Berbuka Puasa dengan Menu Chinese Muslim di Chopsticks by Muhammad Oon, Bangsar.

Chopsticks by Muhammad Oon, Bangsar | Peminat makanan Cina Muslim mesti pernah dengar restoran Chopsticks by Muhammad Oon. Mereka boleh ditemui di TTDI, Hartamas tapi Sally pergi ke outlet terbaru di Bangsar. Dekat sikit!



Berasal daripada tradisi kulinari selera Cina Malaysia, Chopsticks menawarkan pilihan kepada umat Islam Malaysia untuk menikmati resipi tradisional Cina Malaysia yang unik. Ingin mengubah selera semasa berbuka puasa? Boleh cuba pelbagai menu dan set istimewa sempena Ramadan di Chopsticks by Muhammad Oon, Bangsar.



Sempena Ramadan, Chopsticks by Muhammad Oon akan menyediakan set istimewa sempena Ramadan yang boleh dinikmati bersama keluarga mengikut kesesuaian ahli keluarga dan selera. Kalau tak nak set, nak order secara a la carte pun boleh.


Set A - 2 pax


Set B - 4 pax


Set C - 6 pax

Di Chopsticks by Muhammad Oon, mereka mempunyai lebih daripada daripada 100 jenis hidangan tradisional Cina, yang mampu memenuhi hampir semua selera, daripada manis kepada berperisa, daripada rasa yang natural kepada rasa yang berat.

Antara menu menarik yang boleh dicuba seperti hidangan pembuka selera "Ayam Goreng Lobak dengan Tauhu" atau "Otak-otak".


Chilli Padi Garlic Lala


Butter Floss Prawn


Sotong Telur Masin


Salted Egg Baby Crab

Pelbagai hidangan ala-carte daripada makanan laut boleh dipilih, semuanya datang daripada resipi unik chef di Chopsticks by Muhammad Oon seperti “Signature Ikan Kukus Nyonya”, “Sotong Telur Masin”, “Udang Oat Nestum” dan “Kam Heong Lala”.

Nak kelainan daripada makanan laut? Boleh cuba "Ayam Masam Manis" dan "Daging Lembu Bawang Halia". Ini antara menu kegemaran Sally sebab Sally memang suka makan daging berbanding makanan laut.


Daging dengan Daun Bawang & Halia


Sizzling Beef



Untuk sayuran pula, boleh cuba Baby Kailan dengan Bawang Putih, Kangkung Belacan, Taugeh dengan Ikan Masin dan lengkapkan hidangan dengan sup pilihan Bayam dengan Goji Berries. Telur Dadar Cincalok pun sedap tau.



Untung melengkapkan makanan iftar kita, mestilah kena ada minuman sejuk kan. Boleh cuba SODA GEMBIRA, air Bandung Soda yang dikisar halus, dan disajikan bersama dengan Aiskrim Vanila Oreo.



Akhir sekali, resipi yang telah lama hilang "Lin Chi Kang" yang mesti dicuba untuk menghilangkan dahaga.

Sally juga cuba menu a la carte, bila rasa tak nak makan set. Walaupun menu a la carte, portion memang tak kedekut dan Sally rasa boleh kongsi juga kalau order satu.




Fried Glass Noodles


Ginger & Spring Onion Beef Kuey Teow



Sempena bulan Ramadan juga, Chopsticks by Muhammad Oon juga akan menyediakan buah tamar untuk berbuka puasa. Sila hubungi 014-962 6725 atau 016-957 3884 untuk tempahan meja untuk iftar sepanjang Ramadan.



Chopsticks by Muhammad Oon @ Bangsar
40, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook | Instagram

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!