Wednesday, September 23, 2020

KELANTAN SIGHTSEEING TOUR - Teroka Budaya Negeri Kelantan Dengan Cara Berbeza.



KELANTAN SIGHTSEEING TOUR | Kelantan, salah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya dan sejujurnya mempunyai banyak lokasi tarikan utama yang jarang diketengahkan. Tak salah jika Sally katakan, rata-rata anak Kelantan yang keluar bekerja di bandar Kuala Lumpur, selalunya hanya pulang ketika musim perayaan sahaja.

Pakej Kelantan Sightseeing Tour dilancarkan bertujuan untuk memupuk aktiviti pelancongan domestik di negeri Kelantan melalui pakej dan menggunakan khidmat pemandu pelancong. Melalui pakej ini pelancongan akan lebih berkesan kerana setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik yang tidak akan di perolehi jika melancong tanpa pemandu pelancong. Selain daripada itu, ia turut akan membantu pemandu pelancong untuk meraih pendapatan harian dengan bertugas secara giliran.

Pakej Kelantan Sightseeing Tour terbahagi kepada 3 pakej, dengan laluan yang berbeza.
1. Kelantan Sightseeing Tour (9.00am - 12.30pm / Setiap Hari)
2. Kelantan Panoramic Tour (2.20pm - 6.00pm / Setiap Hari)
3. Kelantan Saturday Fun (9.00am - 12.30pm / Setiap Sabtu)






Harga Asal :
Dewasa – RM 80.00
Kanak-Kanak (4 – 11 tahun) – RM 40.00

**Promosi bermula 10 September hingga 31 Disember 2020
Dewasa - RM 40.00
Kanak-Kanak (4 – 11 tahun) - RM 20.00

Program Kelantan Sightseeing Tour merupakan usaha bersama rakan-rakan strategik:
↪ Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan – Pengerak utama
↪ Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu – Promosi
↪ Majlis Perbandaran Kota Bharu – Kawalan serta menjaga kebersihan kawasan lokasi pelancongan
↪ Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours – Ground handler
↪ Firefly - Menyediakan penerbangan daripada 3 destinasi ke Kota Bharu iaitu Subang, Pulau Pinang dan Johor

Subang to Kota Bharu – 41 penerbangan setiap minggu
Penang to Kota Bharu – 7 penerbangan setiap minggu
Johor to Kota Bharu – 3 penerbangan setiap minggu



Baca lebih lanjut tentang aktiviti dan lokasi : Kelantan-Sightseeing-Tour-dan-Kelantan-Panoramic-Tour



Antara highlight kepada Pakej Kelantan Sightseeing Tour adalah para pelancong akan dibawa untuk melawati bengkel pembuatan wau, kilang serunding, bengkel batik cop dan batik lukis, kraftangan dan mengkuang, Pengkalan Kubur dan tarikan utama untuk hari Sabtu semestinya Floating Market di Pengkalan Datu dan Pantai Nami.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, boleh hubungi:
Facebook - www.facebook.com/jasaterataiholidays atau nombor telefon +6012-9016373

Kilang Serunding yang terkenal di Kampung Laut

3 comments:

  1. best jugak ni, tapi x plan nak pi Kelantan lagi, nnt boleh tgk info dekat sini.

    ReplyDelete
  2. Bestnya tgok visit kelantan ni... Wawa lama gila xpi last pi masa kecik dulu hahaha...

    ReplyDelete
  3. Hopefully Kelly dapat explore Kelantan secepat mungkin sebab ini lah negeri yang kita belum jejak kaki lagi.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!