Wednesday, November 4, 2020

Resipi Potato Wedges | Buat Di Rumah Je Senang!

Cara Nak Buat Potato Wedges | Cheapskate! Itu je rasa perkataan yang sesuai dengan Sally. Jujurnya kan Sally bukannya jenis kedekut nak membeli, lagi-lagi kalau berkait dengan makanan cumanya korang tau je la musim PKPB di Selangor ini, jadinya malas nak keluar, nak order pun malas sebab dah memang ada dekat rumah kan...plus kalau beli nanti sikit, tak cukup 😜 yes, kata kuncinya disini Sally makan banyak!

Sepanjang PKPB ini sebenarnya banyak benda Sally cuba buat, cuba masak...dan salah satunya Potato Wedges, yes...like seriously Sally, Potato Wedges pun nak buat sendiri...why not kan?



First of all, Sally belajar buat Potato Wedges ini masa dekat Seoul. Masa tu beli kentang dengan tepung banyak, kenapa? Sebab nak jimat...kalau makan dekat luar setiap hari jenuh la....dah la masa tu Sally duduk sana 6 bulan...lepas tu nak membeli macam agak payah sikit sebab bukan macam dekat Malaysia ada tanda halal yang diiktiraf, awalnya nak buat french fries, tapi malas nak potong halus...hahahaha...

So, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kentang (dalam pinggan tu hasil daripada 3 biji)
  • Garam (secukup rasa)
  • Pati Ayam (secukup rasa)
  • Tepung Tempura atau Tepung Gandum 
  • Serbuk Lada Hitam (secukupnya)

Berapa banyak kuantitinya? Ikut selera korang sama ada nak banyak atau sikit, tengok kepada kuantiti kentang.

Cara-cara penyediaan:
  1. Potong kentang macam bentuk kentang KFC (terpulang nak buang kulit atau tidak, Sally tak buang tapi berus bersih kulit kentang).
  2. Rebuskan kentang di dalam air yang telah dicampurkan garam dan pati ayam secukup rasa.
  3. Rebus dalam 5-7 minit, atau sampai masak tapi jangan sampai hancur pulak. Agak-agak bila guna garfu dan cucuk pada kentang, dah termasuk dalam kentang, maknanya dah masak la tu. Angkat dan toskan air.
  4. Campurkan tepung tempura dengan lada hitam, tak perlu garam ya sebab tadi kita dah rebus dah letak garam dan pati ayam, salutkan kentang dengan campuran tepung. Jangan lupa sebelum tu panaskan minyak dalam kuali (preferably deep fried).
  5. Goreng sehingga kentang bertukar warna agak keperangan dan angkat. Sedia untuk dinikmati, kalau nak buat macam Cheezy Wedges ala KFC tu, beli je sos keju dan mayonnaise. 

Sally pula jadikan wedges sebagai sampingan dalam Chicken Chop Sally, fuhhhh sedap juga sesekali buat menu ala barat di rumah kan? Sos, perapan, wedges, salad semuanya dibuat sendiri. Alhamdulillah approved by ibu dan abang Sally.

SELAMAT MENCUBA!


1 comment:

  1. wahhh... tempting betul. lepas ni dah boleh buat kat rumah. thanks sally...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!