Wonder Suit By Jovian, sesuai untuk semua!



Sebut sahaja nama Jovian, rata-rata rakyat Malaysia memang akan tahu dan kenal dengan jenama ini dan juga tulang belakang kepada jenama ini; Datuk Jovian Mandagie. Sebagai jenama yang sentiasa berkembang, Jovian kali ini kembali menembusi pasaran dengan pelancaran baharu yang memfokuskan pada pakaian dalam dan menjalani kehidupan yang lebih sihat, dikenali sebagai Wonder Suit.



Sebagai perintis dalam industri fesyen RTW di Malaysia, Jovian sering mendengar rintihan daripada Jovianista tentang bagaimana mereka menghadapi masalah dengan figura mereka. Berkongsi juga pengalaman diserang slipped disc beberapa tahun lepas, Datuk Jovian Mandagie akui beliau turut menggunakan korset atau body compressor untuk mengelak daripada membuat pembedahan dan daripada situ idea untuk mengeluarkan Wonder Suit terbit.

Wonder Suit merupakan produk pertama iaitu sejenis korset yang direka untuk mencantikkan bentuk badan, mengempiskan perut dan mencipta siluet, disamping menawarkan keselesaan dan sokongan untuk pemakaian sepanjang hari!



Diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan, ia mempunyai 3 baris cangkuk boleh laras untuk muat ultra yang selamat dan 6 panel tulang fleksibel dalam ikat pinggang yang membantu untuk mencapai postur yang lebih baik dengan lebih mudah yang membolehkan kita mempunyai kebebasan maksimum untuk bergerak.

Wonder Suit juga tidak terhad untuk wanita, tetapi juga sesuai untuk digunakan oleh lelaki kerana fokus utama Wonder Suit adalah untuk membetulkan postur badan dan membantu untuk dapatkan figura yang diinginkan. Datuk Jovian Mandagie turut berkongsi yang beliau turun 7 kilogram dan ukur lilit pinggang turun sehingga 4 inci dengan pemakaian Wonder Suit secara konsisten selama 8 jam setiap hari.



Untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang yang membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal. Untuk keluaran pertama, Wonder Suit tersedia dalam warna "Beige".

Cara pengendaliannya juga mudah, disebabkan Wonder Suit diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan, ianya mudah kering dan tidak memerlukan bahan pencuci yang spesifik.



Lima bintang terkenal Malaysia dipilih untuk menjadi wajah kepada Wonder Suit iaitu Rozita Che Wan, Ifa Raziah, Ning Baizura, Sherry Al Hadad dan kumpulan Dolla.

Wonder Suit dijual pada harga RM149, dan sudah boleh dibeli melalui:
- Platform Instagram Selebriti (Ada link di Bio)
- Ejen dan stokis selebriti sendiri

Selain itu, Wonder Suit juga boleh didapati di semua JStores, Jovian Pop Up Booth, dan Shopee bermula 1 September 2022 dalam saiz inklusif dari S hingga 3XL.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!