Bebas Asap Rokok - Perlukah Cukai Ke Atas Rokok Elektronik Dilaksanakan?

Bila bercakap tentang rokok, semestinya masing-masing ada hujah tertentu, sama ada daripada perokok itu sendiri, ibubapa yang risaukan anak-anak dan juga daripada mereka yang ada pengalaman yang berbeza berkait dengan rokok.

Antara Fakta Yang Membimbangkan Berkait Dengan Merokok:

● 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
● Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
● 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
● 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
● Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
● Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.


Umum tahu yang asap rokok boleh mengancam kanak-kanak, ini kerana mereka dikategorikan sebagai perokok pasif. Perokok pasif terjadi apabila mereka menyedut asap rokok yang disebarkan oleh perokok dan akibatnya mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan yang mungkin dialami seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Antara bahan yang terkandung di dalam rokok;

 

Jadi tak pelik jika Sally katakan, rata-rata rakyat Malaysia sudah mula bertukar ke vape atau rokok elektronik (eCig) bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan dan juga merupakan alternatif untuk perokok yang berusaha untuk berhenti merokok.

Vape atau rokok elektronik (eCig), adakah lebih baik daripada rokok?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai ‘rokok elektronik’ (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.

Jujurnya nak kata vape itu bagus tak juga, bezanya vape selalunya tidak mempunyai tembakau namun masih ada cecair nikotin yang akan diwapkan. Kalau nak diikutkan, keduanya merbahaya tetapi ada beberapa jenis vape atau rokok elektronik telah mengubahsuaikan cecair mereka supaya bebas daripada nikotin dan tembakau. Saban hari pelbagai teknologi diperkenalkan supaya risiko merokok dapat dikurangkan dan mencari alternatif untuk rokok tradisional.
 

Baru-baru ini, di dalam Belanjawan 2021 juga ada diperkatakan tentang rokok elektronik ini dimana pihak kerajaan ingin mengenakan 10% ad valorem cukai (cukai yang sesuai dengan anggaran nilai barang atau transaksi yang berkenaan) ke atas semua alat merokok elektronik dan bukan elektronik serta duti eksais, 40 sen per mililiter untuk e-rokok dan cecair vape dengan dan tanpa nikotin.

Walaupun pada hakikatnya, alat dan komponen vape seperti cecair vape akan mampu meningkatkan pendapatan kerajaan dan juga salah satu cara untuk memastikan produk tersebut kurang dapat diakses oleh pengguna di bawah umur, juga ianya merupakan alternatif untuk perokok (orang dewasa) yang sedang berusaha untuk berhenti merokok .

Tetapi ada kebaikan dan keburukan jika cukai ini diperkenalkan.

Yang Sally nampak jika cukai ini dilaksanakan, kemungkinan besar rata-rata yang menggunakan rokok elektronik mungkin ada berpaling kembali kepada rokok biasa. Salah satunya adalah kerana harga dan rokok elektronik memerlukan penjagaan yang rapi kerana ianya masih lagi merupakan salah satu barangan elektronik, jika diambil kira tentang kewangan, pasti akan nampak seperti satu bebanan.

Dalam satu kajian pada tahun 2019 yang dijalankan mengenai "Kelaziman Penggunaan e-Rokok Di Kalangan Orang Dewasa di Malaysia" menganggarkan bahawa pengguna e-rokok pada masa ini berjumlah 3.2% daripada populasi, berjumlah kira-kira 1.04 juta pengguna. Memandangkan satu juta atau lebih vape dengan satu peranti yang berharga rata-rata RM80, cukai pada peranti mungkin akan menjana tidak lebih daripada RM10 juta.

Pelbagai hujah tentang bagaimana kadar cukai akan mempengaruhi pematuhan cukai (kerana kenaikan cukai rokok mendorong perdagangan rokok haram), dan pelbagai produk vape yang dijual secara dalam talian di platform media sosial dan juga pasaran, adakah pasaran gelap vape dan e-rokok berpotensi mengatasi rokok haram?

Namun, memandangkan cadangan cukai tersebut akan dipinda setelah mempertimbangkan maklum balas dari pengguna, perniagaan dan kumpulan akademik, semoga akan terbentuk peraturan yang lebih holistik, jangka panjang dan lebih komprehensif akan dikenakan terhadap produk alternatif merokok.

Rujukan:
1. www.infosihat.gov.my
2. www.nst.com.my/business
3. National Health Mobility Survey. 2015. Kementerian Kesihatan Malaysia

Post a Comment

3 Comments

  1. Susah dh nk basuh otak perokok ni..klu kena cukai pun rs mereka tetap beli kan..

    ReplyDelete
  2. Kalau de kena cukai pun tetap degil... Hahaha... Kenakan tggi lg cukai pd mereka

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!