Friday, November 20, 2020

Just Seafood - The Best Seafood Restaurant in Sunway Giza!

JUST SEAFOOD, SUNWAY GIZA | Kupang, Lala, Ketam, Sotong...Cuba bagi tahu Sally siapa yang tak suka dengan makanan laut yang premium dan segar, makan pula bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, memang kalau Sally takkan sesekali menolak!



Kalau korang nak tau, sebenarnya acara makan secara lambak (shell out) ini datang daripada Louisiana, disana kalau nak makan makanan laut, mereka akan lambakkan atas meja dan makan menggunakan tangan. Jadinya semua ahli keluarga dan rakan-rakan akan makan bersama-sama.



Dan disebabkan itu juga Just Seafood telah membawakan konsep dan keseronokan makan makanan laut secara lambak ini ke Malaysia, dan mula meneroka resipi yang sama menggunakan Cajun dan rempah-rempah lain dengan mempelbagaikan rasa untuk menepati citarasa kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Yang paling penting ialah semua makanan laut di Just Seafood diimport segar dan terjamin kualitinya!



NELAYAN PLATTER!

Fuhhh...macam mana segarnya semua makanan laut ini, kita boleh bayang daripada nama menu ini sendiri. Nelayan Platter merupakan gabungan beberapa jenis makanan laut segar seperti udang, ketam, sotong, baby octopus dan lain-lain, disusun penuh teliti dan ditaburi hirisan serai, cili, bawang dengan haruman bumbu istimewa dan kemudiannya dikukus. Padan la Nelayan Platter ini menjadi antara menu tarikan yang membuatkan pelanggan leka. Iyeee...Sally cakap pasal diri sendiri la yang leka tuuu~ 😆

Set ini boleh dimakan 2-3 orang, hanya RM105 (ketam), RM65 (tanpa ketam)



OMG! Yang ini memang Sally suka sangat, honestly sejak jadi blogger banyak benda yang Sally cuba makan dan salah satunya tiram. Di Just Seafood, tiram mereka bukan setakat segar tapi besar-besar tau. LIVE US Oyster ini berharga RM18/pc, tapi kalau korang order 3 pcs boleh dapat FREE satu, jadinya utk 4 oyster yang gemuk-gemuk dan segar ini hanya RM72 (4 pcs), SUPER BERBALOI!!


Kerang Stim (RM18) - ½ kilo & Seafood Basket (Mixed Seafood)

Untuk set Signature ini kita boleh pilih nak untuk berapa orang makan, as low as for 2 pax sampai la 6 pax. Kalau nak request pedas pun boleh tau, ikut level mana yang korang nak...Set signature di datangkan dengan udang, clam, kupang dan sayur-sayuran. Untuk ketam korang boleh pilih sama ada nak atau tidak.


SIGNATURE CURRY


Kita boleh pilih daripada 4 jenis pilihan sos iaitu THE ORIGINAL CAJUN, SIGNATURE CURRY, GOLDEN SALTED EGG dan BUTTER CREAM MILK. Kalau korang tanya Sally, personally Sally suka dengan Golden Salted Egg, tapi kalau nak go for something slightly spicy, korang boleh cuba Signature Curry! Next time kalau pergi lagi, Sally akan pastikan Sally cuba sos The Original Cajun tu.

Overall, SUPER SEAFOOD COMBO yang Sally pilih ini memang terbaik!

↪ 2 Set - 2 pax Seafood Cajun (sos mengikut pilihan)
↪ Nelayan Platter
↪ Seafood Basket
↪ Live US Oysters (4 pcs)
↪ Steam Cockles
↪ Mantao Bread


GOLDEN SALTED EGG



Pada Sally, harga makanan laut dekat sini sangat affordable, kalau nak cerita pasal kesegaran dan kepelbagaian memang tak boleh nak sangkal. Suasana dan susun atur dekat Just Seafood ini pun membuatkan kita rasa macam ada dekat tepian pantai lagi. Haha!

Just Seafood memang sangat menitik-beratkan kualiti setiap hidangan mereka. Tak kiralah daripada segi rasa mahupun saiz makanan laut itu sendiri. Jadi jangan rasa was-was nak datang dan rasai sendiri kesegaran dan kepelbagaian makanan laut mereka.



JUST SEAFOOD (Sebaris dengan Brew House) 
No.2 Jalan PJU5/14 PJU5, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Dibuka SETIAP HARI daripada jam 12.00pm sehingga 10.00pm
FACEBOOK: https://www.facebook.com/JustSeafoodMY
INSTAGRAM: www.instagram.com/justseafood_kd
WHATSAPP: wasap.my/+60172295005/justseafood

4 comments:

  1. Cajun tu ape? Dia punya menu tuuu perghhh..terliur tengoknya..bila dpt turun kl ni..nk singgah 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cajun tu actually French colonists, so makan style lambak ni datang dr Lousiana and Cajun style tu boleh kata refer as style masakan, rempah ratus dia juga

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!