Kebaikkan Masker Kunyit Untuk Wajah | Aura New You Honey Turmeric Mask

Aura New You Honey Turmeric Mask | Sejak daripada dahulu lagi kita tahu yang kunyit itu bersifat penyembuh (antiseptik yang dapat mencegah radang kulit akibat jerawat atau luka), dan telah digunakan sebagai salah satu bahan dalam penjagaan muka zaman nenek moyang kita dahulu. Salah satunya ialah safron, tetapi safron agak mahal jadinya kunyit antara bahan penting yang mampu memberi kesan setanding.

Antara kebaikkan kalau kita amalkan penggunaan dalam regim penjagaan wajah ialah:

- Sel kulit mati dapat dibersihkan
- Jerawat mudah kecut dan tidak berbekas
- Melembutkan kulit wajah
- Mengurangkan minyak pada kulit muka
- Mencegah dan mengurangkan kesan pigmentasi

Tapi kan susah nak sagat kunyit, nanti habis tangan jadi warna kuning, lepas tu kalau nak pakai serbuk kunyit biasa, kang ada yang kena goreng pula. Macam mana ek?


Sally terjumpa dengan Aura New You Honey Turmeric Mask, sejenis masker daripada kunyit yang didatangkan dalam bentuk serbuk yang dilengkapi dengan pelbagai ramuan yang boleh membuatkan kulit kita jadi bersih dan terawat.


Antara bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam Honey Turmeric Mask : -

1. Kunyit
2. Temulawak
3. Cendana
4. Kunyit Putih
5. Bunga Ros
6. Akar Wangi
7. Cekur
8. Pokok Akar Manis

Analisis yang dijalankan di makmal Kuliyyah of Engineering (IIUM) mengesahkan bahawa kesemua bahan di dalam Honey Turmeric Mask adalah tulen diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi. Tiada kesan pemalsuan bahan ataupun bahan terlarang lain seperti logam berat terkandung pada sampel yang diuji.

Kandungan ini adalah daripada sumber halal berdasarkan analisis Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC) bagi mengenalpasti kandungan sampel campuran. Sampel ini terbukti selamat dan tulen. Honey Turmeric Mask juga kaya dengan zat dan khasiat tumbuhan semulajadi seperti Zat Besi, Vitamin C, Vitamin E dan Polifenol (Mampu mencegah kerosakkan sel tubuh akibat radikal bebas dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan). Honey Turmeric Mask telah mendapat kelulusan dari KKM ( NOT 200803366K ).


Cara penggunaan: ⁣

Ambil 1-2 sudu Honey Turmeric Mask dan tambahkan sedikit air atau boleh juga gantikan dengan madu / toner / jus lemon / yogurt biasa / susu segar untuk memaksimakan kesan kepada masker yang kita gunakan.

➤ madu tulen berfungsi untuk melembapkan kulit
➤ toner untuk mengecilkan liang pori terbuka
➤ jus lemon untuk memutihkan dan mencerahkan
➤ yogurt biasa sebagai pelembap dan agen penyejukkan
➤ susu segar berfungsi untuk menenangkan dan menyejukkan


Cara nak pakai pun mudah je, kita hanya perlu lumurkan pada kulit wajah sampai sekata, selepas itu biarkan selama 15-20 minit. Masa nak cuci, boleh basahkan sedikit masker tadi, jadikan skrub dan bilas dengan air. Selepas dah cuci tu kita akan rasa kesegaran dan kulit muka rasa bersih. Paling penting sebab ada efek pemutihan sebab sel kulit mati dah di bersihkan daripada kulit.

Masker ini pun kita guna 2 kali seminggu je, memang akan nampak la beza kulit sebab rasa bersih sangat, dan tak kering sangat, tapi kena rajin jaga rejim penjagaan muka juga la.


Bagi yang berminat, Honey Turmeric Mask di jual dengan harga :

RM 79.00 ( Harga Normal )
RM 65.00 ( Harga Promosi ) - (satu set DIY BOWL percuma)

Untuk pembelian, korang boleh terus di Instagram @AuraNewYou atau WhatsApp www.wasap.my/60182949349/honeyturmericmask .Penghantaran adalah percuma!

Post a Comment

1 Comments

  1. Dulu takut nak pakai tumeric mask ni . Fikir2 nanti lepas pakai muka jadi kuning tak hilang . Rupanya tidak sama sekali . Fall in love lagi adalah lepas pakai tumeric mask ni .

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!