Port Makan Asam Pedas Terbaik - Kantin Asam Pedas!



Port Makan Asam Pedas Terbaik - Kantin Asam Pedas | Kalau cerita pasal Asam Pedas je orang kita memang akan terus ingat Melaka dan Johor. Bila ada PKP ini memang takde harapan la nak menjengah ke Melaka atau Johor kalau teringin, eh tapi takkan dekat Kuala Lumpur ini tak ada Asam Pedas yang sedap?

Port Makan Asam Pedas Terbaik - Kantin Asam Pedas!

Hahahahaha...Sally tanya Sally yang jawab kan? ADA! Kalau korang nak tau ada satu port yang wajib korang terjah kalau korang peminat Asam Pedas, iaitu di Kantin Asam Pedas. Tak jauh pun, hanya di Residensi Bistari, Jalan Ukay Perdana. Apa yang istimewanya di sini, bukan hanya korang boleh cuba pelbagai jenis Asam Pedas, tapi ada Asam Pedas Telur Ikan Mayong!

Resipi Asam Pedas yang ada di sini adalah resipi daripada Melaka dan Muar, Johor. Sejak 8 tahun lepas, sehingga ke hari ini memang Kantin Asam Pedas sentiasa di kunjungi oleh peminat Asam Pedas.



Yang best dekat sini ialah Set Asam Pedas disediakan, jadinya dalam setiap set tu ada siap dengan nasi, telur masin, ikan masin dan ulam-ulaman, sambal belacan, air sirap yang korang boleh refill. Bukan tu je kalau nak refill kuah Asam Pedas pun boleh, tapi isi tak boleh refill laa...hehehe

Bermula hanya dengan 4 jenis ikan, sekarang dah ada pelbagai jenis ikan dan ayam, daging tetel pun ada juga. Sally suka dengan kuah dia, bagi Asam Pedas Ayam, ikan yang berlainan ada kuah yang lain tau, bukan satu jenis kuah untuk setiap menu. Kuah Asam Pedas dekat sini memang kita boleh rasa kelainan dia, dan yang paling penting semua ikan, ayam dan tetel di pilih oleh Kak Lin sendiri, jadinya kesegaran dan kualiti mmg tak dapat disangkal lagi.







Selain Asam Pedas, ayam goreng tu pun wajib cuba tau. Ratah pun buat kita jadi ralit, sedap sebab digoreng panas-panas dan garing, makan pula dengan kuah Asam Pedas dan kicap manis, syokkkkk!



Selain daripada pilihan Asam Pedas, ada juga di jual lempeng kelapa, cekodok pisang. Lempeng kelapa di makan dengan kuah Asam Pedas, dan korang kena cuba Cekodok Pisang dia, walaupun rasa macam tipikal je kan, tapi sedap. Bak kata Kak Lin, pemilik restoran Kantin Asam Pedas, mereka menggunakan hampir 2 tandan pisang setiap hari hanya untuk Cekodok Pisang. Ianya dijual dengan harga RM6, RM8 dan RM10. Yang RM6 tu pun dah cukup nak makan untuk 3-4 orang.



Kantin Asam Pedas juga terkenal dengan dekorasi seperti rumah zaman dahulu, untuk yang kaki OOTD memang seronok la datang ke sini, Sally siap bawa kain batik untuk berfoto dekat sini. Memang berbaloi la datang.

Kepada korang yang tak nak berputih mata, baik buat tempahan sebelum datang sebab Asam Pedas kat sini di buat segar setiap hari, takde istilah simpan-simpan kuah tau.

Kantin Asam Pedas
E - G - 14, Residensi Bistari, Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana,
Hulu Klang, 68000 Ampang, Selangor
Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 11am - 4.30pm
03-4101 9876

Post a Comment

4 Comments

  1. Semua menu best2 tengok..suasana dia tu syok terasa betul mcm duduk rmh kg..tbayang sambil mkn..tepi ada sawah, ada sg..eh melalut lak haha..

    ReplyDelete
  2. Sedap2 lak tgok... Dahlah hantu asam pedas... Mcm2 menu ada ye kat sini

    ReplyDelete
  3. Memang sedap ye.. Kuah pekat.. Mengiurkan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!