Sepohon - Lokasi ‘Dating Romantik’ di Cyberjaya

Sepohon, 10 Gram | Wow, Sally cadangkan tempat dating, bukan biasa-biasa terjadi ni tapi Sepohon memang cantik dan sangat sesuai kalau nak cari lokasi "candle light dinner" atau kalau nak chill dengan kawan-kawan. Restoran Sepohon baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada 5 Jun 2022 yang lalu.

Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, lokasi Sepohon ini sendiri dah ada dekat kawasan yang sangat Instagrammable. Sementara nak tunggu perut lapar, boleh photoshoot dulu lepas tu datang ke Sepohon yang mengetengahkan citarasa daging panggang (grill) dan BBQ untuk isi perut.


BBQ Fiesta (3-4 Pax)

Nama Sepohon diinspirasikan daripada kewujudan tumbuhan menghijau dan segar yang memenuhi restoran ini sebagai dekorasi tambahan dan boleh di beli. Sepohon juga adalah cawangan terbaru di bawah lembayung beberapa restoran lain iaitu, 10 Gram, 10 Gram Bakers & Steak dan Kojo.



Sepohon wujud bukan sahaja kerana terdorong oleh beberapa menu daging stik yang dibakar perlahan menggunakan kayu pokok rambutan dan manggis, malahan juga atas permintaan ramai terhadap citarasa barat di sekitar Cyberjaya.

Kalau korang ke sini, Sally memang cadangkan korang cuba hidangan daging lembu, kambing mahupun ayam yang dibakar menggunakan pemanggang khas restoran ini, hasil masakan daripada chef Aminuddin Bin Izhar. Lebih menarik kerana semua hidangan di Sepohon di jamin Halal.



Kalau korang sejenis yang sukakan makanan dan minuman yang ada nilai estetik, boleh cuba beraneka pilihan minuman viral dan pencuci mulut unik. Masa Sally pergi, bersama dengan DikBee dan juga MoKA, jadinya memang ralit la pilih pelbagai jenis menu, nasib baik datang bertiga, kalau tak mau kejung perut sebab kenyang sangat. Portion setiap hidangan memang berbaloi ya.

Sally pun dah cuba beberapa menu yang ada disini seperti;
✅ BBQ Fiesta (Wood Fire BBQ Smoker)
✅ Triple M&M
✅ Melon Bun With Butter
✅ The Volcano
✅ Chocolate Popcorn
✅ Golden Summer
✅ Driving Me Nut

Secara peribadi, Sally memang suka dengan interior dalaman Sepohon. Selain daripada lokasinya, hidangan dia pun memang menepati citarasa. Sally rasa berbaloi order BBQ Fiesta tu sebab boleh rasa pelbagai jenis bahagian daging seperti Short Beef Ribs, Beef Brisket, Pulled Lamb, Whole Leg Chicken dengan menu sampingan macam Baked Parmesan Potato, Grilled Corn on the Cob & semestinya ada Nasi Saffron Basmathi. Pendek kata kalau kongsi 3-4 orang itu dah lebih daripada cukup.


Dari Kiri: Driving Me Nut, Chocolate Popcorn, Golden Summer

Untuk pilihan air, satu yang paling Sally suka dekat sini sebab air dia semua just nice, tak terlalu manis ataupun tawar. Manis dia memang sangat kena, sedap la pendek kata. Semua sedap.





Kalau ada peluang, datanglah awal sikit sekitar jam 6 petang sebab boleh tengok keindahan matahari terbenam yang boleh di lihat daripada bahagian atas restoran ini. Bukan itu sahaja, restoran dua tingkat dengan keluasan 500 meter persegi ini juga, sesuai untuk dijadikan lokasi pelbagai acara terutama di bahagian atas restoran (roof top) yang berkonsepkan terbuka, mampu memuatkan 100 tetamu dalam satu-satu masa.

Sepohon turut menyediakan pakej ulang tahun kelahiran dan perkahwinan dengan menyediakan dekorasi istimewa seperti hiasan belon, ucapan dan kek. Sepohon dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari – 10 malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi 010-2135835 (En Edd) atau layari www.10gramgourmet.com.

Alamat: A-04-05, Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor.
Waktu operasi: 12 tengahari – 10 malam (setiap hari)
No Tel: 010.213.5835 (Encik Edd)
Laman sesawang:10gramgourmet.com
Instagram: 10gramgourmet

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!