Kafe Jungle House Bangsar, Segalanya Mengenai Madu.

Jungle House Cafe, Jalan Telawi 3, Bangsar | Siapa je yang tak gembira bila dapat cuba pelbagai jenis madu yang asli dan madu liar premium, disamping berehat dan menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang berasakan madu?

Kalau Sally, ini pun dah cukup buat Sally gembira dan semestinya bertambah gembira bila Jungle House kini dah ada kafe mereka sendiri, dan juga merupakan cawangan ke-9 mereka di Malaysia. Sebagai sebuah jenama madu terkhusus pertama di Malaysia, Jungle House yang terkenal dengan keunikannya dengan cogan kata “All Things Honey” (Segalanya Mengenai Madu), mereka berusaha untuk menggalakkan orang ramai untuk menghargai madu dan membudayakan amalan menikmati madu dalam kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan.



Kafe mereka ini sesuai untuk mereka yang nak beristirahat seketika untuk menjamu selera atau menikmati minuman atau kek madu kegemaran mereka dalam persekitaran yang nyaman dan menenangkan.

Dekat sini kita boleh cuba pelbagai menu makanan dan minuman berasaskan madu termasuk Kek Madu Rusia, pelbagai jenis Croffles (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus, yang semuanya digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus. Jungle House turut memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu, iaitu “Honey-misu” – sejenis manisan yang sihat, selain daripada madu-madu terkenalnya seperti Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety.





Kita juga boleh membeli-belah di kedai runcit Jungle House yang menawarkan segala jenis produk madu, minuman, dan juga pelbagai set hadiah bertemakan madu yang direka anggun dan juga produk penjagaan peribadi seperti sabun madu, pelitup muka dan juga cenderahati lain.





Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian).



Madu sememangnya diketahui khasiat dan manfaatnya yang memang terkenal sebagai salah satu makanan unggul yang membantu meningkatkan keimunan badan. Madu mempunyai pelbagai khasiat, serta kaya dengan mineral dan vitamin, antioksidan dan enzim yang membantu meningkatkan keimunan dan melindungi badan kita.

Selain itu, madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antimikrob, yang baik untuk badan dan membantu meringankan gejala batuk dan sakit tekak, menjadikannya amat berguna untuk menentang gejala Covid-19. Sally sendiri pun bila dah terasa nak batuk atau selsema, memang akan cepat-cepat bancuh madu Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi). Jungle’s Heart memang mampu melegakan sakit tekak, selsema, sinus dan asma.



Jungle House berhasrat untuk membawakan madu mentah asli dari sarang lebah terus ke rumah pengguna, dengan kerjasama komuniti orang asli terutamanya dari hutan belantara Indonesia dan juga Thailand dan Malaysia. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri lebah, contohnya faktor alam sekitar seperti perubahan iklim & penebangan hutan dan penjual tidak beretika yang menjejaskan kualiti madu dengan mencampurkannya dengan bahan lain, namun Jungle House tetap berhati-hati untuk memastikan kualiti madu yang diperolehi dan dijual kepada pelanggan adalah yang paling tulen dan segar dan dikumpul, disimpan dan diangkut dalam keadaan yang paling cekap dan bersih.

Jangan lupa untuk ke cawangan Jungle House yang lain terletak di One Utama, Mid Valley Mega Mall, Pavilion Elite, Central i-City, D Pulzes, IOI City Mall,\ & Queensway Mall (hanya menawarkan produk runcit), dan kunjungi juga Kafe Jungle House di Bangsar. Gunakan kod promo "SALLY20" untuk diskaun sebanyak 20%, sah sehingga 31 Ogos 2022. Untuk maklumat lanjut tentang Jungle House atau sebarang pembelian produk madu di dalam talian, sila layari laman sesawang www.junglehouse.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/JungleHouseMY/
Instagram: www.instagram.com/junglehousemy/
Telefon: +6012 203 0317.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!