Resipi Pau Gebu dan Lembut Guna Tepung Hong Kong

Buat pau antara resipi yang paling Sally gagal nak jadikan ianya sempurna, sebab kalau dulu selalu guna tepung gandum. Bila tau kewujudan tepung Hong Kong, baru la belajar sedikit cara nak buat pau, walaupun masih agak gagal tapi tak apa la janji kita keep practice sampai jadi pandai!


Bahan-Bahan:
250 gram tepung pau atau tepung Hong Kong
¾ sudu teh yis
½ sudu teh baking powder
4 sudu besar gula kastor
1 sudu besar lemak sayuran/minyak masak
1 sudu teh bread improver
½ cawan air suam

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung di dalam mangkuk kemudian tambah yis, baking powder dan bread improver. Kacau adunan sehingga sebati.
  2. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, tambahkan pula lemak sayuran/minyak masak dan uli doh selama lebih kurang 10 minit atau sehingga licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10 minit. Sally guna mixer sebab malas nak uli guna tangan.
  3. Bahagikan doh kepada 8 bahagian (cara mudah timbang supaya dapat bahagian yg sama)
  4. Masukkan inti kesukaan dan tutup/pintal kemas di bahagian bawah. Sally guna Kaya jenama Gardenia sahaja.
  5. Letakkan bahagian yang dipintal dia atas permukaan kertas bersih bersaiz 2x2 inci. Nak guna daun pisang pun boleh.
  6. Tutup dan rehatkan pau selama 45 minit (jangan biar terdedah nanti permukaan jadi kering). Panaskan kukusan sehingga air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.

Tips:
Ikat penutup pau dengan kain supaya wap air tidak menitik di atas pau semasa proses mengukus, dan pau akan terhasil dengan cantik. Pastikan api tidak terlalu kuat dan pau tidak dikukus terlalu lama.

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!