La Vie De Rêve Cafe @ Avenue K.

Bonjour, mon amour~



Nampak tak...nampak takkk? Itu baru masuk cafe comel La Vie De Rêve terus keluar French accent Sally. Gaisss, I really need to share this, ada kafe comel baru buka dekat Avenue K. Sumpah la deko dia cantik gila, mmg terus keluar vibes French tu, adehhh terus rasa macam kat Paris 💐

La Vie De Rêve merupakan sebuah kafe yang mengambil inspirasi daripada Paris. Selain daripada dekorasi yang sangat cantik, penuh dengan bunga-bungaan, warnanya yang lembut, kafe ini turut menawarkan pastri dan pencuci mulut; dengan pelbagai pilihan yang menarik, yang penting premium dan berkualiti sebab menggunakan bahan-bahan yang paling segar dan terbaik.



Pertama kali melangkah masuk dalam kafe ini, Sally memang dah jatuh cinta dengan dekorasi dia. Cantik sangat, walaupun bukan peminat bunga tapi bila masuk kafe yang cantik, dah namanya perempuan, mesti terdetik hati.

Jujurnya Sally bukan peminat coklat atau praline, tapi tapi tapi macam biasa laa kalau dah perempuan tu kan, kalah dengan pastri, bon bon, macaron, chocolate mousse yang comel-comel. Sally dah la tak boleh tgk benda comel-comel gini. I kenottt...I fall in love cepatttttt~







Cuba korang cakap, siapa la yang tak jatuh hati tengok Bonbon, macaron yang comel. Bukan setakat comel, sangat sedap tau.


Pistachios Macaron

Dekat sini pun ada pelbagai jenis macaron boleh cuba antaranya Rasberi, Earl Grey, Lime, Yuzu, Brown Chocolate, Passion Fruit & Vanilla...Yang Sally pilih ni Pistachios, lain sikit daripada yang biasa makan. Sedap, kurang manis tapi memang boleh rasa premium dia.



Kat bawah ini Sally sertakan menu kalau korang nak tengok pilihan yang ada. Sally kurang pasti dekat sini ada truffle atau tidak sebab masa datang tu ada juga yang dah nak habis.





Untuk pilihan Viennoiserie, Sally pilih Pain Aux Raisin. Kalau korang nak tau, Viennoiserie ini nama untuk makanan antara pâtisserie dan roti Perancis. Kira gabungan kedua-duanya. Sally suka Pain Aux Raisin yang Sally pilih, dia manis tapi ada sedikit twist rasa masam daripada kismis dan ada crème pâtisserie.


Pain Aux Raisin


La Vie


Merci Beaucoup

Please try out Petit Four (yg Sally punya La Vie & Merci Beaucoup); their mousse collection. Nak nanges makan sebab comel sgt, dah la comel...sedap pulak. Kenapa nama dia Petit Four?

Hehehe...sebenarnya tak ada kaitan pun dengan nombor tu, Petit Four tu nama panggilan yang biasanya orang panggil utk kek-kek comel, biskut atau manisan yang sangat kecil, biasanya dibuat dengan marzipan dan dihidangkan selepas makan.

All Day Brekky pun ada atau boleh juga order High Tea Set C'est La Vie @ Le Petit. Sally tak order la High Tea Set, tapi Sally cuba juga All Day Brekky La Vie Classic


La Vie Classic

Untuk pilihan air ada kopi, teh dan juga jus. Korang boleh la pilih ikut mana yang berkenan dekat tekak. Sally suka Latte & Macchiato dia. Kalau korang ada berdekatan dengan KLCC atau dekat kawasan sekitar, boleh la singgah La Vie De Rêve Cafe. Nak g Paris tak mampu, kita pi cafe ala Paris jela kan 🌹

📌 La Vie De Rêve
G06-A, Avenue K Shopping Mall, Jalan Ampang.
⏰ 9am - 10pm (Isnin - Ahad)
Instagram: www.instagram.com/laviederevegifts
Facebook: www.facebook.com/laviederevegifts

Post a Comment

1 Comments

  1. Maigod nampak best sangat ni. Ok2 nak cuba. Tak minat macaroons sangat tapi kalau pastries atau french breakfast akak suka.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!