i-SINAR: PERLU ATAU TIDAK KELUAR DUIT KWSP AKAUN 1?

BERITA BAIK UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERKESAN DENGAN PANDEMIK COVID-19!

Tahun 2020 memang tahun yang sangat sukar untuk rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, jujurnya Sally pun agak terkesan. Bayangkan tanpa pekerjaan yang tetap dan hanya bergantung kepada upah kerja secara freelance, memang terasa betul.

Daripada akaun 2 dan kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar. Jika korang yang tak tahu, i-Sinar merupakan antara inisiatif yang telah dibentangkan semasa Belanjawan 2021.



Pada awalnya, pengeluaran i-Sinar ditetapkan kepada RM500 sebulan, untuk pengeluaran selama 12 bulan. Tetapi pada 16 November 2020 yang lepas, KWSP telah memperluaskan skop i-Sinar yang menumpukan kepada ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

BILA BOLEH MEMOHON UNTUK PENGELUARAN AKAUN 1 (i-SINAR)?

Pencarum yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

BERAPA BANYAK BOLEH KELUARKAN?

Secara umumnya, ahli yang layak hanya boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Kepada mereka yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Berbeza pula untuk mereka yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1, mereka akan mempunyai akses 10% daripada amaun. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.



Kemudahan i-Lestari yang telah dilancarkan pada April 2020, masih lagi akan diteruskan sehingga tarikh akhir seperti yang diwar-warkan iaitu pada Mac 2021. Semoga inisiatif daripada i-Lestari dapat membantu menampung keperluan ahli yang terjejas dalam jangka masa pendek dan semoga inisiatif i-Sinar juga akan dimanfaatkan oleh mereka yang terjejas dalam mengharungi cabaran semasa.

APA BEZA i-LESTARI dan i-SINAR?

Sebelum Sally terangkan perbezaan keduanya, Sally nak terangkan juga tentang AKAUN 1 dan AKAUN 2 jika masih ada yang kurang faham. Akaun KWSP kita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu AKAUN 1 dan AKAUN 2.

Akaun 1 memegang 70% daripada caruman dan Akaun 2 menyimpan baki lagi 30%. Caruman ini diterima daripada potongan gaji pekerja dan juga caruman daripada majikan. i-LESTARI dikeluarkan daripada Akaun 2 dan i-SINAR pula bakal dikeluarkan daripada Akaun 1.

Secara amnya, Akaun 1 sebenarnya tidak boleh digunakan sehingga la ahli yang mencarum mencapai umur 55 tahun. Akaun 1 ini senang kata ialah akaun persaraan bagi mereka yang tidak menerima pencen. Duit ini la yang akan digunakan selepas tamat perkhidmatan.

BOLEH ATAU TIADAK SAYA TIDAK MAHU MENGELUARKAN AKAUN 1 SAYA?

Kalau ikut kepada pemahaman Sally, i-Sinar merupakan satu pilihan. Kalau tanya pada Sally, pengeluaran i-Sinar merupakan antara inisiatif untuk diri Sally dan keluarga. Bila tiada pendapatan, memang rasa sesak dada bila hujung bulan bil-bil mula menjengah.

Tapi apa yang boleh Sally sarankan kepada mereka yang bakal membuat pengeluaran, gunakan la dengan berhemah dan dahulukan yang mana penting. Cuba tahan diri daripada membuat pembelian yang berdasarkan kehendak, dahulukan keperluan.

Entri ini sahih dan ditulis sebelum perincian terbaru (26 November 2020)

Post a Comment

5 Comments

  1. Bila boleh start apply ni sally?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut official announcement start December 2020, tarikh xde lagi so far

      Delete
  2. Keluar
    Wang
    Sendiri
    Pun Payah .. huhuhu

    ReplyDelete
  3. tak sampai la 90K tu hahaha semput haih..
    bolehla cuba nak keluarkan kot2 berjaya..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!