Nikmati Nasi Lemak Seafood Spread di Just Seafood Sempena Ramadan.

Promosi 'Nasi Lemak Seafood Spread' di Just Seafood Sempena Ramadan - 2022 | Lepas bufet Ramadan, bazar Ramadan pulak...semuanya benda yang sama je saban tahun kan...Apa kata kalau kita berbuka dengan makanan laut yang segar?

Haaa! Ini yang Sally nak kongsikan dengan korang semua. Siapa yang tak kenal dengan Just Seafood yang baru ini menang Anugerah 'Best Seafood Spread' di Klang Valley 2022 sempena Asean Food & Travel #AFTAwards2022. Kalau cerita pasal makanan laut segar dan premium, memang Just Seafood - The Best Seafood Restaurant in Sunway Giza!



Sempena Ramadan, Just Seafood mengadakan promosi Nasi Lemak Seafood Spread untuk semua pelanggan terutamanya umat Islam yang ingin berbuka puasa dengan makanan laut segar tetapi masih lagi dipengaruhi oleh selera tradisi. Pedas, cukup rasa masin, berempah dan memang menepati citarasa Sally. Siap ada ikan bilis dan kacang, memang lengkap macam Nasi Lemak!



Apa item yang terdapat didalam promosi "NASI LEMAK SEAFOOD SPREAD"?

Kita boleh pilih sama ada nak untuk 4 pax @ RM250 atau 2 pax @ RM125, yang Sally kongsikan dekat bawah ini ialah untuk 4 pax, jika korang pilih untuk 2 pax makanya korang hanya akan dapat separuh daripada item yang Sally senaraikan.

600g Sotong Katak
8 ekor Baby Octopus
400g Udang Besar
400g Kerang
300g Kupang
2 Jenis Ikan Bilis
Jagung/Lobak Merah/Kentang/Kacang Goreng
4 set Nasi Lemak Wangi
4 set Minuman Butterfly Pea Tea
4 set Pencuci Mulut (Aiskrim Kelapa)
4 biji Kurma Medjool XL (Segar & Lembut)

Jika tak cukup, korang juga boleh buat tambahan asing seperti:
Ketam bersaiz L 350g - RM30 (Harga Biasa RM40) atau pun boleh order Baby Lobster 1⁄2kg RM50 (Harga Biasa RM60)

Untuk pilihan sos pula, boleh pilih sama ada nak Original Cajun, Golden Salted Egg, Butter Cream Milk atau Signature Kari

ORIGINAL CAJUN, campuran rempah yang berasal dari Louisiana di Amerika, dan telah diolah serba sedikit untuk menepati citarasa tempatan.

GOLDEN SALTED EGG, di masak menggunakan kuning telur masin, sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak muak.

BUTTER CREAM MILK, yang hanya menggunakan mentega asli.

SIGNATURE CURRY, campuran ramuan pelbagai rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa bagi semua.



NELAYAN PLATTER, antara menu yang memang Sally tak pernah tak order bila berkunjung ke Just Seafood. Nelayan Platter merupakan gabungan beberapa jenis makanan laut segar seperti udang, ketam, sotong, baby octopus dan lain-lain, disusun penuh teliti kemudian di kukus dan ditaburi hirisan serai, cili, bawang dengan haruman bumbu istimewa yang berasal daripada Bali, Indonesia.



Sos mereka ini adalah sos tradisional yang digunakan oleh nelayan di Bali, Indonesia untuk memasak makanan laut mereka setelah mereka menangkapnya dari laut. Gaya memasak makanan laut budaya khas ini pelajari sendiri ketika pemilik Just Seafood berkunjung ke sana.

Set ini boleh dimakan 2-3 orang, hanya RM125 (dengan tambahan ketam), RM85 (tanpa ketam).



Korang suka makan tiram? Kalau jawapan korang YA!, adalah wajib ya order tiram mereka. Bukan sekadar segar tapi besar-besar juga. LIVE US Oyster ini berharga RM21/seketul, promosi dine-in BELI 4 PERCUMA 1! SUPER BERBALOI!!

Dah puas makan Udang, Sotong, Ketam, Tiram dan lain-lain makanan laut yang segar, kita sudahi dengan makan pencuci mulut aiskrim Kelapa. Dengan dekorasi kedai yang macam berada di tepian pantai, bila angin bertiup sambil makan aiskrim Kelapa, memang macam tengah bersantai di pantai!



Just Seafood memang sangat menitik-beratkan kualiti setiap hidangan mereka. Tak kiralah daripada segi rasa mahupun saiz makanan laut itu sendiri. Jadi jangan rasa was-was nak datang dan rasai sendiri kesegaran dan kepelbagaian makanan laut yang ada di sini. Harganya selari dengan kualiti yang diberikan, AFFORDABLE!



Sepanjang Ramadan ini Just Seafood selalu penuh ketika waktu iftar, jadi kalau nak datang berbuka puasa, adalah lebih baik buat tempahan awal, takut nanti ada yang sengeh depan kedai sebab penuh. Klik sahaja link WhatsApp mereka untuk membuat tempahan meja atau delivery wasap.my/+60122290855/JustSeafood

JUST SEAFOOD
No.2 Jalan PJU5/14 PJU5, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Dibuka SETIAP HARI daripada jam 12.00pm sehingga 10.00pm
FACEBOOK: www.facebook.com/JustSeafoodMY
INSTAGRAM: www.instagram.com/justseafood_kd
WHATSAPP: wasap.my/+60122290855/JustSeafood

Post a Comment

0 Comments