the.cakesion | PKP Membawa Wujudnya Home-Bakery Kecil Sally.

Lamanya tak tulis entri personal!

Sally rasa rata-rata rakyat Malaysia ramai yang terkesan akibat pandemik, bayangkan la daripada hujung 2019 dan sekarang kita tinggal kurang daripada 100 hari nak habis tahun 2021, PKP silih berganti, ramai yang hilang mata pencarian dan tak kurang juga yang "survive" dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan dan juga mulakan perniagaan.

Tak dinafikan, Sally sendiri sebenarnya terasa sangat bila pandemik, sebab mostly income Sally jana daripada aktiviti blog dan juga travel guide ke Seoul. Sebenarnya Sally paling takut nak masak untuk orang walaupun jujurnya Sally paling suka jamu orang makan...

Mulanya buat sekadar nak tunaikan permintaan orang je, ramai yang suruh Sally masak atau baking, tapi bila selalu bagi percuma orang rasa segan dan nak beli. Sally pulak bukan niat nak menjual, cuma jenis seronok bila nampak orang makan apa yang kita masak/bakar. Sally bukannya ada belajar memasak atau buat kek, cuma kakak dan mama memang suka baking, jadinya timbul minat walaupun kadang nisbah yang menjadi dengan tak tu sama banyak je.

MULA WUJUDNYA the.cakesion

Ramai juga yang tanya, kenapa the.cakesion?



Sally masa pilih nama ni, memang takde idea langsung, pilih punya pilih Sally gabungkan je Cake + Passion, maka wujudlah the.cakesion tu, sebenarnya sebab nak buat IG untuk promote je, tapi lama-lama bila ramai dah tag, Sally teruskan sahaja dengan nama tu sebab dah ramai yang kenal.

APA YANG SALLY JUAL DI the.cakesion

Mostly menu yang ada semua datangnya daripada permintaan customer. Pelik kan tapi itu la hakikatnya, sebab macam Sally cakap daripada awal, the.cakesion wujud sebab kawan-kawan Sally mula segan bila Sally bagi. Bermula daripada Burnt Cheesecake, Cream Puff, Cheese Tart, Fruit Tart, Chocolate Cheese Tornado, sampai la ke pelbagai jenis kek. Tak dinafikan agak susah pada awalnya sebab Sally kekurangan perkakas, oven pun kecil, modal lagi la cukup-cukup makan je tapi slowly bermula 12 Julai 2021, diam tak diam dah nak masuk 3 bulan dah. Alhamdulillah.












Sally pun dah dapat upgrade oven daripada 25 liter ke 100 liter, macam advance sangat tapi dah alang-alang nak beli, kena la beli yang elok dan boleh tahan lama, lagipun nak pakai dalam jangka masa yg lama kan.

If korang ada dekat area Ampang, nak cari manisan ke boleh contact Sally (https://bit.ly/thecakesion) okay. Buat masa ini belum ada COD lagi sebab takde transport so mmg mainly guna perkhidmatan Lalamove / Grab Express. Korang tolong doakan semoga Sally dapat bertahan dan jadikan the.cakesion sebagai tambahan kepada mata pencarian Sally.

Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page the.cakesion

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!