Bebas Asap, Kurangkan Kemudaratan Daripada Tembakau; Ini Antara Alternatif Buat Perokok.

Tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia memang sudah lama menjadi perbualan, bahkan ada dikalangan remaja yang sudah mula berjinak dengan rokok akibat pergaulan rakan sebaya. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan akan ada lebih daripada satu bilion perokok di seluruh dunia menjelang tahun 2025.

Antara beberapa fakta yang membimbangkan mengenai tabiat merokok

● 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
● Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
● 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
● 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
● Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
● Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok

Bebas Asap, Kurangkan Mudarat Dari Tembakau

Umum ketahui, di dalam sebatang rokok ada pelbagai jenis bahan yang beracun kepada kesihatan kita, termasuklah tardan karbon monoksida yang berbahaya. Menurut Pengarah Serantau Pendekatan Saintifik PMI Tomoko Iida,, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok. Punca utamanya adalah asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

Walaupun dengan pelbagai kempen dan saranan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bagi menghentikan tabiat merokok, namun rata-rata perokok mengatakan agak sukar untuk menghentikan amalan itu secara drastik, jika tidak kuat daripada segi mental dan fizikal.



Sally memang paling tak suka bila abang-abang merokok di dalam rumah, atau di dalam kereta. Bau asap rokok biasanya melekat dalam rumah terutama pada langsir, dan kain baju. Lebih bahaya bila ada anak buah (kanak-kanak) di dalam rumah atau di dalam kereta.

Tahukah korang, bukan hanya mereka yang merokok yang ada potensi untuk terkena pelbagai penyakit, tetapi mereka yang menyedut asap (perokok pasif) juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Fakta ini disokong oleh kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok.

Alternatif untuk mengurangkan risiko merokok

Bila dah geram, Sally mula cadangkan supaya mereka bertukar kepada vape atau e-Cig, yang tidak mempunyai tembakau namun masih ada cecair nikotin yang akan diwapkan. Walaupun sebenarnya masih juga berisiko dan lebih mahal jika dikaitkan dengan alat elektronik (e-Cig) termasuk penyelenggaraan, tapi sekurang-kurangnya bahaya asap rokok dapat dikurangkan kerana yang keluar hanyalah wap air.

Jujurnya nak kata vape itu bagus tak juga, bezanya vape selalunya tidak mempunyai tembakau namun masih ada cecair nikotin yang akan diwapkan. Kalau nak diikutkan, keduanya merbahaya tetapi ada beberapa jenis vape atau rokok elektronik telah mengubahsuaikan cecair mereka supaya bebas daripada nikotin dan tembakau.

Tapi baru-baru ini Sally dapat tahu tentang adanya produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran di mana tembakau hanya akan dipanaskan dan bukannya dibakar ('heat-not-burn') seperti IQOS, jujurnya nak pujuk supaya mereka bertukar kepada yang ini bukan mudah, tapi menurut kajian saintifik, produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran ini adalah lebih baik daripada seseorang untuk terus menghisap rokok. Disebabkan tiada proses pembakaran berlaku, maka tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok.



Pada Sally, alternatif penggunaan produk tembakau yang dipanaskan mampu mengurangkan risiko pendedahan bahan-bahan yang memudaratkan kepada mereka yang tidak merokok berbanding merokok kerana bahaya yang sama kepada perokok dan perokok pasif ialah asap daripada pembakaran rokok.

Sally percaya, produk alternatif walaupun tidak bebas dari risiko, tapi masih boleh memberi manfaat bagi perokok jika berjaya beralih sepenuhnya kepada produk alternatif.

Rujukan:
· www.infosihat.gov.my
· www.nst.com.my/business
· National Health Mobility Survey. 2015. Kementerian Kesihatan Malaysia
· https://www.pmi.com/markets/malaysia/en/science-and-innovation/breakthrough-products-for-smokers
· https://origin.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/12/511215/bebas-asap-kurangkan-kemudaratan-tembakau 

Post a Comment

8 Comments

  1. Nasib baiklah kita bukan perokok 😊

    ReplyDelete
  2. Apa pun bau asap rokok mmg buat zaza rasa lemas..harap ramailah perokok sedar yg merokok ni tak ada manfaatnya

    ReplyDelete
  3. Nasib bukan perokok eh..haha tp info ni sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Bau asap mmg kuta tak suka. Husbnd memg hisap jauh2. Bagus vape ni. Pernh suh husbnd pkai ni.. Nanyi la dia fikir dia cakap.. Hehehhe

    ReplyDelete
  5. Setuju sally. Walau heat not burn tak bebas risiko sepenuhnya,tapi tak salah untuk di cuba bagi mereka yang plan nak stop atau cari alternatif lain utk smoking. Tak lah terkejut badan bila berhenti tiba2 kan.

    ReplyDelete
  6. Betul tu, bukan semua org boleh berhenti tiba tiba. Bagus lah ada alternatif macam hi. Mudah-mudahan tak lama lagi boleh berhenti terus hehehe

    ReplyDelete
  7. Efek perokok ni bukan kat diorang je tp kat orang sekeliling jugak. Harap para perokok kat luar sana cuba berhenti slow²

    ReplyDelete
  8. Hopefully this will help the smokers to reduce smoking

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!