[TERKINI] i-SINAR: CARA PENGELUARAN DUIT AKAUN 1



Selepas beberapa kali perubahan, sekali lagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan perincian i-Sinar yang telah dipersetujui, dan pengumuman telah dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Baca | i-Sinar: Perlu Atau Tidak Keluar Duit KWSP Akaun 1?

Perincian kali ini merangkumi beberapa fokus antaranya kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. Kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada 8 juta ahli yang layak.

Ada 2 kategori ahli yang layak membuat permohonan:

Kategori 1

↪ Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.


Bagi kategori ini:
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
  • Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

↪ Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

⏩ Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

⏩ Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Contoh:



Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli yang memohon digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain dan juga inisiatif-inisiatif lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik ini, seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP).

Entri ini dikemaskini setelah mendapat info yang sahih.

Post a Comment

4 Comments

  1. poyo je nih., utk golongan tersasar je., huhuhu

    ReplyDelete
  2. adala sikit dalam simpanan tu hasil kerja contract..
    boleh la nak cuba keluarkan.. masuk saving acc hehe..

    ReplyDelete
  3. Okaylah dapat keluarkan, at least boleh membantu mereka yang terjejas pendapatan. Semoga yang layak dan memanfaatkan sepenuhnya :)

    ReplyDelete
  4. tak pasti nk keluarkan atau tak.. syg bila tgk nilai yg ada

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!