Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell, Kembali Ogos Ini di 4 Lokasi!

Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell 2022 | Selepas bergelut dengan pandemik selama dua tahun, Siri Jelajah Suria kini kembali dengan sentuhan yang berbeza. Stesen radio Suria FM dengan bangganya mengumumkan pentas ‘Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell’ bakal diadakan sepanjang Ogos ini di seluruh negara.



Siri jelajah akan dijalankan di 4 lokasi;
1️⃣ Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang - 6 Ogos
2️⃣ Aman Central Alor Setar, Kedah - 13 Ogos
3️⃣ Paradigm Mall, Johor Bahru - 20 Ogos
4️⃣ IOI Mall 2, Putrajaya - 27 Ogos



Berkonsepkan sentuhan ‘90-an’, Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell akan bermula pada jam 1.45pm dan dijangka akan berakhir pada jam 6.00pm. Acara ini akan membariskan lebih 33 artis popular, gabungan artis lagenda 90-an dan juga artis baru masa kini.

Antara artis-artis yang bakal menghadiri jelajah ini termasuklah Ziana Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Zamani Slam, Amir Uk’s, Alim Kris, Liza Hanim, Amelina, Muss (Mus May), Safura, Hatta Junction, Kumpulan Boboy, Poey Stings, Renggo (Arrow), Rahmad Mega, Man Bai, Wan (Lestary), Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Ara Johari, Afieq Shazwan, Dolla, Tajul, Wany Hasrita, Yonnyboii, Insomniacks, Floor 88, Nabila Razali, Fieya Julia, Iman Troye dan ramai lagi!



Pentas siri Jelajah 90 Suria kali ini juga akan turut menjadi medan buat artis-artis baru mempromosikan lagu single mereka. Antara artis-artis baru yang bakal hadir termasuklah Farah Rose, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Aiman Zaidi dan Syeera Aziz.

Turut bakal memeriahkan pentas jelajah ialah penyampai-penyampai sempoi Suria FM yang terdiri daripada Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahira (Rara), Tyzo, Anna Aljuffrey (Anna J) dan semestinya DJ Lin.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih mesra disapa sebagai DJ Lin, “Setelah hampir 2 tahun tidak menemui peminat sejak berlakunya pandemik Covid-19 di tanah air, kini Suria FM kembali turun padang untuk menghiburkan pendengar setia sebagai tanda terima kasih di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini”.



Ujarnya lagi, tema siri jelajah kali ini sejajar dengan konsep radio Suria FM yang sentiasa memainkan lagu lagu hit zaman 90-an, dan rata-rata pendengar setia Suria FM adalah daripada peringkat umur 24-39 tahun, selain bertujuan mengembalikan nostalgia lagu yang pernah menjadi fenomena. Namun artis-artis baru juga tidak dilupakan.

Banyak tarikan menarik yang menanti pengunjung antaranya sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah istimewa seperti 4 buah motosikal, 4 buah basikal lipat (folding bike), barangan elektrik, pakej percutian yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih dari RM100,000 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria seperti Kombo Sejati, Kombo Jalan Pulang, Combo Baldu Biru dan banyak lagi dengan harga promosi di booth Kedai Suria pada hari Jelajah berlangsung.



Buat pertama kalinya, penaja utama produk kecantikkan Kak Ell juga akan turut sama semasa jelajah berlangsung. Ada pelbagai promosi, peluang perniagaan untuk ibu-ibu tunggal dan juga hadiah cabutan bertuah wang tunai RM1,000! Jika masih was-was nak mencuba produk Kak Ell, wajib terjah booth mereka semasa jalajah untuk mendapatkan konsultasi dengan agen dan staff Kak Ell.

Istimewanya lagi, jelajah kali ini turut membawakan aktiviti pentas yang lebih menarik dengan menampilkan kumpulan busker sebagai persembahan pembukaan. 4 kumpulan busker akan membuat persembahan selamat 15 minit (1 kumpulan di setiap lokasi) dan akan diberikan wang tunai RM2,000.

Diharapkan siri ‘Jelajah 90 Suria’ mendapat sambutan baik dari semua pihak dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini. Masuk adalah percuma. Maklumat lanjut mengenai siri jelajah, artis yang bakal hadir boleh layari laman sesawang Suria di jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia. Gunakan tanda pagar #Jelajah90Suria #Jelajah90SuriaMemangCantikKakELL #kakell #MemangCantik untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!