Cari Penyelesaian Masalah Psoriasis dan Jerawat di Renora Clinic.

Renora Clinic (Skin, Aesthetic & Laser Clinic) | Since Sally kena Arthritis Psoriatik (PsA) penghujung tahun 2020, memang Sally rasa down sangat dengan diri sendiri, ada banyak benda yang Sally tak mampu buat dan tak boleh buat, banyak benda kena pantang daripada makan dan yang paling Sally sedih bila tengok keadaan kulit muka Sally. Untuk yang tak tau, Arthritis Psoriatik (PsA) adalah keradangan pada sendi.

Psoriasis pula adalah sejenis keradangan kronik disebabkan oleh gangguan sistem imunisasi badan. Kalau sel kulit biasanya akan mengelupas dalam tempoh 28 hari tetapi bila ada psoriasis, hanya memerlukan tiga atau empat hari sahaja dan sel kulit ini tidak akan mengelupas tetapi sebaliknya ia akan berkumpul dan membentuk tompokan kulit. Psoriasis berbeza dengan ekzema, warna dan sisik psoriasis pun adalah berbeza.

Selain daripada psoriasis, selepas suntikan booster vaksin Covid-19 hari itu, bahagian bawah muka Sally tiba-tiba naik ruam dan jerawat yang agak teruk, sangat teruk ya walaupun Sally dah gunakan pelitup muka yang untuk kulit sensitif. Tak tahu la efek booster atau efek mask-ne, tapi memang Sally jadi jelik nak pandang muka sendiri. Nasib baik juga bila keluar pakai mekap dan juga pelitup muka, jadi tak la segan sangat nak bertemu dengan orang.



Bila orang cadangkan untuk cuba produk itu produk ini, semuanya Sally cuba tapi hasilnya tetap la tidak membantu untuk kurangkan kesan psoriasis dan juga kesan jerawat. Walaupun hakikatnya psoriasis tidak boleh diubati, cuma boleh kurangkan je, tapi Sally memang berharap boleh tengok muka yang bersih macam dulu.

Produk tak jalan, set penjagaan muka pun tak berkesan, akhirnya Sally pilih untuk dapatkan rawatan daripada doktor. Sally jumpa Doktor Estetik dan doktor kulit yang bertauliah untuk dapatkan penjelasan dan juga nasihat untuk selesaikan masalah Sally. Mesti ada yang kata, jumpa doktor kulit mahal kan? Tapi pada Sally daripada nak hadap masalah lain di masa hadapan, lebih baik la cari bantuan doktor terus, atleast selamat kan?



Dekat Renora Clinic, Sally dapatkan nasihat doktor daripada Dr Ruhil. Kalau korang aktif dekat TikTok mesti selalu nampak Dr Ruhil beri penjelasan dan perkongsian tentang masalah kulit dan juga pentingnya mendapatkan rawatan daripada doktor bertauliah, bukan hanya daripada pakar kecantikan semata.

Dr Ruhil merupakan seorang Pengamal Perubatan Estetik Bertauliah (LCP). Beliau memperolehi Certification of Medical Aesthetics (LCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tambahan pula dah ada lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang perubatan. Jadinya, takde la rasa ragu-ragu nak tadah muka dekat klinik.



Analisa kulit dilakukan dengan bantuan mesin khas yang boleh tengok kondisi kulit kita daripada luar dan dalaman. Jangan risau sebab semua mesin di Renora Clinic diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA).



Sally memang tau yang keadaan kulit Sally memang sangat kering, terlalu kering sehingga menyebabkan kulit Sally jadi berminyak, bila berminyak jadi mudah jerawat naik, bila terlalu kering pula psoriasis. Walaupun selalu guna pelembap dan sunscreen, tapi masih ada banyak faktor yang menyebabkan kulit jadi kering.

Kondisi Psoriasis Sebelum Rawatan

Disebabkan kondisi kulit Sally agak sedikit pelik atau bahasa mudahnya rumit, jadinya Dr Ruhil cadangkan untuk kawal dengan set penjagaan muka dan juga ubat-ubatan. Bukanlah pelik sangat cuma masalah kulit Sally terbahagi kepada dua, sebahagian atas ada masalah psoriasis, dah bahagian bawah masalah jerawat.



Jadi kalau nak buat peeling treatment macam sedikit complicated. Rawatan topikal pula yang ada hanyalah dengan penggunaan krim. So, Sally teruskan je dengan set penjagaan muka daripada Renora, yang ada pencuci muka dengan salicylic acid, pelembap dan juga sunscreen. Semua set penjagaan kulit Renora adalah bergred perubatan, jadi lagi sekali Sally tak risau la. Lagipun pelembap sangat penting kerana bila kita ada psoriasis, memang kita mempunyai kulit yang sangat kering.


Rata-rata yang jumpa selalu komen, kata kesan psoriasis Sally tak kelihatan sangat pun, sebabnya psoriasis Sally mmg agak teruk pada kulit kepala dan juga dahi. Walaupun agak tidak kelihatan pada mata orang lain, kita yang setiap hari tengok muka sendiri, memang rasa stress dan rasa malu dengan diri sendiri.



Kalau korang ada mengenali seseorang yang menghidap psoriasis, cubalah berempati dengan mereka sebab psoriasis boleh berikan impak kepada harga diri dan kualiti kehidupan mereka, dan kalau boleh sarankan mereka untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya, yang penting daripada doktor yang bertauliah. Psoriasis tiada penawar, tidak juga boleh menjangkiti orang lain tapi dengan ubat-ubatan yang sesuai, ianya boleh dikawal.



Renora Clinic, Bandar Sri Permaisuri
Lot R-UG-17, Kompleks Permaisuri Q, No 6, Jalan Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Waktu operasi : Isnin (9.30am-4.30pm), Rabu - Ahad (9.30am-6.30pm), Selasa Tutup
Website : https://www.renoraclinic.com/
Facebook : https://www.facebook.com/renoraclinic
Instagram : https://www.instagram.com/renora_clinic
Contact : 0116 098 8315 / renoraclinic.pagemaker.link

Post a Comment

2 Comments

  1. bagus sally dptkan rawatan di tpt yg betul.. nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa la Fiza, sbb makin hari makin teruk pulak kulit Sally :(

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!