JOOX | Quick Sing dan kempen Be The Star 2020.

Siapa yang tak suka karaoke kan? Selain daripada melepaskan stress, melakukan aktiviti sosial bersama keluarga dan rakan, karaoke juga mengggabungkan minat seseorang terhadap muzik ketika menyanyikan lagu kegemaran mereka.

Baru-baru ini JOOX, telah menjadikan aktiviti ini menjadi jauh lebih mudah diakses dan digunakan oleh semua kerana fungsi dan fitur karaoke yang unik disediakan oleh JOOX termasuk fitur terbaharunya “Quick Sing”, yang membolehkan peminat muzik menyanyi dan menari mengikut rentak korus lagu kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja!


JOOX telah menyaksikan peningkatan sebanyak 30% dari segi jumlah pengguna fitur Karaoke JOOX di Malaysia, Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar dan Thailand. Seiring dengan peningkatan penggunaan JOOX sebagai salah satu saluran hiburan terutamanya untuk berkaraoke maka JOOX telah meningkatkan fungsi karaokenya dengan menawarkan fitur-fitur unik seperti penapis kecantikan, “sticker”, penyesuaian suara dan pertandingan karaoke.

Tak cukup? Jangan lupa cuba fitur terbaharu “Quick Sing”, yang sangat menyeronokan kerana semua pengguna JOOX boleh menyanyi, menari dan menunjukkan bakat mereka kepada dunia. Dengan wujudnya fitur “Quick Sing” ini, pengguna tidak perlu lagi menyanyikan lagu kegemaran mereka secara keseluruhan kerana fitur ini menyediakan bahagian korus lagu untuk terus dinyanyikan, sekaligus membolehkan pengguna fokus kepada bahagian lagu yang paling menarik dan mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka dalam video sambil diiringi oleh lagu kegemaran mereka. Takde la mengah nak menyanyi sambil menari kan?

KEMPEN "BE THE STAR 2020"


Minat menyanyi dan bercita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal?

Ini peluang keemasan yang dinanti-nantikan! Sepanjang bulan September ini, pengguna JOOX boleh menyertai kempen "Be The Star 2020", sebuah pertandingan pencarian bakat baharu yang dilancarkan di seluruh Malaysia. Dengan hanya mengirimkan video nyanyian karaoke Quick Sing, korang mampu merebut peluang untuk menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta berpeluang melancarkan single di JOOX!

Best kan? Jangan risau sebab single yang akan dihasilkan adalah olahan kumpulan produksi profesional di bawah sebuah label muzik. Maklumat lanjut acara pencarian bakat ini akan di umumkan JOOX melalui laman rasmi Facebook JOOX dari semasa ke semasa.

Nantikan lebih banyak cabaran “Quick Sing” yang akan dibawakan oleh JOOX, seperti #ToBeYoungChallenge dan #DanceMonkeyChallenge, yang pasti menyeronokkan dan boleh menang hadiah! Join segera bersama artis popular dalam video “Quick Sing” sekarang di https://bit.ly/2QdGGQA

Post a Comment

1 Comments

  1. ni kalau saya masuk , mesti menang nombor satu . nombor satu dari belakanglah :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!