Koleksi Syawal Bahari Asyek - MANISNYA SYAWAL 2021

Bahari Asyek, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Terkenal kerana masih memelihara dan mengetengahkan 'Jati Diri' Melayu di dalam setiap rekaannya, mereka kembali dengan koleksi busana tradisional Melayu sempena Syawal yang bakal menjelma.

Ekoran kekangan pandemik Covid-19 dengan penerapan pelbagai SOP yang perlu dipatuhi, Bahari Asyek tampil mengetengahkan peragaan dan penampilan fesyen koleksi Syawal terbaru dalam norma baharu secara santai di atas talian. Buat pertama kalinya Bahari Asyek membuat siaran 'LIVE' di aplikasi Instagram dan Facebook.



Koleksi syawal BA pada tahun ini ada sedikit kelainan ekoran kesan pandemik. Justeru, koleksi BA pada tahun ini memberi sedikit penumpuan dalam menghasilkan busana yang lebih mampu milik, namun masih tetap mengekalkan mutu fabrik dan kemasannya, berpadanan dengan jurang dan tingkat harga yang ditawarkan. Seiring dan selangkah dengan jenama butik Bahari Asyek itu sendiri yang membawa maksud 'Jatuh Cinta Kepada Warisan Tradisi Bangsa'.

Bertemakan MANISNYA SYAWAL 2021, Bahari Asyek menampilkan 14 rekaan baru selain dari rekaan yang telah sedia ada di butik. Berikut adalah butiran koleksi busana MANISNYA SYAWAL 2021 - BAHARI ASYEK.

1 - Kurung Moden Melati



Kurung moden dgn sentuhan “puff” di pangkal lengan, membawakan kembali fesyen era 80-an yang kembali menjadi trend. Di hujung lengan ada zip untuk menyenangkan pemakai menyinsing lengan untuk berwudhuk . Menggunakan fabrik 'swiss printed cotton' yang mana sangat selesa dipakai untuk semua aktiviti harian dan perayaan.

2 – Kurung Kedah Manis



Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dgn bahan 'printed cotton design' yang unik. Ia juga ada kelainan dgn tampalan fabrik atasan & bawahan.

3 - Kurung Kedah Manja



Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dengan bahan 'printed cotton' dengan kombinasi bungaan dan jalur. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan & bawahan.

4 - Kurung Kedah Molek



Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dgn bahan 'printed cotton' dgn corak flora yang sangat molek dipakai bagi semua peringkat umur serta sesuai dipakai ke pelbagai acara dan majlis keraian.



5 - Kurung Kuno Kapas



Kurung Kuno kali ini menampilkan kelainan dengan menggunakan fabrik kapas dengan teknik “hand block” dengan warna pastel, semestinya manis menawan kepada yang memakainya. Menepati tema Aidilfitri kali ini “Manisnya Syawal”

6 – Kebaya Empat Dara



Kebaya Empat Dara memberikan kelainan dengan menggunakan fabrik 'Egyption Cotton' polos dengan gabungan batik Bali.

7 – Kurung Kuno Perada




Kurung Kuno dengan fabrik kapas dan motif yg unik serta dgn sentuhan perada (gold dust) yang mana tampak tesendiri dan eksklusif, lain daripada yang lain.

8 - Kurung Riau



Menampilkan fabrik 'cotton silk' dengan motif 'Bunga Tanjung & Melur' untuk Kurung Riau, fabrik ini mempunyai rekaan sulaman khas yang inspirasikan dari bungaan tempatan iaitu melur dan tanjung. Kombinasi 'cutting' dan fabrik maka lahir lah busana tradisi yang nampak klasik dan sangat molek.

9 – Kurung Sultana



Kurung polos “cutting oversize” ini dibuat dari fabrik 'cotton silk', sememangnya sangat versatil dan menjadi pujaan ramai sementelah, ia sangat sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia.

10 – Kurung Achipalago



Uniknya kurung ini adalah dari rekaan pesak yang mempunyai 6 pesak kiri dan kanan yang mewakili gugusan kepulauan melayu Nusantara. Menggunakan fabrik 'linen' dengan pelbagai warna , membuatkan ia tampak “flamboyant”.

11- Kurung Kelasi



Mendapat ilham untuk kurung kelasi tatkala melihat baju kelasi kapal, yang mana mempunyai kolar yang terlindung dari panas matahari. Masih mengekalkan bahan 'linen' untuk kurung ini dengan ada penambahan labuh baju.

12 – Kurung Rupawan



Kurung klasik ini mengimbau kembali zaman persekolahan dahulu, yang mana kebanyakkan pelajar gemar melipat tangan baju kurung, dihadirkan dengan bahan fabrik 'Semi Thai Silk' untuk tampak mewah dan klasik.

13 – Kurung Dandea



Kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat yang diolah dengan pendekatan kurung Melayu. Mengunakan fabrik 'Semi Thai Silk', kurung ini nampak elegan dan mewah.

14 – Kebaya Cik Siti Wan Kembang

Kebaya CSWK yang sangat sinonim dgn BA ini, menggunakan bahan fabrik 'voile' dengan warna-warna pastel. Potongannya pula longgar dan lebih praktikal untuk dipakai kemana saja. Kombinasi ini membuatkan CSWK kali ini lebih santai dan selesa.



Semua koleksi yang diketengahkan pada sesi peragaan 'MANISNYA SYAWAL 2021' ini sudah mula dibuka untuk jualan. Jika ada sebarang pertanyaan, dan tidak dapat hadir ke premis butik Bahari Asyek, bolehlah hubungi talian WhatsApp BA (016-4819831).

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi:
1. Bahari Asyek - 03 5513 5310
2. Zahalina Ab Rahman - 013 2045310
3. Jailani Ab Ghani - 010 366 0662

Emel: bahariasyek@yahoo.com
Facebook: Bahari Asyek
Instagram: @bahariasyekofficial
Insta Online: @bahariasyek.co

Post a Comment

2 Comments

  1. Lawanyaaa..zaza tertarik dengan warna merah tu..nampak wow sgt 🤩

    ReplyDelete
  2. Cantiknya.. tapi saiz i ada x?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!