Kelantan Sightseeing Tour & Kelantan Panoramic Tour | Apa yang menarik di Kelantan?

Kelantan Sightseeing Tour & Kelantan Panoramic Tour | Sejak PKPP dilanjutkan, Sally akhirnya dapat terima kenyataan yang tahun ini takkan dapat jejak kaki ke Korea, tapi ada hikmahnya sebab Sally dan kawan-kawan banyak teroka negeri-negeri di dalam Malaysia, termasuk pulau-pulau yang paling jarang Sally kunjungi.

Awal Oktober lepas, Sally berkesempatan untuk mengikuti Kelantan Sightseeing Tour & Kelantan Panoramic Tour yang telah dilancarkan bagi memupuk aktiviti pelancongan domestik di negeri Kelantan melalui pakej dan menggunakan khidmat pemandu pelancong.



Setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik yang tidak akan di perolehi jika melancong tanpa pemandu pelancong. Jangan tipu la kalau korang cakap korang Google semua asal usul lokasi yang korang jejaki tu, jadinya sebagai solusi kita gunakan pakej dan akan ada pemandu pelancong yang akan berkongsi tentang lokasi yang akan di lawati.

Program Kelantan Sightseeing Tour merupakan usaha bersama rakan-rakan strategik:
↪ Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan – Pengerak utama
↪ Tourism Malaysia Wilayah Timur / Kota Bharu – Promosi
↪ Majlis Perbandaran Kota Bharu – Kawalan serta menjaga kebersihan kawasan lokasi pelancongan
↪ Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours – Ground handler
↪ Firefly - Menyediakan penerbangan ke Kota Bharu daripada 3 lokasi iaitu Subang, Pulau Pinang dan Johor

Baca lanjut: www.sallysamsaiman.com/2020/09/kelantan-sightseeing-tour-teroka-budaya-kelantan.html

Sally ke Kota Bharu, Kelantan menggunakan khidmat penerbangan daripada Firefly yang menyediakan 41 penerbangan setiap minggu daripada Subang to Kota Bharu. Terima kasih Firefly sebab menaja penerbangan pergi dan balik ke Kelantan!


Refreshment yang disediakan oleh Firefly sepanjang perjalanan.

Disebabkan Sally akan mengikuti pakej yang bermula jam 9.00 pagi, jadinya Sally menginap di Hotel Jewels atau lebih dikenali sebagai Hotel Habib (kepunyaan Habib Jewels). Untuk pengetahuan korang, Hotel Jewels merupakan salah satu daripada 5 hotel yang terpilih sebagai pick up/drop off point, selain daripada Aslah Boutique Hotel, Perdana Hotel, Crystal Lodge Hotel dan Grand Riverview Hotel.


Jewels Hotel; Terima Kasih Kerana Menaja Penginapan Kami!


Salah sebuah bilik di Aslah Boutique Hotel

Pakej Kelantan Sightseeing Tour terbahagi kepada 3 pakej, dengan laluan yang berbeza.
1. Kelantan Sightseeing Tour (9.00am - 12.30pm / Setiap Hari)
2. Kelantan Panoramic Tour (2.20pm - 6.00pm / Setiap Hari)
3. Kelantan Saturday Fun (9.00am - 12.30pm / Setiap Sabtu)

Disebabkan Sally hanya berada di Kelantan pada hari Rabu sehingga Jumaat, jadinya tak dapat la nak teroka pakej Kelantan Saturday Fun, tapi takpe sebab daripada Kelantan Sightseeing Tour & Kelantan Panoramic Tour pun dah banyak dah lokasi dapat Sally terjah.

Kelantan Sightseeing Tour (9.00am - 12.30pm / Setiap Hari)

Kelantan Sightseeing Tour (KST) memulakan perjalanan daripada Dataran Muhammadi dan akan menerjah ke 6 lokasi dalam tempoh 3-4 jam tersebut. Antara lokasinya ialah:

⏩ Akok Handmade Factory
⏩ Serunding Factory
⏩ Ayu Fashion Batik
⏩ Rattan & Mengkuang Handycraft Shop
⏩ Sitting Buddha
⏩ Pengkalan Kubur (Duty Free Zone)

Untuk sesi pengenalan, kami hanya sempat di bawa ke 4 lokasi iaitu Akok Handmade Factory, Serunding Factory, Ayu Fashion Batik dan Rattan & Mengkuang Handycraft Shop.



Untuk Akok Handmade Factory, kami di bawa ke sebuah gerai yang menjual akok dan masih menghasilkan akok dengan cara tradisional iaitu membakar menggunakan sabut kelapa, sayangnya tak dapat nak rasa sebab dah habis. Walaupun awal tapi dah habis, bayangkan la berapa punya sedap akok keluaran mereka.

