[Review] Hotel Grand Barakah; Hotel Berkonsepkan Islamik di Ampang.

Grand Barakah Hotel, Ampang | Masa Sally kongsikan yang Sally bermalam di Hotel Grand Barakah, ramai yang tanya di mana lokasinya kerana tak ramai yang tahu sebenarnya Hotel Grand Barakah dahulunya dikenali sebagai De Palma Hotel Ampang.

Sebut je De Palma Ampang, barulah rata-rata orang tahu. Pengurusan hotel diambil alih daripada De Palma dan Hotel Grand Barakah mula beroperasi pada Oktober 2021 yang lepas, menampilkan konsep mesra Muslim di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan.



Hotel ini mempunyai 204 buah bilik dan 32 suite buah suite yang direka dengan cantik. Hotel Grand Barakah juga adalah hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan oleh JAIS untuk menjalankan solat Jumaat di Surau Nurul Hikmah mereka.

Kedudukan Hotel Grand Barakah yang strategik, terletak tidak jauh dari pusat bandar Ampang yang sibuk serta pusat membeli belah Ampang Point, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kelainan dalam perjalanan mereka.

Hotel ini juga berdekatan dengan kemudahan awam seperti bas, stesen LRT, Hospital Pakar Ampang Puteri dan semestinya kedai barangan kemas Habib Jewels juga. Pendek kata kalau mencari penginapan yang serba lengkap, Hotel Grand Barakah memang pilihan yang tepat.





Disini ada beberapa pilihan bilik yang boleh kita pilih, macam Sally, sebab nak bermalam satu malam je, jadinya Sally pilih Premier Deluxe Rooms (Twin Beds). Sesuai la untuk Sally dengan kawan. Bilik dia pun agak luas, ada LCD TV, ada mini fridge, ada sejadah dan juga penunjuk kiblat, basic toiletries dan juga kopi, teh. Untuk seterika pula ada boleh minta daripada front desk.



Antara pilihan bilik lain yang ada:

Deluxe Floor - Aras 4 hingga Aras 7
- Deluxe Room
- Deluxe Junior Suite
- Deluxe Executive Suite



Premier Floor - Aras 8 hingga Aras 11
- Premier Deluxe Room
- Premier Junior Suite
- Premier Executive Suite



Sally pada awalnya teruja dengan promosi yang ada di hotel ini, mana tak nya terpampang luas ada tulis Hidangan Juadah Warisan Bonda, "Hari-Hari, Hari Raya". Paling menarik tu sebab ada Burasak, Lepat Lui dan Ketupat Palas, bufet!





Selain itu ada juga Ketupat, Lemang, Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Rendang Daging dan Rendang Ayam..Menu Raya setiap hari! Sally baca banyak review supaya cuba Asam Pedas, malangnya masa Sally pergi takde...tapi Limpa Masak Kicap dia sedap gila! Bufet Nasi Lemak Sambal Sotong pun ada, bermula jam 6pm - 11pm



Harga: R M 3 0 / p a x
Nak walk in boleh, nak booking dulu pun boleh. Hubungi mereka untuk info lanjut:
019-7194070 - Ain
019-7564070 - Rawi
019-9614070 - Alma
019-9624070 - Luqman





Di Surau Nurul Hikmah yang berada di tingkat 3 ada dijalankan Solat Jumaat, disebelahnya pula ada kolam renang dan juga sebuah restoran makanan Timur Tengah, Al Azzraf Turkish & Arabic Cuisine. Interior dia sangat menarik tau, sesuai kalau nak buat small gathering. Paling wajib cuba dia punya Mandy Lamb Shank, Kabsa, Biryani dan Maqluba.





Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti boleh buat, korang boleh juga nikmati Hi-Tea di The Rumbia, Setiap Jumaat ada Bufet Nasi Minyak bermula jam 11am - 3pm), Set Makan Tengahri dan Malam (Wajib cuba Asam Pedas dan Ikan Patin Tempoyak).

MAJLIS PERKAHWINAN DI HOTEL GRAND BARAKAH

Di ballroom hotel ini juga selalu di adakan majlis resepsi, yang menariknya mereka boleh buatkan majlis mengikut budget kita. Yang itu kena la berhubung dengan pihak hotel tau...Hmmm...Sally kena buat wedding dekat sini jugak ke? Dah alang-alang dekat dengan rumah 😏



HOTEL GRAND BARAKAH
Alamat: Jalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor.
Ikuti Hotel Grand Barakah
di media sosial:
Website - www.grandbarakahhotel.com
Facebook - www.facebook.com/GrandBarakahHotel
Instagram - www.instagram.com/grandbarakahhotel
Twitter - www.twitter.com/GrandBarakah

Post a Comment

4 Comments

  1. menarik ni. Lama tak masuk Ampang. Dekat DePalma ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg De Palma pun ni.. Dah tukar management baru

      Delete
  2. best. sekali sekala nak tidur hotel, sambil tengok view kuala lumpur.

    ReplyDelete
  3. i see. Patutla foyer macam familiar.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!