Masak Sendiri Menu Makanan Jepun Dengan Kanika.

Idea Makanan Jepun Dengan Kanika | Sally kalau dengar makanan Jepun ataupun Korea, memang pantang...Bukan pantang tak boleh makan tapi pantang nampak, pantang dengar, lagi masalah pantang tolak la kalau ada yang sua depan mata.

Bila nak makan dekat luar rasa mahal je (sebab makan banyak HAHA), jadinya marilah kita buat sendiri resipi makanan Jepun di rumah, lagi berbaloi dan boleh makan seisi keluarga. Sally gunakan produk daripada jenama Kanika.



Eh, korang pernah dengar pasal Kanika?

Kanika merupakan sebuah jenama yang didaftarkan di bawah HSH Frozen Foods Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 1996, selepas penubuhan HSH Frozen Foods Sdn Bhd pada tahun 1991. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun Malaysia.

Perniagaan teras ialah untuk membekalkan secara borong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan rangkaian kedai runcit premium. Kanika juga turut memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia, serta mengeksport keluar produk ke Hong Kong dan Singapura.



Sempena Hari Bapa, sepanjang bulan Jun, Kanika ada buat promosi bermula 6 -18 Jun 2022, kita boleh dapatkan bundle produk Kanika dengan harga RM127 sahaja, diskaun 10% tau! Apa yang ada dalam bundle best ialah;

1 x Black Jute Bag
2 x Udon
2 x Breaded Scallop
2 x Sesame Salad Dressing
2 x Chuka Wakame
2 x Chuka Hotate
2 x Chuka Idako

Serius memang puas hati Sally dapatkan bundle yang ini, terus feeling buat makanan Jepun dekat rumah. Kat bawah ini Sally kongsikan dengan korang beberapa menu yang boleh buat dengan produk Kanika kalau nak cuba tau.

SUSHI (Topping Chuka Wakame, Chuka Hotate, Chuka Kurage)

Nak buat sushi dekat rumah tak susah pun, kita perlukan beras Jepun, cuka sushi, rumpai laut kering. Masak je nasi macam biasa, lepas tu tambahkan cuka sushi, tabur sedikit garam untuk bagi perisa, yang ini pilihan...Sally suka letak sikit, lepas tu dah boleh balut dengan rumpai laut dan letak topping kegemaran kita.



Chuka Kurage takde dalam bundle tau, Sally beli asing hehehe...Chuka Kurage tu Jellyfish, sedap kalau buat salad atau nak makan dengan nasi...Sally rajin extra sikit jadinya Sally buat la dalam bentuk sushi, senang nak makan dan cepat habis. Untuk jadikan bentuk sushi itu, Sally beli acuan dia dekat DAISO...Kat sana ada banyak acuan yang boleh buat sushi, nasi kepal, onigiri, dan lain-lain lagi.





ONIGIRI (Chuka Idako)



Sally memang paling suka dengan Chuka Idako, kalau beli dekat sushi kadang kedekut je kan, dah la dia cincang halus, bagi pun sikit je...Jadinya Sally puas hati betul dapat beli pek 500g ini, memang asyik meratah sampai tak ingat orang belakang. Baki daripada nasi untuk buat sushi, Sally jadikan onigiri...Yang ini pun Sally beli acuan daripada DAISO.



KIMCHI UDON (Kanika Instant Japanese Fresh Udon)



Udon merupakan "comfort food" bagi kebanyakkan orang Jepun. Udon yang diperbuat daripada tepung gandum, memberikan kita rasa puas selepas makan. Sally selalu buat udon berkuah, tapi sebenarnya udon pun sesuai untuk goreng, boleh buat macam mee goreng.



Untuk sup Kimchi Udon tak susah pun, Sally gunakan serbuk dashi sebagai perasa, lepas tu letakkan kicap cair dan juga sedikit jus kimchi (tapis supaya dapat sup yang "bersih"). Untuk topping pula Sally letak sahaja kimchi, leek dan juga gegelung kacang soya. Sempurna untuk makan tengahari ataupun untuk makan malam.

SALAD DENGAN BREADED SCALLOP (Breaded Scallop dan Sesame Salad Dressing)



Untuk padankan dengan Kimchi Udon Sally, Sally goreng produk sejuk beku Kanika; Breaded Scallop. Tak ada tempura pun takpe, sebab Breaded Scallop ada untuk gantikan. Lepas tu Sally gandingkan dengan salad dan gunakan Sesame Salad Dressing, memang syok makan.





Sebenarnya tak susah tau nak masak sendiri menu Jepun di rumah, asalkan ada bahan yang betul dan sesuai dan semestinya kena ada kerajinan. Macam Chuka Wakame, Chuka Hotate, Chuka Kurage, Chuka Idako, tak perlu nak masak pun, kita hanya perlu nyahbeku dalam 30 minit lepas tu dah terus boleh makan dengan nasi atau gandingkan dengan salad. Mudah, cepat dan yang penting sekali menjimatkan masa dan wang (sebab tak makan dekat luar).

Korang juga boleh tonton video Sally sediakan semua menu yang Sally kongsikan di atas di channel YouTube Sally ok.


Jadi, jangan lupa dapatkan bundle istimewa produk Kanika sempena Hari Bapa, boleh la buatkan menu istimewa untuk ayah/suami/pakcik/abang kita. Dapatkan produk Kanika secara atas talian di Shopee dan juga Lazada ataupun pergi sahaja ke laman sesawang mereka di www.kanika.com.my

Alamat:
Kanika Malaysia @ Selayang
Block K, Lot 46903, Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor
Telefon: 1300-88-0707 / 010-2117549 / 012-9897424
Email: customersvc@kanika.com.my

WEBSITE: www.kanika.com.my
FACEBOOK: www.facebook.com/kanikamalaysia
INSTAGRAM: www.instagram.com/kanika_malaysia
TIKTOK: www.tiktok.com/@kanika.malaysia

Post a Comment

3 Comments

  1. Sebenarnya senang je kan kalo buat sendiri

    ReplyDelete
  2. Puasnyaa buat sendiri dekat rumah.. Nyum

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk..dah ada yg mcm ni senang nak buat 😍

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!