Kilang pembuatan serunding ini pula di Kampung Laut, yang sangat terkenal sebagai pengeluar serunding bagi negeri Kelantan dan apa yang seronoknya bila berkunjung ke kilang serunding ini ialah kita boleh melihat sendiri proses secara manual dan yang menggunakan mesin. Mereka juga menyediakan serunding secara fresh setiap hari!



Ayu Fashion Batik dan lokasi pembuatan barang kraftangan daripada rotan dan mengkuang tidak terlalu jauh. Kalau korang nak tau, Ayu Fashion sudah mula beroperasi sejak tahun 1985 lagi. Kata pengasasnya, Pak Cik Ibrahim di bengkelnya mempunyai hampir 6,000 blok batik dan setiap satu coraknya berlainan.

Ayu Fashion Batik berada di daerah Tumpat, wajib beli sehelai dua batik jika korang peminat batik kerana ada banyak jenis batik yang cantik, harganya pula mengikut corak dan material kain yang digunakan. Kalau bernasib baik, boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan blok batik dan mewarna batik!



Kelantan Panoramic Tour (2.20pm - 6.00pm / Setiap Hari)

Kelantan Panoramic Tour (KPT) pula lebih memfokuskan kepada panorama dan memang sangat sesuai bagi mereka yang minat dengan lokasi-lokasi untuk sesi fotografi. KPT juga sama seperti KST yang memulakan perjalanan daripada Dataran Muhammadi.

Antara lokasi yang akan dilawati ialah:
⏩ Batik Factory
⏩ Kite Making (Wau)
⏩ Keropok Handmade Industry
⏩ Pantai Nek Mas
⏩ Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Untuk Kelantan Panoramic Tour, kami hanya sempat pergi ke 3 produk iaitu Batik Factory, Kite Making (Wau) dan Keropok Handmade Industry.

Jika dalam KST kita ke bengkel batik blok, dalam KPT pula lebih memfokuskan kepada batik lukis. Sambil tengok bengkel batik lukis ini, boleh la bergambar di sekitarnya. Ada banyak port cantik tau!



Tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke bengkel pembuatan wau yang menjadi kebanggaan negeri Kelantan kan? Galeri Wau Pak Sapie & Sons ini menempatkan pelbagai jenis wau, termasuklah Wau Bulan, lambang kemegahan negeri Kelantan.

Disini juga mereka mengajar cara untuk membuat wau, cari meraut rotan untuk dijadikan badan/bingkai, kain dan material yang sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan sebuah wau yang berkualiti. Di masa hadapan, mungkin ada aktiviti bermain wau akan dimasukkan dalam itinerari, tak sabar!



Akhir sekali, kami singgah ke kedai Keropok Cap Kapal. Kalau orang Kelantan tak kenal dengan jenama keropok ini memang pelik la sebabnya jenama Keropok Cap Kapal ini antara pelopor kepada industri pembuatan keropok secara manual. Kedai Keropok Cap Kapal juga dikenali Kedai Keropok Ikan Kedai Buloh (Kedai Buloh merupakan nama tempat) oleh penduduk setempat.

Disini kita boleh melihat sendiri proses pembuatan daripada bancuhan tepung sehingga di rebus, dan sedia untuk dimakan. Selain daripada keropok rebus, dekat sini juga ada keropok keping yang boleh kita beli sebagai ole-ole untuk keluarga atau untuk makan sendiri. Sebelum nak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), wajib beli keropok rebus, nanti dekat tepi pantai, beli air kelapa...fuhhh~



Mungkin korang terfikir tak berbaloi kalau ada yang tak sempat pergi, jangan risau sebab semuanya akan mengikut itinerari. Sally dan rakan-rakan hanya menyantuni undangan pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur, Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours yang ingin memperkenalkan pakej Kelantan Sightseeing Tour kepada umum. Kiranya Sally antara mereka yang terawal la mencuba pakej ini.

HARGA PAKEJ ⏬
Harga Asal :
Dewasa – RM 80.00 | Kanak-Kanak (4 – 11 tahun) – RM 40.00

**Promosi bermula 10 September hingga 31 Disember 2020
Dewasa - RM 40.00 | Kanak-Kanak (4 – 11 tahun) - RM 20.00
*Kanak-Kanak dibawah umur 4 tahun PERCUMA

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, boleh hubungi:
Facebook - www.facebook.com/jasaterataiholidays atau nombor telefon +6012-9016373

Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak tpt menarik kat Kelantan nie.. nnt kelik kampung boleh la g tpt2 yg sally share.. in syaa allah

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya sally dpt jalan2 tgok negeri kelantan... Wawa dh lama xjejak kaki ke kelantan.. Dpt ke area pedalaman ni lg seronok kan...

    ReplyDelete
  3. Lama tak balik..tapi kalau balik pun mmg tak ada dah peluang2 nak berjalan sana sini sebab dah tak ada yg mbawa.. dulu2 time kecik ada abg kakak..syok berjalan

    ReplyDelete
  4. Best nyer, i tak pernah pergi Kelantan lagi, kalau ada peluang i nak explore juga.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!