Tuesday, March 9, 2021

Resipi Grilled Chicken Chop Mudah, Senang & Sedap.



Grilled Chicken Chop | Musim-musim PKP 2.0, teringin nak makan macam-macam, kebetulan jumpa satu shop dekat Shopee yang jual frozen food, ada jual frozen chicken chop. Agak murah la pada Sally RM20 untuk 8 keping chicken chop yang bersaiz XL. Jadi Sally nak kongsi la sikit resipi nak buat Grilled Chicken Chop from scratch.

Resipi kat bawah ini untuk 3 serving, sebab Sally bertiga je dekat rumah. Hehehe

Bahan – bahan:

Ayam
  • 3 keping bahagian peha ayam yang telah dibuang tulang (chicken chop)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos Worcestershire
  • Lada hitam, rosemary (atau herba lain), garam secukup rasa

(Penyediaan) Campur, sebatikan dan perap semua bahan. Paling kurang 30 minit. Sally guna air-fryer untuk masak ayam, guna suhu 160°C, 10 minit pertama...kemudian naikkan ke 180°C, tambahan masa 5-10 minit sehingga masak. Kalau guna pan, lengserkan margerin/butter sedikit dan panggang sehingga masak.

Coleslaw
  • ¼ kobis (atau ikut seberapa banyak yang disukai)
  • ¼ batang lobak merah
  • 2 sudu besar mayonis
  • Sedikit susu segar (jangan banyak sangat takut berair) 
  • Garam, serbuk lada hitam, dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar jus lemon untuk stabilkan rasa

(Penyediaan) Gabungkan mayonis, susu segar, jus lemon, garam, serbuk lada hitam, dan gula secukup rasa mengikut kuantiti kobis dan lobak merah. Parut kobis dan lobak merah (nak racik halus pun boleh) dan gabungkan dengan campuran bahan tadi. Sejukkan dalam peti sebelum dihidangkan.

Brown Blackpepper Sauce:

  • 1 labu bawang besar Holland - cincang halus
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar pati stok ayam @ 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos Worcestershire
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
  • 1-2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega
  • Cendawan butang *jika perlu

(Penyediaan) Cairkan mentega, tumis bawang sehingga layu. Masukkan tepung gandum. Gaul dan kemudian masukkan air. Air ini ikut kadar kepekatan yang korang suka. Kacau sampai tak berketul menggunakan whisk. Masukkan stok ayam, sos Worcestershire, sos lada hitam, sos tiram dan lada hitam kasar. Kalau nak gelapkan kuah boleh letak sedikit kicap pekat. Tambah garam jika perlu. Kalau nak kuah yang cantik, boleh blend semua sos tadi, nak lagi sedap letak cendawan butang.

Lepas tu, boleh juga goreng kentang atau kalau nak buat potato wedges sendiri boleh ikut resipi potato wedges. Senang sangat!

4 comments:

  1. lama tak masak western kat rumah..sllu msk untuk diri sendiri jer hahaha..tp menu ni pun sis suka..nanti boleh cuba..sllu buat chicken chop deep fried je

    ReplyDelete
  2. Fuh sedap.. Murah juga 8 ayam.. Sos worcesthesire tu ape.. Kene google la jawbanya.. Hehhe

    ReplyDelete
  3. sedapnye.. nanti boleh try resepi ni, buat orang lapo dan terliur jer he he he

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!