Lengkapkan Ruang Bilik Tidur dengan Zinus; Jenama Tilam & Perabot Dalam Talian No #1 Didunia.

Beli Katil dan Tilam daripada Zinus | Ruangan bilik tidur selalunya sentiasa diberikan fokus yang lebih. Pada Sally ruangan bilik tidur sangat penting sebab ruang itu yang menjadi tempat peribadi kita, dan semestinya ruangan yang membuatkan kita selesa selepas penat seharian bekerja.



Sally memang menitikberatkan pemilihan katil dan tilam. Pada Sally tilam yang baik akan berikan kita tidur yang lena dan dapat menghilangkan rasa penat seharian. Bila bekerja sepanjang masa di rumah, Sally memang rasa tilam pun penting, mana taknya kalau dah penat buat kerja dekat meja boleh baring pula menaip dekat atas katil.



Sally awalnya tertarik dengan Zinus sebab salah satunya konsep unik membungkus tilam ke dalam kotak. Percaya atau tidak, Zinus dapat memasukkan produknya ke dalam satu kotak, dan memudahkan logistik untuk menghantar kepada pelanggan. Rangka katil dan tilam dimampatkan dan dihantar kepada pelanggan, jadi tak ada masalah kalau kita duduk di pangsapuri atau kondominium, sebab masih lagi muat untuk dihantar.

Selain daripada ia mudah untuk diterima, Zinus juga terkenal dengan rangka tilam yang boleh dipasang sendiri (DIY) dan ia mudah untuk dipasang. Zinus telah membangunkan kaedah untuk memudahkan proses pemasangan perabot dengan langkah minimum.

Jangan risau sebab rangka dan tilam keduanya tidak terlalu berat, Sally pun dapat angkat seorang diri. Tilam digulung, dimampatkan dengan ketat melalui pembungkusan vakum, jadi untuk tilam mengembang penuh mungkin mengambil masa antara 24-48 jam. Nasib baik Sally punya tilam tak terlalu lama, dalam kurang dari 3 jam dah boleh guna. Tilam Zinus juga dilengkapi dengan waranti 10 tahun dan percubaan percuma untuk *100 hari.



Selepas dah buat pilihan, penghantaran biasanya dalam 3-7 hari bekerja tapi surprisingly Sally punya sampai dalam tempoh kurang daripada 48 jam. Jangan risau, sebelum mereka hantar, mereka akan hubungi kita dulu dan kalau kita tak dapat nak terima, boleh rescheduled.

Jadi yang mana satu pilihan Sally?





Sebenarnya masa dekat showroom, memang rambang mata nak pilih yang mana. Terlalu banyak pilihan sebab semua design dia sangat trendy dan kena dengan selera Sally. Sampai terpaksa buat panggilan video dengan ibu untuk bantu pilih.

So, akhirnya Sally pilih Christina Upholstered Platform Bed Frame untuk rangka katil dan tilam Sally pilih Green Tea Memory Foam Mattress. Sally ada dekat showroom tu dekat 3 jam tau untuk pilih dua benda ini, itu pun masih berbelah bahagi walaupun dah siap order.



Rangka katil tu Sally pasang berdua dengan abang, tak susah pun tapi sahaja nak menyusahkan abang Sally. Tak adik la kalau tak menyusahkan abang dia, tapi serius tau, abang Sally sendiri cakap yang tak rumit pun nak pasang cuma biasa la, tenaga lelaki kan berbeza sikit dengan kudrat perempuan.





Kenapa Sally pilih rangka katil Christina Upholstered Platform sebab di kawasan bahagian kepala ada ruang permukaan tambahan untuk kita letak brg. Sally letak Al-Quran, handphone dan cermin mata dekat situ, jadi bangun pagi tak ada la macam mengagau mencari cermin mata. Sally rabun agak teruk, kalau tak ada cermin mata memang jenuh cari jalan.

Sedikit info tentang tilam Green Tea Memory Foam;

MATERIALS
Green Tea Infused Memory Foam, Soft Knitted Hypoallergenic Adaptive Fabric Cover, Soft Fiber and Foam Quilted for a luxurious feel

BIO-FOAM
Unlike other memory foams which use petrol-based chemical oils as its ingredient, Zinus uses only Natural Seed Oil for its memory foam production.

GREEN TEA MEMORY FOAM
Infused with Green Tea extract, which is a naturally antimicrobial, it will help to main product freshness by retarding odour and bacteria.




PRESSURE RELIEF – Cradling memory foam and plush microfiber combine for a cloud like, luxurious feel that hugs your curves for relief from sore joints and muscles

CERTIPUR-US CERTIFIED
All foam meets strict standards for durability, performance, emissions and environmental stewardship. Feel safer when you purchase Zinus mattresses. Other brands' mattresses contain high levels of radon, which can cause lung and stomach cancer. Zinus mattresses not only meet the stringent recommended radon safety level (Korean Safety Standards), it is in fact much lower than the safety guidelines.


One of the reasons kenapa Sally pilih tilam Green Tea Memory Foam ialah kerana ia sangat sesuai untuk melegakan sakit sendi, dan untuk orang yang selalu tidur sisi. Tilam ini ada sokongan yang baik untuk badan. Jadi orang yang ada penyakit sendi macam Sally, memang bangun tidur tanpa rasa sakit belakang.

Secara peribadi Sally memang puas hati dengan servis daripada Zinus. Mana taknya, daripada showroom ada staf yg akan entertain kita, bagi penerangan pasal setiap jenis tilam yg ada, yang best sekali sebab boleh try baring utk rasa sendiri sama ada pilihan tilam kita tu sesuai atau tak. Pendek kata daripada pilih, penghantaran, dan after service Zinus memang terbaik!

By the way, Sally ada berita baik nak kongsi. Kalau korang nak beli rangka katil atau tilam di Zinus, boleh guna kod promo "SS25", boleh dapat diskaun 25% untuk pembelian di website Zinus. Jangan risau kalau korang nak walk-in pun boleh, cuba dan pilih yang mana korang suka, lepas tu buat pembelian guna kod promo di laman web, dapat diskaun 25%! Banyak ok 25% tuuuu! Range harga pun serendah RM299 sahaja!

Ok la malas nak cerita banyak, kalau korang berminat nak dapatkan rangka katil atau tilam, dengan kualiti yang terjamin, Sally cadangkan cuba la sendiri jenama Zinus ini. Lagipun ada PERCUBAAN PERCUMA SELAMA 100 HARI *tertakluk kepada terma dan syarat

Korang boleh datang ke showroom Zinus beralamat di :
No 1-1, Jalan Merbah 1, Jalan Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.
Isnin-Jumaat : 10am-8pm
Sabtu/Ahad/Cuti Umum : 12pm-8pm
Khidmat Pelanggan: 011 3129 9882
Laman sesawang: www.zinus.com.my

💭 Jadi macam mana pilihan Sally? Ok ke tak?

Post a Comment

4 Comments

  1. paling utama tilam.Memang kena selesa.pelik ek tilam boleh masuk dalam kotak kecil tu.Mesti special tilam ni.Boleh la akak cuba jugak nanti.Tilam kat umah tu pun rasa dah nak kena tukar

    ReplyDelete
  2. Tilam sedap, risau aje la. Haha Dapat sedap mana pun nanti jadi tempat lompat anak2

    ReplyDelete
  3. Simple katil gini.. tilam pun nampak selesa sangat..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!