Best betul Sudio Nio Wireless Earphones!

Sudio Nio Wireless Earphones | Muzik dah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sally pun mmg tak terkecuali sebab bila keluar ke apa, nak elak sunyi memang dengar lagu. Lately ni mmg jenis guna wireless earphones je sebab lebih mudah, tak berselirat dengan wayar yang panjang, nak simpan pun mudah sebab muat dalam beg.

Sally pernah nampak kawan guna Sudio, masa tu ingat macam wireless earphones biasa je sampai la cuba sendiri. Kawan Sally punya Fem, tapi macam tak berkenan pula dengan design dia, jadinya Sally pilih Nio yang terbaru!

Sudio Nio Wireless Earphones

Nio ni memang cantik gila! Sally suka design dia, mmg sangat versatile! Nio juga dilengkapi dengan IPX4 (tahap toleransi dengan air), yang bermaksud walaupun masa hujan, kita takkan rasa terganggu dengan bunyi asing daripada luar.

Yang lagi best bila kita ada dekat gym ke tengah bersukan, jogging ke, hujan ke, Nio tetap akan berfungsi dengan baik. Teknologi dwi-mikrofon turut membantu menyaring bunyi asing latar belakang yang tidak diingini semasa kita menjawab/membuat panggilan.


Nio sesuai untuk semua telefon pintar tak kisah la Android atau iOS, yang menyokong capaian Bluetooth 5.0 ke atas dalam range 10 meter. Yang best nya Nio ini pun tahan lama tau, bermula 5 jam sehingga la boleh mencapai up to 20 jam secara keseluruhan dan sangat sesuai untuk kegunaan seharian.

Ujung sayap yang boleh ditukar (4 wing sizes) menjadikan Nio sangat la sesuai untuk semua, Sally punya lubang telinga agak kecil jadi kalau guna earphones biasa selalu bergerak dan Nio menyelamatkan sebab ianya fit, dan boleh disesuaikan dengan keselesaan kita yang menjadikan Sudio Nio ini macam sebati dengan telinga.


Perkara yang paling Sally suka ialah bila Nio menyaring bunyi asing, kiranya masa kita dengar muzik, takde la bercampur aduk dengan orang berbual dan mengumpat, tapi jenuh sikit la bila orang panggil tak dengar kalau tak sentuh bahu kita...hahahaha...tapi takpe la janji kita ada masa privasi kita.

Sudio Nio didatangkan dalam 4 warna yang menarik; Hitam, Putih, Sand dan Hijau. Nio juga didatangkan dengan waranti 3 tahun oleh Sudio Sphere dan penghantaran PERCUMA. Memang berbaloi-baloi la kan!

Sudio Nio Wireless Earphones

So, korang kalau tengah mencari wireless earphones, Sally mmg honestly suggest korang cuba Sudio Nio. Bukan Android user je, iOS pun boleh sebab surely compatible. Gunakan kod diskaun "SALLYS15" untuk potongan 15%. Baik kan Sally siap belanja korang diskaun lagi untuk beli...hahaha...Beli di laman sesawang Sudio ok?

Website Link: www.sudio.com/my
Sudio Nio Green: www.sudio.com/my/nio-green

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!