Belly & the Chef Cafe, Petaling Jaya.

Hmmm…ada tak kafe yg buka pagi ek? Laparrr ni!

Mestilah ada! Sally ingat takde tau kafe hipsterrrr yg buka awal tapi silap besar ya sbb Belly & the Chef Cafe ini dibuka seawal 8.30am, Sally sampai tu pun dah penuh, lepas tu keep ramai masuk. Lama betul tak cafe hunting, kebetulan nampak kafe ini, terus masuk.

Basically kat sini menu dia western untuk brunch (breakfast + lunch). Utk kawan-kawan Muslim, jgn risau sini pork-free dan makanan dia semua sedap! Kira kena la dengan selera Sally yang tolak batu dengan kayu ni hahaha!



Lepas puas belek menu, akhirnya Sally order;
✨ Cold Brew White
✨ Cold Brew Steeped Chocolate
✨ Italian Tuscan Salmon
✨ One Dozen Clam Olio
✨ Berry-licious Waffle

Sebenarnya kalau nak pilih, hampir satu menu tu Sally nak rasa tapi memikirkan datang berdua sahaja, Sally surrender la order yang mampu makan je.



Kalau tanya Sally, memang Sally recommend sgt Italian Tuscan Salmon tu. Serius, dia super creamy, lepas tu cicah dgn toast yg rangup, ada baby spinach tu complete, yg penting salmon tu fresh. Puas hati!



One Dozen Clam Olio tu pun sama, pedas pedas lepas tu kepah dia semua fresh tau. Jadi ketagih, lg pedas lg nak makan. Berry-licious Waffle tu pun meriah dgn buah-buahan, ada sos coklat, syrup, whipping cream. Waffle dia pun rangup! Nyumm!



So guys, kalau korang ada dekat area PJ, please try makan dekat @bellyandthechef tau!

@sally.jung Sedap tak boleh bawak bincang ekk makanan dekat @bellyandthechef niii... Dah la bukak awal pagi 😆 mmg recommended tau korang cuba! #CafeHuntingWithSally ♬ Happy Background Café Song - Cute Café Music

"You deserve a good food today"
📌 Belly and the Chef Cafe (PJ)
625, 1st floor, Jalan 17/8, Seksyen 17,
46400 Petaling Jaya, Selangor
Dibuka setiap hari, 8:30am - 6:00pm
🔗 linktr.ee/bellyandthechef

Post a Comment

1 Comments

  1. aduhai Sally, lapar weii singgah sini pepagi.. dah la berlum sarapan , nice cafe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!