RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula.

Siapa yang tak setuju, tahun 2021 banyak menyaksikan pelbagai ujian dihadapi rakyat Malaysia, bukan sekadar cabaran pandemik COVID-19 yang tidak pernah reda, tetapi juga bencana banjir dan seangkatan dengannya.

Cabaran pandemik juga bukan sekadar dirasai oleh rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia. Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman juga tidak terkecuali kerana beliau bersama 31 orang ahli keluarganya turut dijangkiti COVID-19. Tidak terhenti setakat itu, ibu mertua Dr Azizan juga turut meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.



Bak kata pepatah, "Berpantang mati sebelum ajal", Dr Azizan kembali pulih dan tidak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan menjalani proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang usahawan melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks. Ini termasuk salah satu program iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) yang mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Tidak terhad kepada itu, RichWorks turut menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) melalui Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula pada bulan Julai tahun lalu, yang telah berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. Mereka juga berjaya mengumpul sumbangan kilat berjumlah RM500,000 daripada usahawan dibawah RichWorks dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember yang lepas.



Semasa Aidiladha, ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 sebagai ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 orang pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Tahun 2021 mencatatkan jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). Melalui program bimbingan Spire, fokus untuk usahawan mencapai jualan RM1 juta pertama setahun telah berjaya digapai oleh 72 orang usahawan.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021. Semoga segala usaha RichWorks (richworks.com) untuk membantu lebih ramai usahawan di Malaysia.



Sedikit perkongsian tentang kisah perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021 (YouTube)


Sejak tahun 2008, RichWorks, sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan berjaya menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar secara langsung dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Ini selari dengan visi RichWorks dalam menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan hasil dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!