10 Jenis Asam Pedas di Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak!

INI BUKAN PORT, INI LUBUK ASAM PEDAS!



Kalau cerita Asam Pedas Claypot, terus org suggest Melaka tapi buat apa nak pergi jauh kalau dekat Kajang pun ada LUBUK yang jual pelbagai jenis Asam Pedas! Sally memang peminat Asam Pedas, jadi bila dapat tau dekat Kajang ada lubuk untuk makan Asam Pedas, terjah terus!

Tapi sebelum tu jangan lupa order Jus LUBUK (Tembikai+Cincau), makan pedas-pedas, sedut air sejuk, memang terbaik!



Dekat sini ada 10 jenis kuah Asam Pedas yang boleh dipilih seperti;
1️⃣ Asam Pedas Original (Daun Limau) - Melaka
2️⃣ Asam Pedas Daun Kesum (Lada Hitam) - Johor
3️⃣ Asam Pedas Rebus Lada Hitam
4️⃣ Asam Pedas Rebus
5️⃣ Asam Pedas Berjintan
6️⃣ Asam Pedas Berlada
7️⃣ Asam Pedas Berempah
8️⃣ Asam Pedas Cili Api
9️⃣ Asam Pedas Halba
🔟 Asam Pedas Kids (Tak Pedas)



Bukan kuah je tau ada banyak pilihan, ikan pun ada banyak pilihan. Ikan-ikan yang sering menjadi tumpuan seperti ikan kembung, pari, mayong, parang, senangin, bawal, tenggiri, jenahak, merah. Pada yang minat makan kepala ikan merah atau kepala ikan jenahak, kat sini pun ada. Ralat sikit je sebab telur ikan mayong dah tak ada dalam menu kata pemilik restoran.

Tak makan ikan? Jangan risau masih boleh tukar dengan pilihan ayam, daging tetel ataupun sotong!



Selain drpd Asam Pedas, dekat Lubuk pun ada Tempoyak Claypot. Kalau korang selalu makan masak tempoyak style Pahang, kat sini korang boleh cuba masak tempoyak style Perak, ada sedikit kelainan tau. Padankan pula dengan ikan patin, fuhhh~ syahdu tak boleh bawa bincang!

Kalau korang tanya Sally, favorite Sally dekat sini Asam Pedas Cili Api dipadankan dengan ikan parang, dan semestinya la Patin Tempoyak kan. Makan nasi panas-panas, ada ulam timun, sekali telur masin, memang padanan yang sempurna.

Sally pun teruja nampak ikan pari dalam menu, jadi Asam Pedas Original (Daun Limau) stail Melaka jadi padanan untuk ikan pari Sally. Hehehe. Sally sebenarnya tak kisah sangat sama ada Asam Pedas stail Johor atau Melaka, sebab kedua-duanya ada kelebihan masing-masing, yang penting kat Sally, kesegaran ikan dan sedap! HAHAHA



Dekat sini pun ada menu Western tau, boleh cuba Fried Chicken Chop, Grilled Chicken Chop & Grilled Lamb, sos pula boleh pilih nak Blackpepper atau Mushroom. Tak boleh buat pilihan, pilih je dua-dua.

Cerita banyak pun kalau korang tak cuba, tak tau kan? Jangan lupa singgah Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak kalau korang ada dekat area Kajang ok!

MENU 👉🏽 lubukasampedasclaypot.maynuu.com





📌 Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak
No 2, Jalan Impian Murni 1/4 Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor.
⏰ ISNIN - SABTU • 12.00pm - 11.30pm
❌ TUTUP SETIAP HARI AHAD

Follow • Like • Share
Instagram : www.instagram.com/lubukasampedasclaypot
Facebook : Lubuk Asam Pedas Claypot
WhatsApp: www.wasap.my/60196986998/AsamPedasLubukSally

Post a Comment

1 Comments

  1. Macam-macam jenis asam pedas! Kalau nak cuba semua, kena datang selalu ni, nak bezakan rasanya.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!