Nak Feel Hispter Macam Dekat Barat? Meh Lepak di 10 Gram, Cyberjaya.

10 Gram Jadi Tarikan Generasi Baru Sejak 2015

Sally setiap kali ke Cyberjaya, mmg akan singgah Tamarind Square dan setiap kali tu jugak la restoran bawah jenama 10 Gram Gourmet memanggil utk singgah. Sally dah pernah cuba Sepohon, kali ni Sally cuba 10 Gram, Cyberjaya pulak!


Masuk ke tahun 2022, Restoran 10 Gram telah memiliki 7 cawangan di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pilihan menu dan citarasa baik untuk golongan muda, eksekutif mahupun seisi keluarga. Di Cyberjaya, dengan konsep ‘rustic industrial’, kita mcm ada dekat sebuah bangsal yg mcm selalu tgk dekat negara barat. Jangan risau, setiap cawangan 10 Gram tidak sama dan akan beri kita pengalaman berbeza dari sudut ‘look and feels’.

Menariknya lagi, 10 Gram bukan ada menu Western je, menu Asian pun ada tau. Nasi Lemak Classic, Kari Laksa, Sambal Fried Rice antara menu yg boleh korang cuba.

Antara menu yang Sally dah try dekat 10 Gram, Cyberjaya:
✅ Secret Garden
✅ Laboratory Coffee
✅ Crispy Chicken Chop with Tomato Spaghetti
✅ Pizza Ultimate
✅ Berry-berry Belgium Waffle


Crispy Chicken Chop with Tomato Spaghetti

Honestly, Sally memang suka dgn 10 Gram. Dia macam kafe hipster tapi sesuai utk lepak dgn family atau kawan-kawan. Sally paling suka dgn Pizza Ultimate tu, sedap gila dengan ketulan ayam dia yg besar-besar, puas hati makan!



Utk korang yg suka dgn air yg unik, boleh la cuba Signature Drink mereka, Sally dah pernah cuba Secret Garden & Laboratory Coffee. Boleh jugak try Rainy Day & Spice Up Your Day. Berry-berry Belgium Waffle tu pun wajib cuba tau, Sally suka waffle dia sbb tak mcm wafel yg biasa makan tu, lain sgt...Gebu, lembut dan sedap! Overall experience, memang puas hati. Berbaloi-baloi!



10 Gram juga terkenal dengan pelbagai jenis pencuci mulut yang menarik. Kek dan manisan di 10 Gram, sering menjadi bualan ramai kerana keenakkannya dan paling utama ia diilhamkan oleh chef 10 Gram sendiri. Tak kira di cawangan 10 Gram, mahupun di 10 Gram Bakers (Cyberjaya) dan juga restoran Kojo (Cyberjaya), semuanya dapat merasai kualiti dan rasa yang selari.

Kek Opera, Pavlova, Tiramisu. Milo Dinasour, Biscoff Sundae, Chocolate Peanut Bu]er dan Lemon Curt antara kek yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. 10 Gram turut menyediakan manisan kegemaran dari Perancis iaitu Canaled dan all time favorite pilihan ramai, Peach Strudel.



Jadi kalau korang berada di area Cyberjaya, jangan lupa singgah di 10 Gram Tamarind Square, Cyberjaya ok?

📍10 Gram, Cyberjaya

A-03-05, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor
RSVP: 011-7019 2895

Lokasi 10 Gram yang lain:
10 Gram Vista Alam, Shah Alam | RSVP - 010. 213 5835
10 Gram Sri Dagang, Kuantan | RSVP - 011.1190.5614
10 Gram Air Putih, Kuantan | RSVP - 012.965.8565
10 Gram Bakers & Steak, Cyberjaya | RSVP - 011.7019.2895
Kojo, Tamarind Square, Cyberjaya | RSVP - 011.7019.2895
Sepohon, Tamarind Square, Cyberjaya | RSVP - 011.7019.2895

Laman web: www.10gramgourmet.com

Post a Comment

1 Comments

  1. wow semua sedap sedap, i nak try their Crispy Chicken Chop with Tomato Spaghetti

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!