sikit. kena try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak... Sally dah 2x repeat sbb ayam dia tuu 😂😂

      Delete
  3. Kami sekeluarga pun memang peminat TCRS! ;)

    ReplyDelete
  4. menu baru ke ni???? kenapa sebelum ni pergi takde pun. ke tak perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah baru nii... Kali ni lama sikit dr 7 November 2022 sehingga 8 Januari 2023.

      Delete
  5. Walaupun menu lama, tp setiap kali dia keluar wajib cuba. Ayam tahun ni best!!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!