SELANGOR FRUIT VALLEY | Teroka dan Rasai Pengalaman di Ladang Buah-Buahan.

Selangor Fruit Valley (SFV) merupakan sebuah ladang buah-buahan tropika dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang berkeluasan 946 hektar. Disini ada terdapat 25 jenis tanaman buah belimbing, jambu batu, nanas, ciku, rambutan, pulasan, betik, kelapa pandan, mangga, nangka dan NangChem, hasil daripada kacukan nangka dan cempedak.

Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS). Melalui pembangunan SFV ini, ianya akan dapat menjadikan kawasan ini lebih berdaya maju serta komersil di samping menjana industri pertanian dan asas tani negeri.

Kalau korang nak tau, sekitar tahun 2002, hampir 500 ekar digunakan untuk menanam pokok belimbing sebab masa itu belimbing antara buah yang paling digemari di dalam dan luar negara, tapi sekarang hanya tinggal 10 hektar kawasan yang ditanam pokok belimbing kerana kurang mendapat permintaan. Sedap kot belimbing kan!



SFV mula dibuka pada tahun 2001. Pada tahun 2006, mereka dikenali sebagai Selangor Tropical Fruit Garden, tetapi mengalami kerugian dan kemudian ditutup sementara, dan pada awal tahun 2015, pemulihan ladang dan juga pokok-pokok mula dijalankan dan beberapa fasiliti telah ditambah dan dibaikpulih sehingga terwujudnya Selangor Fruit Valley pada tahun 2019 sebagai sebuah pusat Agropelancongan di negeri Selangor. Kebanyakkan pelancong datang daripada China, Jepun dan semestinya antara pilihan rakyat Malaysia untuk merasai pelbagai aktiviti Agropelancongan.

Ladang ini turut diusahakan oleh 54 usahawan tani yang menjaga 420 hektar daripada kawasan ladang SFV. Ada juga syarikat pajakan yang mengusahakan tanaman pokok durian seluas 300 hektar, lepas ini tiada masalah la durian tak cukup kan! Tapi masih lama la untuk kita rasa kerana masih belum berbuah lagi. SFV sendiri ada hampir 3,000 pokok durian tau.

Yang menarik lagi, SFV juga akan menanam Buah-buahan Nadir Malaysia. Untuk korang yang tak tau, buah Nadir ini dalam kategori buah-buahan yang eksotik contohnya seperti buah Binjai, buah Mentega, buah Nona, buah Durian Belanda, buah Gajus, Buah Berangan, Melinjau dan sebagainya. Jadi sama-sama la kita nantikan apa yang akan ditanam di SFV nanti!

TREM RIDE

TREM RIDE adalah kenderaan dalaman untuk ke satu point ke satu point yang lain. Jarak laluan pelancongan dari 3 -4 kilometer adalah satu perjalanan yang menyeronokkan. Para pengunjung dapat melihat dan menikmati suasana ladang yang sebenar. Pastinya ia suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

ECOBRIDGE COURTYARD


ECOBRIDGE COURTYARD adalah sebuah ruang bersantai dalam keindahan tanaman menjalar serta lanskap yang menarik. Disini juga terdapat sebuah ‘Café’ untuk para pengunjung berehat dan pejabat operasi Selangor Fruit Valley.





TAMAN HERBA DAN REMPAH-RATUS

Pelbagai jenis herba dan rempah-ratus terdapat di sini. Ia ditanam di dalam lanskap yang indah dengan gabungan pelbagai spesis herba dan rempah-ratus. Sebuah ‘Air Terjun’ buatan sedang dibina di kawasan ini dan dijangka siap dalam masa terdekat.

TAMAN RUSA




Sekarang bukan sahaja boleh tengok tanaman, haiwan ternakan pun ada macam rusa dan arnab. Taman Rusa adalah perhentian pertama untuk ‘Trem Ride’. Rusa yang terdapat di taman ini adalah dari spesis Rusa Demoransis.



TAMAN ARNAB

TAMAN ARNAB adalah tarikan utama pengunjung terutamanya kanak-kanak ke Selangor Fruit Valley. Di sini juga terdapat taman permainan dan anjung tinjau.

Kalau nak beli arnab untuk dijadikan haiwan peliharaan pun boleh! Akan datang boleh tengok burung merak, kuda dan juga burung unta.



RUMAH KAMPUNG







Sambil tengok rumah kampung yang ada, korang boleh juga beli Air Kelapa Pandan, dipotong terus dan minum dekat situ. Panas-panas, minum air kelapa memang terbaik!

AKTIVITI MENUAI KELAPA PANDAN



Kepada mereka yang gemar berbasikal, di dalam SFV juga ada trek sepanjang 6km yang khas untuk penunggang basikal yang telah dibuka pada awal Januari 2022, tak mahal pun hanya perlu bayar RM15 dan boleh dapat buah-buahan potong khas daripada ladang SFV dan juga air kelapa pandan, tapi basikal tidak disertakan ya, kena bawa sendiri punya.

Nak buat telur masin sendiri? Pun boleh di Selangor Fruit Valley (SFV). Kutip sendiri telur itik, dan buat telur masin sendiri. Menarik kan? Kalau nak pakej menoreh getah pun ada juga. Dalam perancangan, SFV juga merangka untuk menanam cendawan tiram kelabu, pakej anggur (petik dan bawa balik), jualan anak pokok seperti pokok buah-buahan yang disertakan dengan baja kompos yang khas daripada SFV, ATV Ride, penginapan (chalet dan aktiviti teambuilding).

Kepada korang yang nak merasai sendiri pengalaman di ladang SFV, Sally sarankan supaya buat tempahan awal di laman web rasmi atau secara talian terus mereka kerana buat masa ini mereka kekurangan kakitangan untuk melayani walk-in customer.

Masih boleh walk-in cuma pakej kena tempah awal, harga dewasa (RM15) dan kanak-kanak (RM10), untuk yang ini pelanggan akan dapat naik trem untuk ke Taman Arnab, Taman Rusa, Rumah Kampung dan juga buah-buahan potong daripada ladang SFV sendiri.

Selangor Fruits Valley SFV
KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat daripada jam 9am - 4pm
www.selangorfruitvalley.my

Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik ni bawa anak anak beraktiviti kat sini. Macam macam ada

    ReplyDelete
  2. Best Selangor Fruit Valley ni! Macam-macam aktiviti berkaitan pertanian leh buat!

    ReplyDelete
  3. Menarikkk!!! Nak bawa anak pergi juga lah nanti! Mesti suka sbb ada juga haiwan2 kan😊

    ReplyDelete
  4. menarik ni...boleh la try ke sana nanti

    ReplyDelete
  5. Wahhhhh . syoknyaasa... one day nak ke Selangor jugaklah.. hihi

    ReplyDelete
  6. Suasana dekat sini bestnya! Baru tau ada fruit valley ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!