Variasi Aik Cheong - Kopi Selera Malaysia.

Aik Cheong - Kopi Malaysia Sejak 1955 | Kalau bercakap pasal kopi, memang bersinar-sinar mata Sally, lagi-lagi kalau cerita tentang Aik Cheong, salah satu jenama kopi yang menjadi kegemaran Sally dan keluarga.

Untuk pengetahuan korang jenama Aik Cheong ditubuhkan pada tahun 1955, maknanya dah 65 tahun mereka bertapak dalam Malaysia. Produk minuman segera Aik Cheong Coffee boleh didapati dalam beberapa variasi antaranya Kopi Hitam, Kopi Putih, Teh Susu (Teh Tarik), Coklat Panas dan lain-lain lagi. Bukan terhad kepada kopi sahaja sekarang ada pelbagai variasi termasuk granola dan bijirin oat segera!


KEPELBAGAIAN JENIS KOPI SEGERA

Aik Cheong juga mempunyai beberapa variasi kopi segera, kopi O dan lain-lain lagi, ianya sangat selari dengan selera rakyat Malaysia. Bukan setakat kopi, Teh Tarik kegemaran rakyat Malaysia pun ada!

Setiap satu variasi didatangkan dalam pelbagai pilihan supaya setiap perisa sesuai dengan selera pelanggan. Aik Cheong juga diyakini ramai kerana telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM. Diyakini bersih dan suci untuk semua.




IT'S CUP

Selain daripada variasi minuman yang boleh kita nikmati di rumah, Aik Cheong Coffee juga berinovasi dengan melancarkan trend baru minuman segera 'Hot Cup' yang dikenali sebagai "IT'S". Variasi IT'S boleh didapati di 7-Eleven, FamilyMart, myNEWS, Petronas, Caltex, Shell, AeonBig, Aeon, Giant dan The Store.


Apa yang menarik dengan IT'S ini ialah warna cawan yang catchy dan menarik, lepas tu kapasiti dia besar berbanding dengan kopi-kopi lain yang tersedia dalam cawan Grab and Go ini. Ada 7 variasi yang wajib korang cuba termasuklah Long Black (Extra Shot), Flat White (Extra Shot), Cappuccino (Choco Toppings), Matcha Latte (Nata De Coco), Teh Tarik (Gula Melaka) & Chocolate (Marshmallow). Satu lagi White Coffee (ekslusif hanya dijual di 7-11).


Bila kita cuba IT'S ini kan, bukan sahaja kita boleh rasa pelbagai jenis perisa, tapi macam ada surprise di dalamnya, sebagai contoh kalau Matcha Latte ada tambahan Nata De Coco, atau Chocolate ada Marshmallow, how cool is that? Bukan biasa-biasa kan IT'S ini?




BLACK - 'BLACK TO BASIC'

Tak cukup dengan itu, baru-baru ini mereka turut melancarkan variasi 'BLACK' yang terdiri daripada empat (4) varian baru kopi Drip dan dua (2) varian baru Dip kopi. Dengan konsep 'BLACK TO BASIC', rangkaian produk baru ini memang sesuai untuk peminat kopi yang tegar.

Semua pencinta kopi akan menikmati kopi 'Hitam' tulen yang akan memberikan kita keaslian secawan kopi yang terbaik, sebab itu ianya dipanggil 'Black To Basic'. Siri kopi Drip & Dip didatangkan dalam enam (6) varian baru, yang terdiri daripada [DRIP] Ethiopia Yirgracheffe, Colombia Medellin, Guatemala Huehuetenango, Nicaragua Jinotega & [DIP] Cold Brew (EthiopiaYirgacheffe) dan Milk Brew (70% Brazil Santos + 30% Columbia).


Honestly Sally bukan peminat Drip Coffee, tapi bila rasa Nicaragua Jinotega, terus berubah persepsi Sally. No wonder peminat kopi ada soft spot untuk drip coffee, masa dan suhu air mempengaruhi rasa dia. Nicaragua Jinotega ini rasa dia Sweet + Deep taste of coffee. Setiap satu drip series ni buatkan kita rasa kelainan dan keistimewaan biji kopi daripada negara yang berbeza. Rasanya lepas ini Drip Coffee Aik Cheong ini akan jadi salah satu kopi wajib yang perlu ada dekat rumah! Seriously, when you have passion for coffee and know how to taste coffee, this is the one!



IT'S GRANOLA & INSTANT OATMEAL CEREAL


Hah! Kan Sally dah cakap yang Aik Cheong bukan sahaja terkenal dengan kopi tapi ada juga gramola dan bijirin oats. IT'S Granola ini sesuai untuk mereka yang inginkan makanan kesihatan sebab ianya tinggi serat dan mengandungi protein dan bahan asli semulajadi.

IT'S Granola tidak mengandungi perisa tambahan, gula dan bahan-bahan makanan lain. Rasa manis yang ada semuanya didapati daripada bahan-bahan kering yang ada di dalamnya. Kalau nak kawal kolesterol dan menyerap lemak, ini memang sangat sesuai.


Cara penyediaannya pun mudah. Ada air panas, susu, yogurt atau kalau nak makan begitu sahaja pun boleh! IT'S Granola mempunyai 2 perisa iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruits and Nuts. Dalam setiap pek telah siap disediakan kekacang dan juga beri kering untuk kita nikmati.


Kalau tak suka Granola jangan risau sebab ada pilihan Bijirin Oat dengan Kacang dan jugak Bijirin Oat dengan Buah-Buahan. Yang ini memang dah jadi favorite ibu Sally tau, setiap pagi dia akan ambil bijirin oat ini sebagai menu sarapan pagi. Ternyata memang sedap dan berkhasiat!


DUTA JENAMA AIK CHEONG

Rasa bersalah pula kalau tak kongsikan dengan korang tentang duta kepada jenama Aik Cheong, beliau ialah Tan Boon Heong, pemain badminton terkenal yang telah memenangi banyak gelaran antarabangsa. Keupayaannya yang luar biasa dan semangat juang yang gigih menjadikan beliau sangat sesuai mewakili Aik Cheong Coffee.

MEDIA SOSIAL AIK CHEONG COFFEE:
Aik Cheong Coffee Facebook : www.facebook.com/aikcheongcoffee
Aik Cheong Coffee Instagram : www.instagram.com/aikcheong_official

IT’S more than just Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc
IT’S more than just Instagram : www.instagram.com/its_by_acc

Black Series Facebook : https://www.facebook.com/blackbyacc
Black Series Instagram : www.instagram.com/blackbyacc

Post a Comment

6 Comments

  1. Macam2 kopi ada.. Dari cawan, drip wah.. Menarik.. Boleh try ni.. Packaging pun warna waarni

    ReplyDelete
  2. Paling favourite Kopi O & Matcha Latte ❤️

    ReplyDelete
  3. Syiok nyaaaa dpt pekena semua ni di masa PKP hehehe. Right time, Sally

    ReplyDelete
  4. Wow banyak jenis kopinya. Ini baru best,boleh layan macam2 jenis coffee.. Yang drip dgn oat tu menarik jugak..

    ReplyDelete
  5. I love their IT'S coffee variants is so fun and comes with many taste, i like it.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!