Sapot Asnaf Sapot Lokal; Inisiatif Foodmarket Untuk Bantu Usahawan Asnaf.

Pernah tak anda terfikir, kan seronok ada satu tempat yang ada pelbagai jenis produk lokal daripada usahawan kecil dan sederhana di Malaysia?



Jangan risau sebab anda boleh berkunjung ke Foodmarket untuk mendapatkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh usahawan asnaf yang telah mendapat bimbingan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS). Menurut Dato’ Bakhtiar bin Hussin selaku Ahli Lembaga Pengarah TERAS, program ini merupakan antara inisiatif bagi membantu memperkenalkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh usahawan asnaf di Negeri Selangor kepada masyarakat umum khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN PERKENAN RASMI PROGRAM SAPOT ASNAF, SAPOT LOKAL




Istimewanya ketika majlis pelancaran, Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin telah berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian Program Sapot Asnaf Sapot Lokal. Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Saipolyazan Mat Yusop Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta Mohd Hasnul Redza bin Abd. Rahim, Pengurus Besar TERAS.



 Program Sapot Asnaf Sapot Lokal dijalankan bertujuan untuk membantu memperkenalkan produk usahawan asnaf serta bekas usahawan asnaf di Selangor. Dalam masa yang sama, program ini juga dapat menambah baik keluaran produk yang telah dihasilkan oleh usahawan sebagai hadiah korporat sewaktu musim perayaan.

Selain itu, program ini juga dapat membantu untuk menyediakan produk usahawan yang berkualiti dari segi reka bentuk yang menarik dan unik supaya dapat dipasarkan ke peringkat yang lebih baik serta dapat meningkatkan jualan produk dan juga mengenal pasti sasaran pelanggan serta memperluaskan pasaran.



Jujur kata Sally memang teruja bila dapat lihat sendiri pelbagai jenis produk hasil daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) kita, semuanya memang tahap antarabangsa dah. Ada pelbagai jenis menu yang boleh terus makan, produk sejuk beku, sambal dan pes, serbuk masakan. Bayangkan kuih muih seperti Kuih Talam, Kuih Seri Muka pun ada dalam bentuk sejuk beku, tak perlu susah payah nak buat, tinggal kukus dan boleh terus makan.

Akok, Puding Raja, Lauk Pauk Sejuk Beku, Daging Salai, Keropok Lekor, Aiskrim Gula Apong...eh pendek kata semua produk IKS boleh di dapati di Foodmarket. Eh jappp...anda tahu tak gula apong tu adalah gula nira nipah dan ianya baik untuk kesihatan kerana rendah GI (Glycemic Index)? Inilah antara produk istimewa daripada Sarawak yang berjaya diketengahkan.







TERAS selaku anak syarikat kepada Majlis Agama Islam Selangor diberi tanggungjawab membantu membangunkan permiagaan usahawan asnaf fakir dan miskin di Selangor sehingga berjaya keluar daripada status asnaf tersebut. Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Foodmarket dan ianya membuka peluang kepada usahawan asnaf untuk mengeluarkan hamper korporat yang boleh dibeli oleh orang ramai atau syarikat bagi kegunaan khususnya semasa perayaan atau lain-lain majlis.

Jika tidak berkesempatan nak ke Foodmarket, anda juga boleh ke platform Foodmarket secara dalam talian untuk melihat produk-produk yang disediakan oleh para usahawan asnaf ini. Jangan lupa untuk SAPOT ASNAF SAPOT LOKAL!



Food Market – Heaven for Food Lovers
Website: foodmarket.com.my
HQ: +603 9174 4501 | Hotline: +6019 666 4889
8, Jalan Wangsa Setia 3,Wangsa Melawati, 53300, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!