Resipi Cream Puff with Diplomat Cream



Hai semua!

Semenjak Sally mula menubuhkan the.cakesion sekitar bulan Julai 2021, ramai yang cakap nak order cream puff daripada Sally tapi sebab lokasi agak emmbataskan, jadinya Sally kongsikan resipi dan bolehlah buat untuk makan-makan...Insya-Allah sedap, macam makan puff dengan asikrim Vanilla!

Baca lanjut: the.cakesion | PKP Membawa Wujudnya Home-Bakery Kecil Sally.

Adunan ini boleh dapat dalam 45-50 biji, mengikut kepada berapa besar korang paip adunan untuk puff. Kalau buat kecil mungkin boleh dapat banyak, anggaran ini mengikut kepada resipi Sally setiap kali nak buat order Cream Puff with Diplomat Cream.

Choux Pastry (Pâte à Choux) / Cream Puff

BAHAN A:
2 cawan air (500ml)
200g unsalted butter
2 sudu besar gula
Sedikit esen atau perasa vanila

BAHAN B:
250g tepung gandum

BAHAN C:
6 biji telur gred A @ B

CARA-CARA:
1. Campur kesemua bahan A dan masak sehingga menggelegak dan butter cair.
2. Masukkan bahan B dan kacau sebati. Masak sehingga jadi pekat menjadi doh. Padamkan api.
3. Masukkan adunan dalam mixer dan masukkan bahan C satu persatu. Penting ya masukkan sebiji demi sebiji telur.
4. Sapukan mentega atas tray, masukkan adunan dalam piping bag dan boleh paipkan adunan atas tray, pastikan jarak sebab nanti adunan akan mengembang. Renjis atau ratakan atas puff dengan air, air membantu puff kita naik kembang.
5. Bakar pada suhu 200-220°C dalam 30 minit. Suhu bergantung kepada ketuhar masing-masing. Puff yang cantik perlu berwarna keperangan selepas dibakar.

Filling Diplomat Cream

BAHAN A
1 cawan @ 300ml susu penuh krim

BAHAN B
2 kuning telur
¼ cawan gula
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila (lebih baik kalau ada ekstrak creamy vanilla)
2 sudu besar mentega tidak bergaram

BAHAN C

1 cawan @ 250ml non-dairy whipping cream

CARA-CARA:
1. Panaskan susu, tidak perlu sampai mendidih.
2. Di dalam bekas yang berlainan, gabungkan semua bahan B kecuali esen vanila dan mentega. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan susu yang dipanaskan, kacau rata.
3. Tapis adunan tadi ke dalam periuk dan masak sehingga likat. Apabila dah likat boleh matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega, kacau sehingga sebati.
4. Sejukkan sementara adunan tadi di dalam chiller.
5. Pukul bahan C sehingga likat seperti topping kek, campurkan sedikit dalam adunan dalam chiller tadi, kacau rata dan kemudian campurkan semua sekali, adunan sehingga sebati.
6. Boleh masukkan di dalam chiller sementara untuk kekalkan tekstur, kemudian boleh masukkan dalam piping bag dan bolehlah paipkan kedalam Choux Pastry (Pâte à Choux) / Cream Puff kita mengikut kreativiti.

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. Boleh la cuba buat, kalau nak senang order je dgn Sally 😆

      Delete
  2. sedap cream puff tu mesti manis kann.,. ;p

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap je Sally. Ada function bolehla akak order

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!