Kenapa Perlu Rebut Promosi LuLu Super Friday di LuLu Hypermarket?



LuLu Super Friday (23 November - 5 Disember 2021) - Promosi, harga murah, potongan harga...Siapa yang tak suka dengan penjimatan kan dan disebabkan itu Sally rasa Sally wajib kongsikan dengan korang tentang promosi LuLu Super Friday yang telah bermula sejak 23 November sehingga 5 Disember 2021. Jangan risau walaupun Super Friday, bukan terhad kepada hari Jumaat sahaja tau, ianya sepanjang minggu!



POTONGAN SEHINGGA 70%

Seharusnya bila ada promosi, kena la rebut harga promosi kan. Bayangkan ada tawaran DISKAUN SEHINGGA 70% untuk item yang terpilih daripada semua kategori seperti elektronik, elektrik, makanan segar, barangan runcit pasar raya, kesihatan & kecantikan. Pendek kata semua benda yang kita nak cari ada disini, ditawarkan dengan harga promosi!



Untuk mereka yang mencari peralatan elektrik dan juga gajet terbaru, terdapat pelbagai promosi yang telah dijalankan untuk direbut. Semua alatan seperti telefon bimbit, laptop, barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin dan lain-lain turut dijual dengan promosi yang tak masuk akal.



BAYARAN BALIK SEPARUH

Bagi setiap pembelian bernilai RM100 di Bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari & Churidar, kita akan dapat RM50 Baucar Beli-Belah. LuLu Super Friday juga membawakan pelbagai jenis fesyen pakaian lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Bukan hanya terhad kepada pakaian, kasut dan beg, sari dan churidar pun ada promosi.



Jangan risau, semua fesyen up-to-date, bukan hanya promosi nak habiskan stok tau, stok semuanya stok yang latest dan berbaloi kalau kita grab!



KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA

LuLu Super Friday juga menyokong dan mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia bagi menaikkan dan menstabilkan ekonomi Malaysia. Siapa kata barang Malaysia tiada yang bagus?



Tak lengkap la promosi LuLu Super Friday kalau tiada promosi barangan makanan. Sempena promosi LuLu Super Friday ada pelbagai produk makanan seperti beras, bahan basah, susu pekat, serbuk dan cecair pencuci, biskut dan coklat boleh kita dapatkan.



PENGHANTARAN PERCUMA

Malas nak keluar atau tiada masa nak kunjungi LuLu Hypermarket? Jangan risau...korang masih lagi bolej buat pembelian di luluhypermarket.com. Belanja RM100 & ke atas dari stor online mereka dan nikmati penghantaran PERCUMA terus ke depan pintu rumah.

Dah! Malas nak cakap banyak! Jangan lupa untuk serbu LuLu Hypermarket yang berdekatan dengan korang, atau beli secara atas talian bermula 23 November sehingga 5 Disember 2021! Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman media sosial rasmi Facebook LuLu Hypermarket.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!